[ REBUTTAL #1 ]
POLIO: ANTARA MATI ATAUPUN LUMPUH?
"Semua perkara yang saya dok bagitau pesakit saya (berkenaan vaksin) sejak 10 tahun lalu adalah semata-mata berdasarkan info palsu dan diselindungi". Dr Jim Sears, M.D. Pakar Kanak-kanak |
Betul ke kalau kena POLIO, 5% berisiko MATI, yang lain pula mungkin akan LUMPUH?
Seorang Doktor Pakar Kanak-kanak berhujah sebegitu dalam rancangan Analisis TV Al-Hijrah bertajuk “Vaksin: Perlindungan atau Kemudharatan”.
Boleh lihat pada minit ke 6.21 hingga 7.07 (https://www.youtube.com/watch?v=m5_0U4XR1xQ&app=desktop )
Kata beliau, “kalau anda kena Polio, anda bernasib baik kalau anda hidup. Sebab risiko mati (jika kena Polio ialah) 5%. Atau kalau anda selamat, you survived, mungkin anda menjadi lumpuh.”
Dengan kata lain, ia seolah-olah menyatakan dari 100% pesakit Polio, 5% berisiko mati dan 95% boleh lumpuh.
Jom kita semak sumber dari CDC (Centre for Disease Control, US) tentang hal ini. Apa kata CDC?
FAKTA CDC #1:
Sehingga 72% daripada jangkitan Polio adalah asimtomatik.
Sehingga 72% daripada jangkitan Polio adalah asimtomatik.
Asimtomatik ialah keadaan penyakit di mana pesakit langsung tak sedar sebarang gejala apapun, tak sedar dia sedang hidap/bawa jangkitan/penyakit itu.
FAKTA CDC#2:
Sekitar 24% pesakit Polio akan alami gejala sakit yang ringan seperti sakit tekak dan demam rendah, dan akan pulih dalam masa seminggu.
Sekitar 24% pesakit Polio akan alami gejala sakit yang ringan seperti sakit tekak dan demam rendah, dan akan pulih dalam masa seminggu.
FAKTA CDC #3:
1-5% pula akan alami kekakuan pada leher/belakang/kaki yang akan pulih sepenuhnya dalam beberapa minggu.
1-5% pula akan alami kekakuan pada leher/belakang/kaki yang akan pulih sepenuhnya dalam beberapa minggu.
FAKTA CDC #4:
Kurang dari 1% akan alami lumpuh/lemah otot. Ramai dari mereka ni akan sembuh sepenuhnya. Namun, jika situasi itu berlarutan lebih 12 bulan, lumpuh/lemat otot itu kebiasaannya akan kekal.
Kurang dari 1% akan alami lumpuh/lemah otot. Ramai dari mereka ni akan sembuh sepenuhnya. Namun, jika situasi itu berlarutan lebih 12 bulan, lumpuh/lemat otot itu kebiasaannya akan kekal.
FAKTA CDC #5:
Daripada kurang 1% yang alami lumpuh/lemah otot tadi, 2-5% dari mereka mati.
Daripada kurang 1% yang alami lumpuh/lemah otot tadi, 2-5% dari mereka mati.
========
Jadi disini jelaslah, bahawa kata-kata doktor pakar kanak-kanak tersebut bahawa kononnya “kalau kena polio, 5% berisiko mati, yang lain pula mungkin akan lumpuh” adalah TIDAK BERASAS sama sekali.
Hakikatnya, hanya 0.02% - 0.05% (iaitu 2-5% daripada 1%) kes Polio menyebabkan kematian kanak-kanak, dan hanya 1% boleh lumpuh dan kebanyakan yg lumpuh ini akan pulih sepenuhnya.
-ADMIN TOSS (Aunty N)-