CARIAN DALAM BLOG

Friday, December 20, 2019

Tak vaksin BOLEH je sekolah - Siapa halang boleh dikenakan tindakan undang2

TAK VAKSIN, TAK BOLEH SEKOLAH?

DI ATAS INI HANYALAH INFO MITOS / PALSU / PENIPUAN / UGUTAN TAK BERASAS






Tiada dalam mana² peruntukan undang² dalam Malaysia tentang kewajipan vaksin untuk bayi, kanak² yang akan/sedang bersekolah, mahupun ibu mengandung.

FAKTA 1
--------------
7 Mac 2019
Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik menyatakan dengan jelas,
"... prinsip asasi kami (Kementerian Pelajaran Malaysia), selaras dengan hak asasi setiap rakyat untuk mendapat pendidikan, anak-anak berhak utk pergi ke sekolah, samada ibubapanya yg memilih untuk vaksin ataupun tidak, sekolah tidak boleh menghukum anak-anak di atas pilihan ibubapa mereka.
Sekolah tidak boleh menutup pintu daripada anak-anak mendapat pendidikan berkualiti...
Sekolah, pendidikan untuk semua...".
FAKTA 2
--------------

15 Disember 2019
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye menyatakan tidak ada keperluan mewajibkan vaksinasi, kerana kadar vaksinasi untuk kesemua penyakit cegahan vaksin sudah melebihi 95%.
FAKTA 3
-------------
Rekod vaksin akan diminta untuk pendaftaran sekolah. Ya, ini benar. Berikan sahaja info dan buku/rekod vaksin yang kosong tanpa tarikh vaksin. Mereka hanya perlukan info/dokumen tersebut sebagai rekod simpanan di pihak mereka. Untuk mereka menyimpan maklumat status vaksinasi anak anda, dan bukannya sebagai syarat pendaftaran diterima.
Jika mereka berikan alasan bahawa anak anda tak vaksin, maka anak anda tidak diterima ke sekolah, segeralah dapatkan surat rasmi daripada mereka tentang penolakan tersebut beserta sebab penolakan (kerana tidak vaksin). Seterusnya, berbekalkan surat ini, laporkan kepada pihak² berotoriti termasuk Guru Besar/Pengetua sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, serta Kementerian Pelajaran Malaysia, agar anda dapat pertahankan hak anak anda dan tiada pihak yang bertindak menyalahi prinsip dasar pendidikan negara.

-------------------
NUR BARIZAH A.B.
T.ME/NURBAKAR
20 Dis 2019
-------------------
Link post: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220432471620189&id=1183287947