CARIAN DALAM BLOG

Friday, December 20, 2019

Kesan Sampingan Vaksin HPV Pelajar Tingkatan 1 (Bahagian 1)

KESAN SAMPINGAN VAKSIN HPV (Bahagian 1)

Terdapat dua jenis vaksin HPV di Malaysia iaitu Cervarix dari GSK, Belgium dan Gardasil9 dari Merck, Netherlands.

Vaksin HPV diberikan kepada remaja 13 tahun (tingkatan 1) di Malaysia tanpa mengira tahap sosialisasi mereka sedangkan yang berisiko mendapat penyakit cegahan vaksin HPV ini adalah golongan yang mengamal seks aktif/bebas (Gardasil9, ms2).

Cervarix diberi sebanyak 2 dos (10-14 tahun) dan 3 dos (15 tahun dan ke atas).
Cervarix mengandungi 2 HPV strain (HPV16 dan 18), manakala Gardasil9 mempunyai 9 strain (HPV 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58).

Dinyatakan di dalam insert vaksin , sesiapa yang ada isu hipersensitif kepada mana-mana bahan dalam vaksin, tidak patut mengambilnya (Cervarix, ms2).

Persoalannya, adakah mana-mana pihak pemberi vaksin memaklumkan kepada ibubapa tentang bahan dalam vaksin HPV? Dan adakah mana-mana pihak menjalankan ujian saringan tersebut.

BERAPA LAMA IMUNITI DIJANJIKAN OLEH VAKSIN HPV

Vaksin HPV tidak memberikan perlindungan buat kesemua penerima vaksin tersebut (Gardasil9, ms31)

Pembuat vaksin HPV menyatakan dengan jelas di dalam vaksin bahawa tempoh perlindungan tidak diketahui sepenuhnya (Cervarix,ms3; Gardasil9, ms23) .

Vaksin Cervarix (ms3) juga menyatakan bahawa bagi dos booster (penggalak), tidak dapat dipastikan masa dan keperluannya. Secara tidak langsung, ia bermaksud sekali lagi bahawa tempoh perlindungan dos sebelum itu (dos kedua atau ketiga) tidak diketahui berapa lama.

MENDAPAT JANGKITAN HPV BUKAN BERERTI ANDA MENDAPAT KANSER SERVIKS.

Terdapat lebih daripada 150 strain virus HPV ; 40 daripadanya diketahui menyebabkan kanser atau ketuat kelamin. Oleh sebab vaksin Gardasil dan Cervarix hanya melindungi beberapa HPV yang menyebabkan kanser dan ketuat kelamin, ini bermakna penerima vaksin HPV masih boleh mendapat kanser serviks atau ketuat kelamin dari strain HPV yang lain. Ini jelas dinyatakan dalam insert vaksin HPV sendiri (Cervarix ms3).

Dr. Genevieve Rail dari Concordia University yang memiliki PhD dalam Kinesiology mengatakan tidak ada bukti bahawa HPV secara langsung menyebabkan kanser serviks. Beliau menasihatkan vaksin tersebut ditarikbalik dari pasaran dengan segera kerana penipuan saintifik dan bahaya yang melampau kepada sesiapa yang disuntik dengannya .

Dr. Diane Harper seorang penyelidik utama dalam kajian berkenaan keselamatan vaksin HPV menyatakan vaksin HPV bukan vaksin pencegah kanser dan tiada bukti untuk menyatakan sedemikian . Vaksin hanya melindungi kita dari beberapa virus yang boleh mengakibatkan keabnormalan sel yang dalam beberapa keadaan boleh menyebabkan kanser serviks jika keabnormalan tersebut tidak dirawat.

KESAN SAMPINGAN VAKSIN HPV

Ramai remaja mendapat kesan sampingan selepas vaksin HPV di seluruh dunia. Insert vaksin Gardasil dan Cervarix sendiri menyatakan ia boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk:

1) abdominal pain upper,
2) acute disseminated encephalomyelitis,
3) alergi,
4) angioedema - bengkak yang cepat dari lapisan kulit yang dalam, selalunya dalam reaksi alahan.
5) arthralgia - sakit sendi
6) asthenia - kelemahan fizikal yang tidak normal, kekurangan tenaga
7) asthma (Gardasil ms28),
8) bronchospasm - apabila otot di paru-paru mengetat, menyebabkan aliran udara yang terhad
9) cellulitis - jangkitan bakteria pada kulit yang serius
10) chills - seram sejuk
11) dizziness - rasa tidak stabil kerana gangguan pegerakan yang dirasakan di kepala
12) erythema - kemerahan pada kulit yang bertompok-tompok
13) fatigue - lesu
14) Guillain-Barré syndrome - lemah otot yang disebabkan oleh sistem imun yang merosakkan sistem saraf periferal. Gejala awal biasanya perubahan pada sensasi atau sakit bersekali dengan kelemahan otot, bermula pada kaki dan tangan.
15) haemorrhage - pendarahan
16) headache - sakit kepala
17) hematoma - darah terkumpul pada tisu/organ kerana kebocoran pada dinding pembuluh darah
18) idiopathic thrombocytopenic purpura - gangguan yang boleh menyebabkan mudah dan berlebihan lebam dan pendarahan.
19) induration,
20) influenza - demam, sakit kepala/otot/mata, hidung berair
21) jangkitan virus pada salur pernafasan bahagian atas dengan gejala radang salur pernafasan,
22) local paraesthesia - perubahan sensasi kulit, yang muncul sebagai kebas, hilangan kepekaan setempat, terbakar, atau kesemutan. .
23) lymphadenopathy - penyakit kelenjar limfa, di mana ianya tidak normal dari segi saiz atau konsistensi
24) malaise - dedar, tak sedap badan
25) myalgia - sakit otot
26) nausea - mual, loya yang menyebabkan muntah
27) pain - sakit
28) pruritus - gatal teruk kerana alergi
29) pyrexia - demam tinggi
30) swelling - bengkak
31) tindakbalas alergi dan hipersensitif (termasuk tindakbalas anafilaktik dan anafilaktoid),
32) urticaria - gegata
33) vasovagal syncope - berlaku apabila seseorang pengsan kerana badan bereaksi terhadap pencetus tertentu. Menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah anda jatuh mendadak. Membawa kepada pengurangan aliran darah ke otak anda, menyebabkan kehilangan kesedaran sebentar. Dan boleh menyebabkan jatuh selepas vaksin

Joel Gomeza, seorang remaja lelaki mati sehari selepas menerima dos kedua vaksin HPV pada Ogos 2013 . Di Vienna, Jasmin Soriat juga mati selepas beberapa minggu mengalami pelbagai masalah kesihatan selepas vaksin HPV .Colton pula menjadi lumpuh selepas vaksin Gardasil dan akhirnya meninggal dunia .Di UK, Georgina di diagnos dengan PoT (Postural Tachycardia Syndrome) selepas vaksin Gardasil . Ini menyebabkan kenaikan kadar jantung yang tidak normal selepas duduk atau berdiri. Ia biasanya menyebabkan pening, pengsan, berpeluh dan gejala lain. Makaylah Kelly pula mendapat pelbagai kesengsaraan dan penyakit selepas vaksin Gardasil; termasuk PoT dan migrain kronik .

Banyak pihak sedang menyaman syarikat vaksin atas sebab kesan-kesan sampingan ini. Antaranya:
Disember 2017: 700 wanita dan kanak-kanak di Columbia yang cedera akibat vaksin Gardasil yang diwajibkan di sana menyaman beramai-ramai Merck USD160 juta atas situasi yang mereka alami. Melibatkan wanita pelbagai bangsa termasuk Jepun, Irish, Portuguese dan ramai lagi.

2014. Di Spain, Association of Affected People by HPV Vaccine (AAVP) yang terdiri daripada ibubapa mangsa vaksin menyaman pihak berkuasa kesihatan dan pengilang vaksin. Ia bermula dengan seorang remaja perempuan Valencia yg mengalami AEFI (kesan buruk vaksin) selepas dos kedua Gardasil pada 2009. Saman ini kerana adanya pelanggaran hak asasi terhadap informed consent (persetujuan bermaklumat) dimana ibubapa tidak diminta keizinan oleh pihak yang menyuntik anak mereka.

Di Denmark, 100 remaja berusia 11-16 tahun mengalami pelbagai kesan sampingan temasuk lumpuh selepas Gardasil dan ibubapa membawa ke mahkamah supaya vaksin ini ditarikbalik .

Dan terdapat banyak lagi kes saman dan testimoni kesengsaraan mangsa-mangsa vaksin HPV di luar negara.


Antara kesan sampingan/buruk (AEFI) selepas vaksin HPV Gardasil9

PRURITUS. Gatal teruk kerana alergi.
Salah satu kesan sampingan vaksin HPV yang tertulis di dalam insert vaksin

CELLULITIS. Jangkitan bakteria yang serius pada kulit.
Salah satu kesan sampingan/buruk (AEFI) selepas vaksin HPV.

Colton menjadi lumpuh selepas vaksin HPV Gardasil dan akhirnya meninggal dunia

Makaylah Kelly mendapat pelbagai kesengsaraan dan penyakit selepas vaksin HPV Gardasil