CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label VAKSIN MENINGOCOCCAL. Show all posts
Showing posts with label VAKSIN MENINGOCOCCAL. Show all posts

Sunday, December 22, 2019

Vaksin Meningococcal (juga dikenali sebagai Vaksin Umrah/Haji) Jenama MENACTRA

Kelmarin terbaca kat page The Other Side Of The Story - TOSS tentang vaksin jenama Menveo untuk Meningococcal (vaksin Haji/Umrah). Ter-triggered nak tengok vaksin Meningococcal jenama lain pula. Kita follow je template sama mcmana TOSS buat.
===================
[ MENACTRA: VAKSIN MENINGOCOCCAL ]
1. UNTUK APA?
Untuk mengelakkan penyakit meningokokus invasive yang disebabkan oleh strain Nmeningitidis A, C, Y dan W-135. Tidak melindungi strain B.
Berdaftar di Malaysia dan diimport dari Sanofi, US
2. UNTUK SIAPA? BERAPA DOS?
9-23 bulan: 2 dos (jarak 3 bulan)
2-55 tahun: 1 dos
15-55 tahun: 1 dos booster (jarak 4 tahun)
3. ADA BAHAN APA?
Antigen N meningitides serogroup A, C, Y dan W-135, setiap antigen dikonjugated dengan protein diphtheria toksoid (Corynebacterium Diphtheriae diternak di atas casein terhidrolisis), saki-baki formaldehyde, sodium klorida

4. SIAPA YANG TAK BOLEH ATAU TIDAK DIUJI TAHAP KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN PENGAMBILAN MENACTRA?
Hypersensitif iaitu individu yang ada reaksi alergi teruk kepada mana-mana bahan, demam, atau penyakit teruk, pesakit GBS, ada sejarah sensitif atau dapat kesan buruk dari imunisasi , immunocompromised /terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit)
Tiada data untuk menilai kesan Menactra pada bayi menyusu ibu yang mengambil vaksin Menactra atau pada penghasilan/pengeluaran susu (m/s 9)
Keselamatan dan keberkesanan Menactra pada orang yang lebih tua daripada 55 tahun belum dipastikan (m/s 9)
Menactra belum dinilai untuk potensi karsinogenik atau mutagenik, atau untuk penurunan nilai kesuburan lelaki (m/s 10)
Sebelum pemberian Menactra, petugas kesihatan professional perlu memberitahu pesakit, ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa yang bertanggungjawab terhadap manfaat dan risiko yang mungkin kepada pesakit. Mereka juga perlu diarahkan untuk melaporkan apa-apa tindak balas yang disyaki terhadap petugas kesihatan profesional yang kemudiannya patut melaporkan kejadian ini kepada Sanofi Pasteur Inc. (m/s 15)

5. ADAKAH BERKESAN?
Vaksin Menactra tidak melindungi semua penerima vaksin (m/s 3)

6. APA KESAN BURUK/SAMPINGAN VAKSIN MENACTRA?
 Kerengsaan (Irritability)
 Cirit-birit (Diarrhea)
 Mengantuk (Drowsiness)
 Kurang atau hilang selera makan (Anorexia)
 Sakit kepala (Headache)
 Lesu (Fatigue)
 Kemerahan (Redness)
 Demam (Fever)
Gangguan Sistem Imun (Immune System Disorders):
Tindak balas Hipersensitifan (Hypersensitivity reactions) iaitu tindak balas berlebihan sistem imun badan terhadap bendasing sehingga menyebabkan gejala penyakit contohnya:
•anafilaksis/tindak balas anafilaktik (anaphylaxis/anaphylactic reaction)-*akan dihuraikan di bawah sekali,
•berdehit atau bunyi seperti wisel yang boleh didengar apabila saluran pernafasan sempit dan dipenuhi cecari (wheezing),
•sukar bernafas (difficulty breathing),
•bengkak laluan pernafasan bahagian atas (upper airway swelling),
•tindak balas alergi pada kulit yang ditunjuk melalui letusan bintat-bintat merah yang gatal (urticaria),
•kemerahan pada kulit secara bertompok-tompok (erythema),
•gatal yang teruk disebabkan alergi (pruritus),
•tekanan darah rendah (hypotension).
Gangguan Sistem Saraf (Nervous System Disorders):
•Guillain-BarrĂ© syndrome (GBS),

•sensasi tidak normal seperti rasa panas, susukan, kebas dan mungkin sakit (paraesthesia),
•vasovagal syncope (boleh menyebabkan pucat, muntah-muntah,perpeluhan, denyutan jantung perlahan dan pengsan),
•kepeningan (dizziness),
•keadaan otot mengecut dan relaks dengan cepat serta berulang-ulang yang mengakibatkan menggeletar yang tidak dapat dikawal (convulsion),
CONVULSION. Menggigil-gigil dan terkejang-kejang.

•hilang keupayaan untuk mengawal pergerakan di muka (facial palsy),
•keradangan otak akut (acute disseminated encephalomyelitis),
•keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang sehingga boleh lumpuh kaki dan lengan (transverse myelitis).
Gangguan Sistem Rangka Otot dan Tisu Konektif (Musculoskeletal and Connective Tissue Disorders): sakit, nyeri dan reumatisme otot (Myalgia).
Gangguan Am dan Kondisi Tapak Suntikan (General Disorders and Administrative Site Conditions):
large injection site reactions,
bengkak yang luas di lengan yang disuntik (extensive swelling of the injected limb (may be associated with erythema, warmth, tenderness or pain at the injection site).

7. APA ITU ANAFILAKSIS (salah satu kesan buruk vaksin MENACTRA)
Suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut. Anafilaksis terjadi apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan yang seseorang itu alah kepadanya yang disebut allergen seperti makanan, ubat-ubatan dan sengatan binatang.
Apabila seseorang itu terdedah kepada allergen akan berlakunya pelepasan bahan kimia yang tertentu secara banyak dan tiba-tiba oleh sistem imun badan. Berbeza dengan reaksi alahan biasa yang hanya menyebabkan kegatalan dan ruam sahaja, anafilaksis berlaku apabila tindak balas ini menyebabkan gejala-gejala yang lebih serius kepada seseorang pesakit.
Gejala Anafilaksis
Gejala-gejala anafilaksis boleh timbul secara tiba-tiba iaitu dalam masa beberapa saat dan minit selepas terdedah kepada sesuatu allergen. Secara umumnya, anafilaksis boleh menyebabkan gejala-gejala kepada sistem tubuh berikut dan biasanya 2 sistem atau lebih terlibat dalam diagnosis anafilaksis:
A. Kulit
•ruam gatal
•kulit kemerahan terutama di bahagian muka (“flushing”)
•pembengkakan di bahagian bawah kulit (“angioedema”) seperti kelopak mata dan bibir
ANGIOEDEMA. Bengkak bawah kulit dan jelas dipermukaan.

B. Saluran pernafasan
•saluran pernafasan akan menyempit dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan pernafasan akan berbunyi bising
•tekak akan membengkak dan ini akan menyebabkan suara menjadi kasar dan terasa seperti ada sesuatu tersangkut di dalam tekak
C. Saluran pencernaan/pemakanan
•muntah-muntah
•cirit-birit
•sakit perut
D. Jantung dan salur darah
•tekanan darah rendah
•degupan jantung menjadi terlalu laju atau terlalu perlahan
E. Sistem saraf pusat
•pening-pening
•sakit kepala
•pengsan/tidak sedarkan diri

Hmm.. patutlah agaknya ramai tak sihat masa buat ibadah Umrah/Haji

Friday, December 20, 2019

Vaksin Meningococcal (juga dikenali sebagai Vaksin Umrah/Haji) Jenama Menveo

[ KESAN SAMPINGAN VAKSIN MENINGOCOCCAL JENAMA MENVEO]

1. UNTUK APA?
Untuk mengelakkan penyakit meningokokus invasif yang disebabkan oleh strain Neisseria meningitidis A, C, Y dan W-135. Terdapat 4 jenama berdaftar untuk Vaksin Meningococcal di Malaysia. Menveo adalah salah satu daripadanya dan ia diimport dari GSK, Italy.

2. UNTUK SIAPA? BERAPA DOS?
- 2 hingga 55 tahun; 2 dos (jarak 2 bulan)
- 15 hingga 55 tahun: 1 dos
- Data terhad untuk individu berumur 56-65
- Tiada data untuk individu berumur lebih 65 tahun (m/s 2)
- Diberikan juga kepada jemaah Umrah/Haji

3. ADA BAHAN APA?
Antigen N meningitides serogroup A, C, Y dan W-135, setiap antigen dikonjugated dengan protein diphtheria toksoid (Corynebacterium Diphtheriae diternak di atas casein terhidrolisis), Sucrose, Potassium dihydrogen phosphate, Sodium dihydrogen phosphate monohydrate, Disodium phosphate dehydrate, Sodium chloride, Water

4. SIAPA YANG TAK BOLEH/TIDAK DIUJI TAHAP KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN PENGAMBILAN VAKSIN MENVEO?
 Hypersensitif iaitu individu yang ada reaksi alergi teruk kepada mana-mana bahan (contohnya difteria toksoid, demam teruk yang akut, atau penyakit teruk, ada sejarah sensitif atau dapat kesan buruk yang mengancam nyawa dari imunisasi yang lepas yang mengandungi bahan yang sama seperti vaksin ini, , immunocompromised /terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit)
 Tiada data yang cukup untuk menilai kesan Menveo semasa penyusuan susu ibu (m/s 4), juga individu berumur 56 tahun ke atas (m/s 2).
 Sebelum menyuntik, orang yang bertanggungjawab untuk pemberian vaksin mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diketahui untuk pencegahan alergi atau sebarang reaksi lain termasuk sejarah perubatan yang menyeluruh dan status kesihatan semasa penerima vaksin (m/s 2)

5. ADAKAH BERKESAN?
 Menveo tidak akan melindungi daripada jangkitan yang disebabkan oleh serogroup N. meningitides lain tidak terdapat dalam vaksin seperti strain B (m/s 2)
 Seperti mana-mana vaksin, tindak balas imun pelindung mungkin tidak dapat diperolehi dalam semua vaksin (m/s 2)

6. APA KESAN SAMPINGAN?
Metabolisme dan gangguan pemakanan: gangguan makan
Gangguan sistem saraf: mengantuk, sakit kepala, pening
Gangguan gastrousus: loya, muntah, cirit-birit
Kulit dan kelainan tisu subkutaneus: ruam
Musculoskeletal dan gangguan tisu penghubung:
sakit/nyeri/reumatisma otot (myalgia),
rasa sakit pada sendi (arthralgia)
Keadaan umum dan keadaan tapak suntikan:
kesakitan,
rasa dedar/tak sedap badan (malaise),
sakit di tempat suntikan,
kemerahan bertompok-tompok pada kulit (erythema) di tapak suntikan (≤ 50 >50mm),
injection site induration (≤ 50 dan >50mm),
menggigil, demam ≥38oC,
gatal yang teruk disebabkan alergi (pruritus) di tapak suntikan.

- ADMIN TOSS (Aunty N) -

MYALGIA. Sakit/nyeri/reumatisma otot.
Salah satu kesan buruk selepas vaksin Menovo (Meningococcal).

PRURITUS. Gatal yang teruk disebabkan alergi.
Salah satu kesan buruk selepas vaksin Menveo (Meningococcal).

ERYTHEMA. Kemerahan bertompok-tompok pada kulit. Salah satu kesan buruk selepas vaksin Menveo (Meningococcal).