CARIAN DALAM BLOG

Saturday, December 21, 2019

Vaksin MR (Measles Rubella MR) Difatwakan Haram Di Indonesia: Fatwa Malaysia, Bagaimana?

VAKSIN MEASLES RUBELLA (MR) DIFATWAKAN HARAM DI INDONESIA: FATWA MALAYSIA BAGAIMANA?

Anak-anak kita yang umur 7 tahun (darjah 1) dapat suntikan vaksin Measles Rubella (MR) yg dibuat oleh Serum Institute of India (SII).



Vaksin MR yang sama diguna di lebih 140 negara termasuk 26 negara-negara Islam OIC contohnya Indonesia.

Cerita berbeza, di Indonesia, Majelis Ulama Indonesia (MUI) dah keluarkan fatwa vaksin MR SII ini HARAM, sebab dalam proses pembuatannya menggunakan bahan yang asal daripada babi.

Dokumen yang diberi oleh SII iaitu pembuat vaksin MR sendiri, Laporan Kajian Vaksin MR dari Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika (LPPOM) MUI pada 15 Ogos 2018 dapati vaksin MR berasal daripada bahan berikut:
a. Bahan yg berasal dari babi, iaitu gelatin yg berasal dari kulit babi dan trypsin yg berasal dari pankreas babi.
b. Bahan yg berpeluang besar bersentuhan dgn babi dalam proses pembuatannya, iaitu laktalbumin hydrolysate.
c. Bahan yang berasal dari tubuh manusia, iaitu human diploid cell.

MUI juga tegaskan hukumnya HARAM menggunakan vaksin yang guna unsur babi.

Tapi atas sebab tertentu, pada waktu ini MUI fatwakan (Fatwa no. 33, 2018) HARUS (dibolehkan/ mubah) gunakan vaksin MR dengan TIGA SYARAT.
1. Ada situasi keterpaksaan (darurah syar'iyyah)
2. Vaksin MR yang halal dan suci belum dijumpai
3. Ada keterangan daripada ahli yang kompeten dan boleh dipercayai tentang bahaya yang ditimbulkan akibat tak diimunisasi dan belum adanya vaksin yg halal

Pengertian Harus ialah suatu perbuatan yang boleh dilakukan, tapi tak mendapat pahala bagi yang melakukan. Harus bermakna boleh ditinggalkan dan tak mendapat dosa bagi yang tidak melakukannya.

Fatwa MUI juga kata jika vaksin yang halal dan suci ditemui, vaksin MR TIDAK LAGI HARUS diguna.
Di Aceh, Majelis Pemusyawaratan Ulama nya tegaskan: "Kita mengeluarkan fatwa 'darurah' dengan syarat ibubapa harus TAHU bahawa vaksin MR itu mengandungi unsur yang tidak halal tadi. Berkenaan penggunaannya, JANGAN DIPAKSA kepada masyarakat. Tidak boleh dipaksa untuk SEMUA daerah."

PERSOALANNYA;
1. Malaysia gunakan vaksin MR dari SII yang sama seperti di Indonesia. Kenapa fatwa Malaysia masih senyap tentang status Halal/Haram dan penggunaan vaksin MR ini walaupun di negara jiran telah kecoh tentang vaksin ini? Adakah kita hidup dalam tempurung?
2. Bukankah di Malaysia ada pilihan vaksin lain untuk penyakit Measles dan Rubella. Contoh seperti vaksin jenis Priorix yang melindungi 3 penyakit iaitu Measles, Mumps dan Rubella, atau Priorix-Tetra. Kenapa tidak digunakan vaksin alternatif ini untuk anak-anak 7 tahun? Adakah kita sudah sampai ke tahap darurat untuk menggunakan MR SII yg ‘memanfaatkan’ babi bilamana masih ada alternatif lain?
3. Selain isu babi, penggunaan Human Diploid Cell (HDC) yang diperolehi dari janin bayi yang digugurkan dalam hampir kesemua vaksin untuk penyakit Measles dan Rubella juga sepatutnya mempunyai implikasi besar kepada hukum serta etika. Ia melibatkan pengguguran lebih 70 janin sebagaimana yang diakui sendiri oleh Dr. Stanley Plotkin (seorang pengkaji vaksin yg bertanggungjawab dalam pencarian sel janin bayi yang terbaik untuk dijadikan tapak pembiakan virus) di dalam pengakuan sumpah beliau pada Januari 2018.


Pihak bertanggungjawab termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM juga Majlis Fatwa Kebangsaan digesa agar dapat memperjelaskan dan menentukan hukum produk serta penggunaan vaksin MR SII ini.

Rujukan:
1. MR SII Vaccine Insert
https://quest3plus.bpfk.gov.my/…/V_4864_20170414_075531_D3.…
https://www.who.int/…/vaccine_qual…/pq_141_mr_10dose_sii/en/
https://www.seruminstitute.com/product_ind_mrvac.php
2. 20 Ogos 2018. FATWA MUI VAKSIN MR SII https://dinkes.acehprov.go.id/…/Fatwa-MUI-No.33_Tahun_2018-…
3. 21 Ogos 2018. Vaksin MR 'tidak halal': MUI pusat bolehkan karena darurat, di daerah masih ada yang menolak. https://www.bbc.com/indonesia/amp/indonesia-45248643…
4. 21 Ogos 2018. Ini Kandungan Haram Vaksin MR. https://www.hidayatullah.com/…/ini-kandungan-haram-vaksin-m…
5. 24 Ogos 2018. Vaksin MR dari India Dipakai di Negara-negara OKI. https://www.cnnindonesia.com/…/vaksin-mr-dari-india-dipakai…
6. 7 September 2018. Jalan Panjang Terbitnya Fatwa MUI Nomor 33 tahun 2018 Dalam Rangka Mendukung Imunisasi http://www.depkes.go.id/…/jalan-panjang-terbitnya-fatwa-mui…
7. 31 Mac 2016. Tiga Hukum Guna Vaksin Sumber Haram. https://www.bharian.com.my/node/138985/amp
8. Januari 2018. Dr Stanley Plotkin Under-Oath Deposition. https://youtu.be/PN7FQCkiBp8