CARIAN DALAM BLOG

Friday, December 27, 2019

GEMPAR!! Malaysia Guna Semula Vaksin OPV Yang Boleh Akibatkan Virus Polio Tersebar dan Kelumpuhan


Kronologi Pemberhentian dan Kemudian Pemberian Semula OPV di Malaysia


1) 29 MEI 2015

Ketua Pengarah Kesihatan dalam Surat Pekeliling Bil. 8/2015 bertajuk 'Pemberhentian Pemberian Vaksin Oral Polio (OPV) di Malaysia' memaklumkan dalam usaha pembasmian  penyakit Polio, antara strateginya termasuk:


- pertukaran dari OPV ke IPV (inactivated poliovirus vaccine) 

- diikuti pemberhentian pemberian tOPV (berkuatkuasa sebaik sahaja bekalan OPV sedia      ada habis di fasiliti KKM)


Sumber Pekeliling: 


- ini kerana tOPV mengandungi virus polio VDPV (vaccine-derived poliovirus) type 2 yang menyebabkan LUMPUH atau VAPP (vaccine associated paralytic polio) yang dilaporkan banyak berlaku di beberapa buah negara semenjak 1999.  

manakala kes poliomyelitis akibat virus polio liar atau WPV (wild poliovirus) type 2 yang terakhir diisolasi di dunia adalah pada tahun 1999. 

Sumber Pekeliling: 
file:///C:/Users/user/Desktop/Surat%20Pekeliling%20KPK%20Pemberhentian%20OPV.pdf


Isu pemberhentian pemberian vaksin OPV dan perkaitan OPV dengan kelumpuhan VAPP ada disebut dalam laman CDC (Centers for Disease Control and Prevention), US juga:
CDC: https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/polio/hcp/vaccine-derived-poliovirus-faq.html

Pihak-pihak petugas/pengamal kesihatan juga masing-masing menyuarakan hakikat pemberhentian pemberian pemberian OPV secara total pada 2016, dan kesan bahaya OPV kepada masyarakat iaitu boleh menyebabkan penyebaran virus polio VDPV (virus shedding) dan kelumpuhan VAPP.




Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/12/vaccine-derived-polio-cases-are-rare?fbclid=IwAR3zlXfNQn2EPLUwbkQT5MFuZlmCWQoRl20PFDKvLV4vnXyMaBcGrH9rbKk


2) 27 DISEMBER 2019

Tiba-tiba pada 27 Disember 2019, Unit Promosi Kesihatan JKNSabah membuat hantaran di halaman Facebook mereka tentang pemberian vaksin OPV kepada kanak-kanak dan bayi bawah 5 tahun di Dewan Taman Telipok Ria.




Dan pada hari yang sama, tak semena-mena Ketua Pengarah Kesihatan yang sama (Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah), dalam kenyataan akhbar bertajuk 'Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) 2019/2020 Dewan Taman Telipok Ria, Taman Telipok Ria, Tuaran' menyatakan vaksin OPV adalah SELAMAT.



Sumber Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan:

Kata beliau lagi,
"Kempen Imunisasi Polio Sabah ini menyasarkan semua kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun yang warga negara dan juga bukan warga negara di semua daerah negeri Sabah. Mereka akan diberi imunisasi polio secara oral (oral polio vaccine – OPV).  Pemilihan OPV dalam membendung wabak polio ini adalah selaras dengan saranan dalam garispanduan antarabangsa iaitu Standard Operating Procedures: Responding to a Poliovirus Event or Outbreak."
"KIPS 2019/20 akan dimulakan di Daerah Tuaran dan akan dilanjutkan ke seluruh Sabah secara berfasa. Sasaran KIPS 2019/20 adalah anak-anak yang berumur bawah 5 tahun diberikan sebanyak dua dos imunisasi OPV menjelang bulan Jun 2020. Selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah empat (4) minggu."
"Lawatan rumah-ke-rumah untuk memberikan OPV kepada kanak-kanak yang layak akan dilaksanakan selepas ini secara berfasa, bagi memastikan tiada kanak-kanak yang cicir imunisasi polio."
"Hanya dengan imunisasi sahaja akan dapat melindungi anak-anak dari dijangkiti virus polio dan mencegah mereka dari kelumpuhan kekal. Langkah pencegahan polio ini juga penting bagi Malaysia mendapatkan semula pengiktirafan negara yang bebas polio dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


NAH!
JADI SEKARANG BAGAIMANA? 

ADAKAH BENAR OPV NI SUDAH SELAMAT? TIDAK LAGI BOLEH AKIBATKAN PENYEBARAN VIRUS POLIO (VIRUS SHEDDING), DAN JUGA KELUMPUHAN VAPP, SEBAGAIMANA YANG DISEBUT-SEBUT OLEH PIHAK BEROTORITI SEBELUM INI?



APALAGI, JOM SEMAK VAKSIN INSERT OPV SEKARANG JUGA!

Kita rujuk Insert Oral Polio Vaksin yang berdaftar di Malaysia, keluaran Syarikat Sanofi Pasteur, France

Dari insert tersebut, JELAS dinyatakan:

i) Selepas vaksin, poliovirus dikeluarkan melalui orang yang telah menerima vaksin melalui najis beliau dan boleh menjangkiti orang keliling yang berhubung dengannya, termasuk wanita hamil atau menyusu.

ii) Kesan-kesan yang tak diingini yang boleh terjadi kepada PENERIMA VAKSIN OPV: 





Infection and infestation

Lumpuh atau Vaccine Associated Paralytic Poliomyelitis (VAPP). Berlaku dalam tempoh 4-8 minggu selepas vaksin. Kebanyakan kes berlaku selepas dos pertama.



Musculoskeletal and connective tissue disorders

Myalgia sakit, nyeri dan reumatisme otot 

Arthralgia - sakit, nyeri sendi



General Disorders and administration site conditions

Fever - demam

Rigors - perasaan mendadak sejuk dengan menggigil disertai dengan peningkatan suhu, seiring dengan berpeluh berlebihan, terutama pada permulaan atau ketinggian demam

Asthenia penyakit psikopatologi yang meningkat secara berperingkat yang mengiringi banyak penyakit tubuh, antara gejalanya termasuk keletihan, prestasi mental dan fizikal yang menurun, gangguan tidur, peningkatan kerengsaan, kelesuan, ketidakstabilan emosi.



Jadi, masih nak kata selamat? 

Terpulang...