CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label POLIO. Show all posts
Showing posts with label POLIO. Show all posts

Wednesday, January 1, 2020

SEGMEN DOKTOR KANTOL - Memalukan! Exco Vaksinasi M3 SALAH beri kenyataan tentang polio type?

Salah seorang Exco Vaksinasi drp Medical Mythbuster Malaysia salah membaca atau tidak tahu akan isu sebenar polio?




Menurut posting yang dimuatnaik oleh Dr Amirul Amzar mengatakan pemberian vaksin OPV yg diberi tiada strain poliovirus type 2 yang kini menjadi VDPV yang utama, kenyataan ini adalah salah berdasarkan fakta sebenar. Bagaimana kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh seorang Exco yg bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat?




Mari kita lihat fakta sebenar yang sebenar berdasarkan lot vaksin OPV yg diorder oleh Malaysia






Lot yang baru diorder pada tahun 2019 adalah daripada Bandung Indonesia, dan lot sebelum itu yg diorder pada tahun 2016 dari manufacturer yg sama iaitu dari BioPharma Bandung Indonesia.

Kenapa salah?

Hakikat sebenar vaksin OPV ini MENGANDUNGI ke 3-3 type (type 1, type 2, type 3). Berikut adalah detail vaksin OPV yg diorder dari Bandung Indonesia (lihat pada active ingredient dibawah)



Bagaimana seorang doktor yg memberi maklumat tidak tepat begini dijadikan rujukan. terserlahlah Malaysia menggunakan poliovirus type 1, 2, 3.

Tetapi kenapa Dr Amirul Amzar memberi jaminan Malaysia tidak menggunakan virus type 2? Sedangkan kes Polio di Sabah baru2 ini adalah disebabkan Virus Derived PolioVIRUS TYPE 1 (VDPV)!!!

Adakah Dr Amirul Amzar gagal memahami kedua-duanya; kenyataan akhbar yg mudah difahami oleh semua golongan rakyat, dan juga gagal memahami ingredient atau jenis2 strain virus? 
Bagaimana dengan kenyataan2 beliau yang lain? Adakah boleh dipercayai?





Akhbar diatas jelas menunjukkan VDPV ialah virus type 1, bukan type 2.

Dan paling memeranjatkan seorang doktor pakar keluarga (FMS) mengatakan perkara yang sama dan memaki bodoh pd antivaksin??? Rupanya2 kenyataan beliau sendiri yang JELAS SALAH!
Ini bukan saja memalukan warga M3, tetapi juga memalukan warga FMS satu Malaysia.


Menakutkan sungguh membaca statement doktor pakar, adakah layak digelar pakar? Status yg dimuatnaik oleh Sakinah Sulong adalah fitnah dan membodohkan orang ramai ni perlu diambil berat oleh KKM.




Friday, December 27, 2019

GEMPAR!! Malaysia Guna Semula Vaksin OPV Yang Boleh Akibatkan Virus Polio Tersebar dan Kelumpuhan


Kronologi Pemberhentian dan Kemudian Pemberian Semula OPV di Malaysia


1) 29 MEI 2015

Ketua Pengarah Kesihatan dalam Surat Pekeliling Bil. 8/2015 bertajuk 'Pemberhentian Pemberian Vaksin Oral Polio (OPV) di Malaysia' memaklumkan dalam usaha pembasmian  penyakit Polio, antara strateginya termasuk:


- pertukaran dari OPV ke IPV (inactivated poliovirus vaccine) 

- diikuti pemberhentian pemberian tOPV (berkuatkuasa sebaik sahaja bekalan OPV sedia      ada habis di fasiliti KKM)


Sumber Pekeliling: 


- ini kerana tOPV mengandungi virus polio VDPV (vaccine-derived poliovirus) type 2 yang menyebabkan LUMPUH atau VAPP (vaccine associated paralytic polio) yang dilaporkan banyak berlaku di beberapa buah negara semenjak 1999.  

manakala kes poliomyelitis akibat virus polio liar atau WPV (wild poliovirus) type 2 yang terakhir diisolasi di dunia adalah pada tahun 1999. 

Sumber Pekeliling: 
file:///C:/Users/user/Desktop/Surat%20Pekeliling%20KPK%20Pemberhentian%20OPV.pdf


Isu pemberhentian pemberian vaksin OPV dan perkaitan OPV dengan kelumpuhan VAPP ada disebut dalam laman CDC (Centers for Disease Control and Prevention), US juga:
CDC: https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/polio/hcp/vaccine-derived-poliovirus-faq.html

Pihak-pihak petugas/pengamal kesihatan juga masing-masing menyuarakan hakikat pemberhentian pemberian pemberian OPV secara total pada 2016, dan kesan bahaya OPV kepada masyarakat iaitu boleh menyebabkan penyebaran virus polio VDPV (virus shedding) dan kelumpuhan VAPP.




Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/12/vaccine-derived-polio-cases-are-rare?fbclid=IwAR3zlXfNQn2EPLUwbkQT5MFuZlmCWQoRl20PFDKvLV4vnXyMaBcGrH9rbKk


2) 27 DISEMBER 2019

Tiba-tiba pada 27 Disember 2019, Unit Promosi Kesihatan JKNSabah membuat hantaran di halaman Facebook mereka tentang pemberian vaksin OPV kepada kanak-kanak dan bayi bawah 5 tahun di Dewan Taman Telipok Ria.




Dan pada hari yang sama, tak semena-mena Ketua Pengarah Kesihatan yang sama (Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah), dalam kenyataan akhbar bertajuk 'Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) 2019/2020 Dewan Taman Telipok Ria, Taman Telipok Ria, Tuaran' menyatakan vaksin OPV adalah SELAMAT.



Sumber Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan:

Kata beliau lagi,
"Kempen Imunisasi Polio Sabah ini menyasarkan semua kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun yang warga negara dan juga bukan warga negara di semua daerah negeri Sabah. Mereka akan diberi imunisasi polio secara oral (oral polio vaccine – OPV).  Pemilihan OPV dalam membendung wabak polio ini adalah selaras dengan saranan dalam garispanduan antarabangsa iaitu Standard Operating Procedures: Responding to a Poliovirus Event or Outbreak."
"KIPS 2019/20 akan dimulakan di Daerah Tuaran dan akan dilanjutkan ke seluruh Sabah secara berfasa. Sasaran KIPS 2019/20 adalah anak-anak yang berumur bawah 5 tahun diberikan sebanyak dua dos imunisasi OPV menjelang bulan Jun 2020. Selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah empat (4) minggu."
"Lawatan rumah-ke-rumah untuk memberikan OPV kepada kanak-kanak yang layak akan dilaksanakan selepas ini secara berfasa, bagi memastikan tiada kanak-kanak yang cicir imunisasi polio."
"Hanya dengan imunisasi sahaja akan dapat melindungi anak-anak dari dijangkiti virus polio dan mencegah mereka dari kelumpuhan kekal. Langkah pencegahan polio ini juga penting bagi Malaysia mendapatkan semula pengiktirafan negara yang bebas polio dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


NAH!
JADI SEKARANG BAGAIMANA? 

ADAKAH BENAR OPV NI SUDAH SELAMAT? TIDAK LAGI BOLEH AKIBATKAN PENYEBARAN VIRUS POLIO (VIRUS SHEDDING), DAN JUGA KELUMPUHAN VAPP, SEBAGAIMANA YANG DISEBUT-SEBUT OLEH PIHAK BEROTORITI SEBELUM INI?



APALAGI, JOM SEMAK VAKSIN INSERT OPV SEKARANG JUGA!

Kita rujuk Insert Oral Polio Vaksin yang berdaftar di Malaysia, keluaran Syarikat Sanofi Pasteur, France

Dari insert tersebut, JELAS dinyatakan:

i) Selepas vaksin, poliovirus dikeluarkan melalui orang yang telah menerima vaksin melalui najis beliau dan boleh menjangkiti orang keliling yang berhubung dengannya, termasuk wanita hamil atau menyusu.

ii) Kesan-kesan yang tak diingini yang boleh terjadi kepada PENERIMA VAKSIN OPV: 





Infection and infestation

Lumpuh atau Vaccine Associated Paralytic Poliomyelitis (VAPP). Berlaku dalam tempoh 4-8 minggu selepas vaksin. Kebanyakan kes berlaku selepas dos pertama.



Musculoskeletal and connective tissue disorders

Myalgia sakit, nyeri dan reumatisme otot 

Arthralgia - sakit, nyeri sendi



General Disorders and administration site conditions

Fever - demam

Rigors - perasaan mendadak sejuk dengan menggigil disertai dengan peningkatan suhu, seiring dengan berpeluh berlebihan, terutama pada permulaan atau ketinggian demam

Asthenia penyakit psikopatologi yang meningkat secara berperingkat yang mengiringi banyak penyakit tubuh, antara gejalanya termasuk keletihan, prestasi mental dan fizikal yang menurun, gangguan tidur, peningkatan kerengsaan, kelesuan, ketidakstabilan emosi.



Jadi, masih nak kata selamat? 

Terpulang...


Tuesday, December 24, 2019

Doktor Pakar Salah Fakta.. Lagi!! (Kes Polio)


[ REBUTTAL #3 ]
POLIO SUSAH DIBASMI SEBAB AFGHANISTAN & PAKISTAN?
NIGERIA BEBAS POLIO?

Doktor Pakar Kanak-kanak dalam rancangan Analisis di TV Al Hijrah bertajuk 'Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan?' berhujah (pada minit ke 7.21-7.44):

“..dan InshaAllah, dengan kajian... Iqra’... ya dengan kajian (yang) dilakukan manusia, kita harap kita boleh membasmikan Polio daripada mukabumi ini. Sebenarnya tarikhnya (ditarget pada) 2018... (tapi) tak menjadi. Sebab apa? Mintak maaflah... orang-orang 'kita'... (iaitu) orang Islam di Pakistan dan Afghanistan”.

Okay, baiklah. Jom kita semak laman web WHO (World Health Organization). Benarkah hujah beliau ini?

Data terkini kes Polio seluruh dunia adalah bagi tahun 2018.


Seperti yang dpt dilihat dalam data WHO di atas, TIADA LANGSUNG kes iaitu sifar (0) kes di Afghanistan dan Pakistan sejak 2017.

Pada 2017, di seluruh dunia hanya dua negara yang punyai kes Polio iaitu di Congo (22 kes) dan di Syria (74 kes). Di Congo, 90% adalah bukan Islam.

Jadi mengapa Pakar tersebut masih perlu seolah² menyalahkan orang Islam khususnya di Pakistan dan Afghanistan sedangkan sejak 2017 lagi sudah tiada kes Polio di kedua-dua negara tersebut. Ketika bersiaran, kita semua sudahpun berada di pertengahan suku pertama tahun 2019.

Walaupun pada tahun sebelumnya (tahun 2016) ada kes Polio di Afghanistan (13 kes) dan Pakistan (21 kes), tetapi ada dua lagi negara lain juga yang ada kes Polio iaitu Lao (3 kes) dan Nigeria (5 kes). Di Lao, 99.99% adalah bukan Islam. Manakala Nigeria pula, 50% adalah bukan Islam. Mengapa ini tidak disebut langsung?

Kasihan dua negara Islam tersebut masih dipersalahkan sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya. Dakwaan tersebut boleh dikatakan tidak adil buat mereka dan juga umat Islam di tempat lain.

Seterusnya Kes Polio tahun 2018 pula adalah seperti berikut: 
CONGO 20 kes (10% populasi Muslim)
INDONESIA 1 kes (87% populasi Muslim)
MOZAMBIQUE 1 kes (17-45% populasi Muslim)
NIGER 10 kes (99% populasi Muslim)
NIGERIA  34 kes (50% populasi Muslim)
PAPUA NEW GUINEA 26 kes (kurang 1% populasi Muslim)
SOMALIA 12 kes (99.8% populasi Muslim)

Doktor pakar ini patut berasa malu besar kerana dengan penuh yakin dan bangga diri mendakwa bahawa beliau bersama sekumpulan pakar² perubatan di Nigeria telah berjaya membasmi penyakit Polio di sana sejak 2 tahun lalu (iaitu 2017), SEDANGKAN pada 2018, ada 34 kes Polio dilaporkan dalam laman WHO sendiri.



Oleh itu pengajarannya, apa² yang anda dengar dari siapapun, silalah SEMAK KESAHIHAN FAKTANYA. Pakar atau tidak, tidak semestinya boleh dipercayai 100%.


Doktor Pakar Salah Data?? Dakwa 1/2 Juta Kes Polio 20 Tahun Lalu





[ REBUTTAL #2 ]
SETENGAH JUTA KES POLIO PADA 20 TAHUN LALU?

Pakar kanak-kanak dalam rancangan Analisis di TV Al Hijrah bertajuk 'Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan?' Pada minit ke 7.07 – 7.20 berhujah:

“ … dan setakat ini, alhamdulillah, melalui vaksinasi polio, daripada setengah juta kes (polio) 20 tahun yg lalu, sekarang mungkin hanya 50 kes.”

Jom kita rujuk data WHO (World Health Organisation) dalam website CDC (Center for Diseases Control);

20 tahun lalu bermaksud sekitar 1998/1999.
Setengah juta bermaksud 500,000.

Anda nampak mana-mana angka ratusan ribu dalam mana² Jadual di bawah?

Untuk tahun 1998, Polio yang disahkan ialah 6,349 kes.
Untuk tahun 1999, Polio yang disahkan ialah 6,970 kes.
Untuk tahun 1997 pula, sebanyak 5,185 kes dan tahun 2000 sejumlah 2,849 kes.


JADI;
Mengapa perbezaan yang begitu KETARA dari segi bilangan kes antara (i) apa yang didakwa Doktor Pakar tersebut (500 ribu), dengan (ii) data sebenar dari WHO (hanya sekitar 3-7 ribu)?? Bezanya adalah ratusan ribu!!!

Adakah CDC dan WHO menipu? 
Atau CDC dan WHO salah titik perpuluhan? 

Ataupun Doktor Pakar membuat bancian beliau sendiri?

Fikir-fikirkan. 

Selepas ini, jangan mudah2 kita terus percayai 100% apa sahaja yang dihujahkan oleh mana² Doktor malah yang Pakar sekalipun, selagi tidak kita semak sendiri KESAHIHANNYA.


Apa Doktor Pakar Cakap Tak Semestinya Betul!!! REBUTTAL#1

[ REBUTTAL #1 ]
POLIO: ANTARA MATI ATAUPUN LUMPUH?

"Semua perkara yang saya dok bagitau pesakit saya (berkenaan vaksin) sejak 10  tahun lalu adalah semata-mata berdasarkan info palsu dan diselindungi". Dr Jim Sears, M.D. Pakar Kanak-kanak

Betul ke kalau kena POLIO, 5% berisiko MATI, yang lain pula mungkin akan LUMPUH?

Seorang Doktor Pakar Kanak-kanak berhujah sebegitu dalam rancangan Analisis TV Al-Hijrah bertajuk “Vaksin: Perlindungan atau Kemudharatan”.

Boleh lihat pada minit ke 6.21 hingga 7.07 (https://www.youtube.com/watch?v=m5_0U4XR1xQ&app=desktop )

Kata beliau, “kalau anda kena Polio, anda bernasib baik kalau anda hidup. Sebab risiko mati (jika kena Polio ialah) 5%. Atau kalau anda selamat, you survived, mungkin anda menjadi lumpuh.”




Dengan kata lain, ia seolah-olah menyatakan dari 100% pesakit Polio, 5% berisiko mati dan 95% boleh lumpuh.

Jom kita semak sumber dari CDC (Centre for Disease Control, US) tentang hal ini. Apa kata CDC?

FAKTA CDC #1:
Sehingga 72% daripada jangkitan Polio adalah asimtomatik.
Asimtomatik ialah keadaan penyakit di mana pesakit langsung tak sedar sebarang gejala apapun, tak sedar dia sedang hidap/bawa jangkitan/penyakit itu.

FAKTA CDC#2:
Sekitar 24% pesakit Polio akan alami gejala sakit yang ringan seperti sakit tekak dan demam rendah, dan akan pulih dalam masa seminggu.

FAKTA CDC #3:
1-5% pula akan alami kekakuan pada leher/belakang/kaki yang akan pulih sepenuhnya dalam beberapa minggu.

FAKTA CDC #4:
Kurang dari 1% akan alami lumpuh/lemah otot. Ramai dari mereka ni akan sembuh sepenuhnya. Namun, jika situasi itu berlarutan lebih 12 bulan, lumpuh/lemat otot itu kebiasaannya akan kekal.

FAKTA CDC #5:
Daripada kurang 1% yang alami lumpuh/lemah otot tadi, 2-5% dari mereka mati.
========

Jadi disini jelaslah, bahawa kata-kata doktor pakar kanak-kanak tersebut bahawa kononnya “kalau kena polio, 5% berisiko mati, yang lain pula mungkin akan lumpuh” adalah TIDAK BERASAS sama sekali.
Hakikatnya, hanya 0.02% - 0.05% (iaitu 2-5% daripada 1%) kes Polio menyebabkan kematian kanak-kanak, dan hanya 1% boleh lumpuh dan kebanyakan yg lumpuh ini akan pulih sepenuhnya.


-ADMIN TOSS (Aunty N)-

Friday, December 20, 2019

Polio - Fakta Dari Dr Musa Tidak Sama dgn CDC (scare tactic?)

HAKIKAT POLIO




Ramai orang sangka POLIO=LUMPUH, POLIO=IRON LUNG, kesan daripada gambar² dan video² yg disebar dan diputar² beribu kali oleh media massa. Anda pilih utk percaya media 100%?


Anda tak pernah nampak permainan media dlm pelbagai isu termasuk politik, ekonomi, sosial, dll? Anda rasa mereka sentiasa benar, di jalan yg lurus, tiada manipulasi info? Atau anda dah biasa nampak permainan mereka?

Maka apa beza bila ianya berkait dgn isu vaksin? Anda rasa mereka suci murni, tiada agenda? Tiada 'kesilapan' tidak sengaja atau sengaja? Tiada putar belit info? Tiada sponsor atau penaja di belakang mereka? Atau anda akan mula buat bacaan dan kajian sendiri slps membaca dari media arus perdana berkenaan vaksin?


HAKIKATNYA;

Sumber dari CDC (Centre for Disease Control, US) iaitu organisasi yg menjadi ikutan a.k.a. kiblat banyak negara di dunia berkenaan polisi vaksinasi nyata berbeza dari apa yg mungkin anda sangkakan tentang Polio. Apa kata CDC?

1. Sehingga 72% daripada jangkitan Polio adalah asimtomatik. Asimtomatik adalah keadaan penyakit di mana pesakit langsung tak sedar sebarang gejala apapun, tak sedar dia sedang hidap/bawa jangkitan/penyakit itu.

2. Sekitar 24% pesakit Polio alami gejala sakit yang ringan seperti sakit tekak dan demam rendah, dan akan pulih dalam masa seminggu.

3. 1-5% pula akan alami kekakuan pada leher/belakang/kaki yang akan pulih sepenuhnya dalam beberapa minggu.

4. Kurang dari 1% akan alami lumpuh/lemah otot. Ramai dari mereka ni akan sembuh sepenuhnya. Namun, jika situasi itu berlarutan lebih 12 bulan, lumpuh/lemat otot itu kebiasaannya akan kekal.

5. Daripada kurang 1% yang alami lumpuh/lemah otot tadi, 2-5% dari mereka mati.
.
.
Hah terkejut tak dgn fakta CDC ni? Berlainan tak dengan sangkaan anda?

Ada seorang doktor pakar kanak-kanak pernah dalam siaran TV berkata “kalau kena polio, 5% berisiko mati, yang lain pula (baca: 95%) mungkin akan lumpuh”.


Maka apa yg beliau katakan adalah TIDAK BERASAS sama sekali, jika dibandingkan dgn fakta yg dikemukan CDC.

Hakikatnya, hanya:
1. 0.02% - 0.05% (iaitu 2-5% daripada 1%) kes Polio menyebabkan kematian kanak-kanak (bukan 5%), dan,
2. 1% boleh lumpuh (bukan 95%) dan ramai yg lumpuh ini akan pulih sepenuhnya bermakna bukan lumpuh kekal.

Jadi, anda rasa apa sekarang? Ada rasa kena game tak? Masih nak percaya Polio akan 100% samada melumpuhkan dan mematikan penghidapnya? Terserah.

Rujukan: