CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label VAKSIN RANCANGAN ANALISIS TV AL HIJRAH. Show all posts
Showing posts with label VAKSIN RANCANGAN ANALISIS TV AL HIJRAH. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

Doktor Pakar Salah Fakta.. Lagi!! (Kes Polio)


[ REBUTTAL #3 ]
POLIO SUSAH DIBASMI SEBAB AFGHANISTAN & PAKISTAN?
NIGERIA BEBAS POLIO?

Doktor Pakar Kanak-kanak dalam rancangan Analisis di TV Al Hijrah bertajuk 'Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan?' berhujah (pada minit ke 7.21-7.44):

“..dan InshaAllah, dengan kajian... Iqra’... ya dengan kajian (yang) dilakukan manusia, kita harap kita boleh membasmikan Polio daripada mukabumi ini. Sebenarnya tarikhnya (ditarget pada) 2018... (tapi) tak menjadi. Sebab apa? Mintak maaflah... orang-orang 'kita'... (iaitu) orang Islam di Pakistan dan Afghanistan”.

Okay, baiklah. Jom kita semak laman web WHO (World Health Organization). Benarkah hujah beliau ini?

Data terkini kes Polio seluruh dunia adalah bagi tahun 2018.


Seperti yang dpt dilihat dalam data WHO di atas, TIADA LANGSUNG kes iaitu sifar (0) kes di Afghanistan dan Pakistan sejak 2017.

Pada 2017, di seluruh dunia hanya dua negara yang punyai kes Polio iaitu di Congo (22 kes) dan di Syria (74 kes). Di Congo, 90% adalah bukan Islam.

Jadi mengapa Pakar tersebut masih perlu seolah² menyalahkan orang Islam khususnya di Pakistan dan Afghanistan sedangkan sejak 2017 lagi sudah tiada kes Polio di kedua-dua negara tersebut. Ketika bersiaran, kita semua sudahpun berada di pertengahan suku pertama tahun 2019.

Walaupun pada tahun sebelumnya (tahun 2016) ada kes Polio di Afghanistan (13 kes) dan Pakistan (21 kes), tetapi ada dua lagi negara lain juga yang ada kes Polio iaitu Lao (3 kes) dan Nigeria (5 kes). Di Lao, 99.99% adalah bukan Islam. Manakala Nigeria pula, 50% adalah bukan Islam. Mengapa ini tidak disebut langsung?

Kasihan dua negara Islam tersebut masih dipersalahkan sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya. Dakwaan tersebut boleh dikatakan tidak adil buat mereka dan juga umat Islam di tempat lain.

Seterusnya Kes Polio tahun 2018 pula adalah seperti berikut: 
CONGO 20 kes (10% populasi Muslim)
INDONESIA 1 kes (87% populasi Muslim)
MOZAMBIQUE 1 kes (17-45% populasi Muslim)
NIGER 10 kes (99% populasi Muslim)
NIGERIA  34 kes (50% populasi Muslim)
PAPUA NEW GUINEA 26 kes (kurang 1% populasi Muslim)
SOMALIA 12 kes (99.8% populasi Muslim)

Doktor pakar ini patut berasa malu besar kerana dengan penuh yakin dan bangga diri mendakwa bahawa beliau bersama sekumpulan pakar² perubatan di Nigeria telah berjaya membasmi penyakit Polio di sana sejak 2 tahun lalu (iaitu 2017), SEDANGKAN pada 2018, ada 34 kes Polio dilaporkan dalam laman WHO sendiri.



Oleh itu pengajarannya, apa² yang anda dengar dari siapapun, silalah SEMAK KESAHIHAN FAKTANYA. Pakar atau tidak, tidak semestinya boleh dipercayai 100%.


Doktor Pakar Salah Data?? Dakwa 1/2 Juta Kes Polio 20 Tahun Lalu





[ REBUTTAL #2 ]
SETENGAH JUTA KES POLIO PADA 20 TAHUN LALU?

Pakar kanak-kanak dalam rancangan Analisis di TV Al Hijrah bertajuk 'Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan?' Pada minit ke 7.07 – 7.20 berhujah:

“ … dan setakat ini, alhamdulillah, melalui vaksinasi polio, daripada setengah juta kes (polio) 20 tahun yg lalu, sekarang mungkin hanya 50 kes.”

Jom kita rujuk data WHO (World Health Organisation) dalam website CDC (Center for Diseases Control);

20 tahun lalu bermaksud sekitar 1998/1999.
Setengah juta bermaksud 500,000.

Anda nampak mana-mana angka ratusan ribu dalam mana² Jadual di bawah?

Untuk tahun 1998, Polio yang disahkan ialah 6,349 kes.
Untuk tahun 1999, Polio yang disahkan ialah 6,970 kes.
Untuk tahun 1997 pula, sebanyak 5,185 kes dan tahun 2000 sejumlah 2,849 kes.


JADI;
Mengapa perbezaan yang begitu KETARA dari segi bilangan kes antara (i) apa yang didakwa Doktor Pakar tersebut (500 ribu), dengan (ii) data sebenar dari WHO (hanya sekitar 3-7 ribu)?? Bezanya adalah ratusan ribu!!!

Adakah CDC dan WHO menipu? 
Atau CDC dan WHO salah titik perpuluhan? 

Ataupun Doktor Pakar membuat bancian beliau sendiri?

Fikir-fikirkan. 

Selepas ini, jangan mudah2 kita terus percayai 100% apa sahaja yang dihujahkan oleh mana² Doktor malah yang Pakar sekalipun, selagi tidak kita semak sendiri KESAHIHANNYA.


Apa Doktor Pakar Cakap Tak Semestinya Betul!!! REBUTTAL#1

[ REBUTTAL #1 ]
POLIO: ANTARA MATI ATAUPUN LUMPUH?

"Semua perkara yang saya dok bagitau pesakit saya (berkenaan vaksin) sejak 10  tahun lalu adalah semata-mata berdasarkan info palsu dan diselindungi". Dr Jim Sears, M.D. Pakar Kanak-kanak

Betul ke kalau kena POLIO, 5% berisiko MATI, yang lain pula mungkin akan LUMPUH?

Seorang Doktor Pakar Kanak-kanak berhujah sebegitu dalam rancangan Analisis TV Al-Hijrah bertajuk “Vaksin: Perlindungan atau Kemudharatan”.

Boleh lihat pada minit ke 6.21 hingga 7.07 (https://www.youtube.com/watch?v=m5_0U4XR1xQ&app=desktop )

Kata beliau, “kalau anda kena Polio, anda bernasib baik kalau anda hidup. Sebab risiko mati (jika kena Polio ialah) 5%. Atau kalau anda selamat, you survived, mungkin anda menjadi lumpuh.”




Dengan kata lain, ia seolah-olah menyatakan dari 100% pesakit Polio, 5% berisiko mati dan 95% boleh lumpuh.

Jom kita semak sumber dari CDC (Centre for Disease Control, US) tentang hal ini. Apa kata CDC?

FAKTA CDC #1:
Sehingga 72% daripada jangkitan Polio adalah asimtomatik.
Asimtomatik ialah keadaan penyakit di mana pesakit langsung tak sedar sebarang gejala apapun, tak sedar dia sedang hidap/bawa jangkitan/penyakit itu.

FAKTA CDC#2:
Sekitar 24% pesakit Polio akan alami gejala sakit yang ringan seperti sakit tekak dan demam rendah, dan akan pulih dalam masa seminggu.

FAKTA CDC #3:
1-5% pula akan alami kekakuan pada leher/belakang/kaki yang akan pulih sepenuhnya dalam beberapa minggu.

FAKTA CDC #4:
Kurang dari 1% akan alami lumpuh/lemah otot. Ramai dari mereka ni akan sembuh sepenuhnya. Namun, jika situasi itu berlarutan lebih 12 bulan, lumpuh/lemat otot itu kebiasaannya akan kekal.

FAKTA CDC #5:
Daripada kurang 1% yang alami lumpuh/lemah otot tadi, 2-5% dari mereka mati.
========

Jadi disini jelaslah, bahawa kata-kata doktor pakar kanak-kanak tersebut bahawa kononnya “kalau kena polio, 5% berisiko mati, yang lain pula mungkin akan lumpuh” adalah TIDAK BERASAS sama sekali.
Hakikatnya, hanya 0.02% - 0.05% (iaitu 2-5% daripada 1%) kes Polio menyebabkan kematian kanak-kanak, dan hanya 1% boleh lumpuh dan kebanyakan yg lumpuh ini akan pulih sepenuhnya.


-ADMIN TOSS (Aunty N)-