CARIAN DALAM BLOG

Friday, December 20, 2019

Vaksin BCG: Jom Ambil Tahu

[ VAKSIN BCG: JOM AMBIL TAHU! ]

APA ITU VAKSIN BCG?

1. BCG (Bacille Calmette-Guerin) adalah vaksin untuk penyakit tuberkulosis (TB).
2. Ia adalah antara vaksin terawal diperkenalkan di Malaysia iaitu pada 1962.
3. BCG digunakan di banyak negara yang kadar kejadian TB yang tinggi.
4. BCG adalah vaksin hidup beku-kering dari strain Mycobacterium bovis yang dilemahkan.
5. TB sendiri adalah disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang tersebar melalui udara dari seorang ke seorang yang lain.
6. Bakteria TB berada di udara apabila seseorang yang punyai TB di paru-paru atau tekak itu batuk/bersin, bercakap atau menyanyi.
7. TB tidak merebak dengan bersalaman, berkongsi makanan/minuman, menyentuh tempat duduk tandas, berkongsi berus gigi atau mencium.
8. TB biasanya menyerang paru-paru, tetapi bakteria TB boleh menyerang mana-mana bahagian badan seperti buah pinggang, tulang belakang, dan otak. Tidak semua orang yang dijangkiti bakteria TB menjadi sakit.

STATISTIK PENYAKIT TB DI MALAYSIA

1. Kes TB di Malaysia pada 2017 ialah 26,168. Meningkat 8% dari tahun sebelumnya .
2. Kadar kematian akibat penyakit TB 6.8 kes setiap 100,000 pada tahun 2017 berbanding 5.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2015.
3. Majoriti pesakit TB adalah warganegara Malaysia iaitu 23,035 daripada 26,168.
4. Beberapa faktor telah dikaitkan dengan pertambahan bilangan pesakit TB, antaranya, kemiskinan, kekurangan penjagaan dan kemudahan perubatan dan persekitaran serta gaya hidup yang tidak sihat .

ADA BERAPA JENAMA VAKSIN BCG DI MALAYSIA?

Ada dua jenama:
1. Jenama Glutamate, Jepun
Insert: https://quest3plus.bpfk.gov.my/…/D3%20BCG%20August%202014.p…
2. Jenama Serum Institute of India (SII), India
Insert:https://quest3plus.bpfk.gov.my/…/p_670_201610131617027640.p…

BILA VAKSIN BCG DIBERI?

Berdasarkan Jadual Imunisasi Kebangsaan, vaksin BCG diberi kepada semua bayi pada 0 bulan. Dari segi praktikal, ia diberikan pada hari kelahiran bayi. Menurut insert vaksin BCG, vaksin ini perlu diberikan sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.

APA BAHAN LAIN DALAM VAKSIN BCG?

Sodium Glutamate (Jepun & India).

PERLUKAH SARINGAN UNTUK PENGGUNAAN VAKSIN BCG?

Mereka yang punyai reaktor positif tidak perlu diimunisasi.
Pengesanan ini boleh dilakukan melalui ujian kulit dengan tuberculin. (Jepun & India).

SIAPA YANG TAK BOLEH AMBIL VAKSIN BCG?

Antaranya, individu yang mempunyai kekurangan imun mediasi sel.

APA KESAN SAMPINGAN VAKSIN BCG?

a) Reaksi di tempat suntikan. (Jepun & India)
b) Bengkakan merah kecil yang sakit muncul di tapak suntikan, dan beransur-ansur berubah menjadi vesikel (lecur/lepuh) kecil dan kemudian menjadi ulser selepas 2-4 minggu. (Jepun & India)
c) Tindakbalas akan berkurangan dalam tempoh 2-5 bulan dan meninggalkan parut ringan 2-10 mm diameter. (Jepun & India)
d) Bonjolan kecil yang berterusan akan menjadi ulser. (Jepun & India)
e) Pembesaran kalenjar limfa di bawah ketiak (lihat gambar) boleh muncul dalam 2-4 bulan selepas imunisasi. (Jepun & India)
f) Kalenjar limfa yang membesar boleh bernanah. Suntikan subkutaneus boleh membentuk nanah dan boleh menyebabkan parut. (Jepun & India)
g) Kejutan atau anafilaksis boleh juga terjadi. Anafilaksis adalah tindak balas alahan/alergi akut kepada antigen yang menjadikan tubuh menjadi hipersensitif. Penerima vaskin perlu diperhatikan samada mendapat reaksi alergi selepas BCG. (Jepun)
h) Penyebaran sistemik BCG iaitu jangkitan termasuk osteitis (radang bahan tulang) atau osteomyelitis (radang tulang atau sumsum tulang) juga boleh berlaku. (Jepun)


RUJUKAN:
1. https://www.cdc.gov/…/publica…/factsheets/prevention/bcg.htm
2. http://www.data.gov.my/…/66a5e3d0-55cd-4096-a701-e134b91b10…
3. https://www.bharian.com.my/…/kes-tibi-dan-kusta-meningkat-d…
4. Waaler, H.T. 2002. Tuberculosis and poverty. International Journal of Tubercle Lung Disease 6: 745-746.
- ADMIN TOSS (Aunty N) -

ANAPHYLAXIS. Anafilaksis adalah tindak balas alahan/alergi akut kepada antigen yang menjadikan tubuh menjadi hipersensitif. Salah satu kesan Vaksin BCG sebagaimana yang dinyatakan oleh pengilang/pembuat vaksin BCG sendiri di dalam insert vaksin. Gambar menunjukkan salah satu gejala anafilaksis.

AXILLARY LYMPH NODE. Pembesaran kalenjar limfa di bawah ketiak. 
Salah satu kesan sampingan Vaksin BCG sebagaimana yang dinyatakan dalam insert vaksin tersebut oleh pengilang/pembuat vaksin sendiri.

HIVES/URTICARIA/GEGATA
Salah satu gejala Anaphylaxis iaitu kesan sampingan Vaksin BCG sebagaimana dinyatakan dalam insert vaksin oleh pengilang vaksin sendiri.