CARIAN DALAM BLOG

Friday, December 20, 2019

Kesan Sampingan Vaksin HPV Pelajar Tingkatan 1 (Bahagian 2)

VAKSIN HPV (Bahagian 2)
=====================
(Post ni adalah sambungan kpd Bhgn 1 di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218467346173281&id=1183287947)

ANTARA BAHAN DALAM VAKSIN HPV
Cervarix: 2 strain HPV, monophosphoryl lipid A, aluminium hydroxide, sodium chloride, sodium dihydrogen phosphate dihydrate, air

Gardasil9: 9 strain HPV, aluminum (amorphous aluminum hydroxyphosphate sulfate), sodium chloride, L-histidine, polysorbate 80, sodium borate, air

Jelas sekali vaksin HPV mengandungi neurotoksin merbahaya seperti aluminium (Cervarix dan Gardasil9) dan polysorbate 80 (Gardasil9) .

Aluminium boleh menyebabkan gangguan autoimun sebagaimana yang diperjelaskan oleh Dr. Yehuda Shoenfeld yang mengkaji tentang ASIA Syndrome (autoimmune/inflammatory syndrome induced by adjuvants).

Polysorbate 80 pula asalnya dicipta untuk memandulkan binatang ternakan di ladang besar.

PENEMUAN HASIL KAJIAN DAN AMARAN DARI PAKAR PERUBATAN DAN SAINTIS TENTANG VAKSIN HPV

Ramai doktor dan saintis mendapati vaksin HPV berkait dengan kegagalan ovari pramatang (premature ovary failure atau POF)/ putus haid (menopaus) pramatang dan akhirnya mandul.

Vaksin Cervarix dengan jelas menyatakan tiada data berkenaan kesan vaksin terhadap tahap kesuburan (ms 4).

Pakar-pakar perubatan mengeluarkan amaran terhadap vaksin kanser serviks HPV . Antaranya, Dr. Sin Hang Lee (HPV L-1 Gene DNA in Gardasil and Its Potential Effects ), Dr. Jerome Authier (Biopersistance and Neuro migration of Particles after Intramuscular Injection – Impact of long-term safety of aluminum adjuvants ), Dr. Lucija Tomljenovic (Three Deaths Following Human Papillomavirus (HPV) Vaccination: Coincidence? ) dan Dr. Mirna Hajjar (A 16-Year-Old Girl With Bilateral Visual Loss and Left Hemiparesis Following an Immunization Against Human Papilloma Virus – case report ).

Menurut kajian sekumpulan saintis diketuai Dr. Nizar Souayah seorang ahli neurologi (sistem saraf) dari Universiti of New Jersey, terdapat risiko lebih tinggi untuk mendapat gangguan sistem saraf Gullain Barre Syndrome pada enam minggu pertama selepas suntikan Gardasil .

Dr. Russell Blaylock, pakar bedah saraf mendedahkan penipuan saintifik yang jelas dan bahaya yang melampau dari vaksin kanser serviks HPV Gardasil .

APA YANG LEBIH BERKESAN MENGURANGKAN KADAR KANSER SERVIKS

Berdasarkan data sedia ada, cara yang telah terbukti berkesan menurunkan kadar kanser serviks adalah melalui saringan Pap Smear dan campurtangan pemulihan awal iaitu ianya 75% berkesan menurunkan kadar kanser serviks di negara maju (Gardasil9, ms2). Namun, kaedah Pap Smear sudah dipandang ringan sejak adanya vaksin HPV.

Dr. Diane mengingatkan bahawa kadar kanser serviks akan meningkat sekiranya ramai bergantung kepada vaksin HPV semata-mata tanpa membuat pemeriksaan Pap Smear dan ini sudah terbukti di Finland.

Insert vaksin Cervarix sendiri menyatakan keperluan meneruskan kaedah pencegahan yang sesuai seperti saringan Pap semar untuk mencegah kanser serviks secara lebih menyeluruh (ms3).

Terdapat kes di mana seorang wanita, Emma Fisk, yang telah divaksin dengan HPV tetapi akhirnya mendapat kanser serviks ketika berumur 25 tahun kerana dinafikan oleh pihak kesihatan UK untuk membuat saringan Pap smear ketika beliau mendapat gejala kanser tersebut pada usia 23 tahun .

Ini menunjukkan ada pihak tertentu sanggup mengabaikan satu teknik yang sudah kelihatan berkesan dan lebih selamat dalam menurunkan kadar kanser serviks semata-mata untuk mencapai hasrat dan agenda tertentu.

VAKSIN HPV KINI DIBERI KEPADA REMAJA LELAKI JUGA

Insiden kanser serviks sangat rendah di US; maka kajian menunjukkan bahawa untuk vaksin ini menjadi kos efektif (berbaloi dari segi nilai wang), majoriti gadis berusia 11 dan 12 tahun perlu divaksinasi . Malangnya hanya 34% dari remaja perempuan yang mengambil ketiga-tiga dos. Oleh kerana itu, kanak-kanak lelaki juga iaitu yang berusia 9-26 tahun kemudiannya digesa untuk divaksin, untuk menjadikan program vaksinasi HPV berbaloi dari segi nilai wang . Kononnya untuk mencegah ketuat kelamin (genital warts) walaupun ia bukan satu penyakit serius dan jarang mempamerkan simptom, dan hanya sebahagian sangat kecil yang akan berakhir dengan kanser genital.

KENYATAAN TERBUKA AMERICAN COLLEGE OF PEDIATRICIANS (ACPEDS) TENTANG VAKSIN HPV

Pada Januari 2016, American College of Pediatricians melalui wakilnya Dr. Scott Field telah membuat kenyataan awam tentang beberapa perkara penting perihal vaksin Gardasil yang perlu diperhalusi :
(1) fungsi ovari jangka panjang tidak diuji dalam kajian keselamatan tikus/manusia,
(2) kebanyakan doktor dalam primary care mungkin tidak menyedari kemungkinan hubungan antara Gardasil dan POF dan mungkin tidak pertimbangkan melaporkan kes-kes POF atau amenorea (berhenti atau tiada haid secara abnormal) yang berpanjangan (tempoh haid yang hilang) untuk pelaporan AEFI,
(3) perkaitan autoimun dengan adjuvan aluminium yang digunakan dan ketoksikan ovari dalam tikus dari polysorbate 80
(4) ada kira-kira 213 laporan VAERS yang melibatkan amenorea/POF sejak Gardasil dilesenkan pada tahun 2006 dan 88% daripadanya telah dikaitkan dengan Gardasil. Sedangkan sebelum itu (1990-2006) tiada kes POF dan 32 kes amenorea dilaporkan .
(5) ujian keselamatan sebelum lesen Gardasil dikeluarkan tidak menggunakan saline placebo, tetapi menggunakan placebo yang mengandungi Polysorbate 80 dan adjuvan aluminium. Maka, jika kandungan ini menyebabkan kegagalan ovari/peningkatan amenorea, isu ini tidak akan dapat dikesan ketika ujian keselamatan dibuat terhadap Gardasil.
6) sebahagian besar remaja yang terlibat dalam ujian keselamatan HPV mengambil hormon cegah hamil yang dapat menutup masalah gangguan ovari termasuk kegagalan ovari dan amenorea.
7) ACPEDS memohon lebih banyak kajian ke atas tikus untuk menguji kesan Gardasil kepada fungsi ovari dalam jangkamasa panjang, kajian lebih terperinci ke atas 89 laporan di VAERS berkenaan masalah amenorea, dan doktor primay care dimaklumkan tentang kemungkinan perkaitan vaksin HPV dengan masasalah ovari.
7) Jepun mula perkenalkan vaksin HPV sejak 2010 dan mulai 2013 dan mangsa-mangsa vaksin bersuara lantang. Dr. Sataro Sato, pakar kardiologi di Jepun, mencatatkan bahawa ibu bapa mangsa vaksin menghubungi Menteri Kesihatan pada April 2013 dan menunjukkan video di mana kanak-kanak perempuan mereka yang telah menerima vaksin HPV mengalami gangguan berjalan, tika badan dan sawan. Dalam kes-kes lain, selepas beberapa minit disuntik mangsa terus tidak sedarkan diri dan jatuh ke lantai, dan alami kecederaan kepala atau muka . Pada Jun 2013, Joint meetings of the Vaccine Adverse Reactions Review Committee (JVARRC) memutuskan menggantung galakan pemberian vaksin HPV kecuali kepada mereka yang meminta.