CARIAN DALAM BLOG

Saturday, December 21, 2019

Bagaimana Nak Melaporkan Kesan Sampingan Vaksin (AEFI)

BAGAIMANA NAK LAPORKAN AEFI💉💉
______________________________________

AEFI (Adverse Events Following Immunisation) adalah kesan sampingan/advers yang tidak diingini berikutan pelalian.

Sila laporkan sebarang kesan sampingan, walaupun anda tidak pasti ia disebabkan vaksin.

MENGAPA PERLU MELAPORKAN KESAN SAMPINGAN VAKSIN?
Membantu meningkatkan keselamatan penggunaan vaksin
Mungkin membantu mengenalpasti kesan sampingan yang baru untuk sesuatu vaksin
Setiap laporan akan dianalisa dan dimasukkan ke dalam pangkalan data kesan sampingan vaksin untuk Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

BAGAIMANA CARA MELAPOR?

(i) Dapatkan borang ini dari farmasi/Klinik Kesihatan/Hospital berdekatan, isi dan pulangkan terus kpd mereka (*kami tidak begitu syorkan cara ini)

ATAU
(ii) Laporkan terus secara atas talian
di laman web NPRA (*kami syorkan cara ini)
http://npra.moh.gov.my --> Orang Awam
atau https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/conserf_form.php

ATAU
(iii) Muat turun borang dari sini
https://www.npra.gov.my/…/reporting-side-effects-to-medicin… , kemudian cetak dan isi borang, dan hantar ke NPRA melalui emel/ pos/ faks kepada alamat di bawah.

Sila isikan seberapa banyak bahagian yang boleh untuk memastikan laporan anda adalah berguna.
Sila bekalkan maklumat kontak anda (cth.: nombor telefon/alamat emel) untuk membolehkan NPRA memperoleh maklumat lanjut berkaitan laporan anda sekiranya perlu.
Identiti anda dan maklumat yang anda bekalkan akan dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada sesiapa di luar NPRA tanpa kebenaran anda.
Anda hanya akan dihubungi jika NPRA memerlukan maklumat lanjut berkaitan laporan anda.
Anda boleh berbincang dengan ahli profesional kesihatan anda (doktor atau ahli farmasi) sebelum menghantar laporan anda kerana mereka mungkin boleh membekalkan maklumat tambahan berdasarkan rekod perubatan anda. Namun, jika anda enggan atau mereka sendiri tidak berikan kerjasama, anda masih boleh teruskan menghantar laporan.

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pelaporan kesan sampingan/ AEFI, atau untuk menghantar laporan anda, sila hubungi:
Pusat Pasca Pendaftaran Produk & Kawalan Kosmetik
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency-NPRA)
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel. No.: 03-78018464
Fax. No.: 03-7956 7151
Email: fv@npra.gov.my

NUR BARIZAH ABU BAKAR
-Bukan staf KKM/NPRA
-Tolong buat kerja diorang je sebarkan cara melaporkan AEFI


Join Telegram channel saya berkenaan panduan membuat laporan AEFI: t.me/joinchat/AAAAAEcRxs89OvPZvZRM1Q