CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label INFORMED CONSENT. Show all posts
Showing posts with label INFORMED CONSENT. Show all posts

Monday, January 6, 2020

Ibubapa Tolak Rawatan Boleh Didakwa?? Doktor Boleh Panggil Polis dan JKM?





Facebook Page 'Public Health Malaysia' sebelum ini telah mengeluarkan satu poster bertajuk 'Ibu Bapa Tolak Rawatan Boleh Didakwa' dan mengatakan di dalam poster tersebut bahawa:

1. Di bawah Akta Kanak-Kanak, tiada ibubapa/penjaga yang boleh menolak sebarang bentuk rawatan kesihatan untuk anak-anak.
2. Hak penjagaan anak boleh diambil untuk sementara.
3. Atau penglibatan pihak polis dan JKM untuk memastikan anak dirawat.


Poster ini telah diviralkan dan dijadikan bahan untuk menakut-nakutkan golongan yang menolak vaksin, juga yang menolak prosedur/rawatan di hospital.


------------------------
PERSOALANNYA, benarkah dakwaan ini?

JOM KITA SEMAK FAKTA

Seksyen yang dikaitkan oleh pihak yang menyokong poster ini antaranya adalah Seksyen 21,24,31.

Kesemua seksyen ini terletak dalam Bahagian V (Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan),  Akta Kanak-kanak 2001


Pertama sekali yang kita perlu tahu dan faham, mana-mana seksyen di dalam mana-mana Akta tidak boleh dipetik dan ditepek secara sesuka hati, tanpa mengikut KONTEKS Seksyen berkaitan. 

Mana-mana seksyen perlu dibaca dari awal mengikut konteks huraian setiap Bab dalam Akta berkaitan, untuk benar-benar memahami mengapa Akta berkait diwujudkan (INTENTION OF LEGISLATOR). Jika tidak, akan berlaku PEMAHAMAN YANG MENYIMPANG DAN MENYELEWENG dari maksud asal dan maksud sebenar Seksyen itu diwujudkan.


Oleh kerana isu berkaitan poster tersebut terletak dalam dalam Bab V (Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan) sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, maka kita perlu membaca Bahagian V Akta tersebut yang bermula dengan Bab 1 (Am), Seksyen 17 dan seterusnya.

Seksyen 17 mula menghuraikan 'Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan'. Seksyen 17(1)(f) paling relevan dengan poster berbunyi:
Seksyen 17. (1) Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika - kanak-kanak perlu diperiksa, disiasat atau dirawat- 
17(f)(i) bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya; dan, 
17(f)(ii) ibu atau bapa atau penjaganya abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian.



Berdasarkan Seksyen 17(f) di atas; 

1. Seperti kita semua sedia maklum, vaksin adalah hanya satu usaha PENCEGAHAN, dan tidak termasuk dalam mana-mana kategori seperti yang disebut oleh Seksyen 17(f) iaitu untuk 'diperiksa', 'disiasat', mahupun 'dirawat'. 

Oleh itu, Akta ini langsung tidak berkait dan terpakai ke atas ibubapa yang menolak vaksin. Usaha menakut-nakutkan golongan yang menolak vaksin dengan Akta ini adalah satu tindakan yang tidak bermaruah dan menyeleweng.

2. Manakala untuk menggunapakai Akta ini dalam kes menolak rawatan perubatan di hospital, banyak perkara lain perlu ada PEMBUKTIAN dipihak yang ingin mengambil tindakan. Antaranya, mereka perlu membuktikan;

a- Bukti rawatan di hospital itu SATU-SATUNYA cara bagi merawat, memulihkan dan memelihara penyakit anak tersebut 

b- Bukti bahawa ibubapa tersebut tidak ada atau menolak SEBARANG USAHA melalui SEBARANG KAEDAH untuk merawat anak mereka

c- Bukti bahawa ibubapa SECARA CUAI, mengabaikan terus dan enggan membenarkan sebarang pemeriksaan/siasatan/rawatan ke atas anak mereka dengan segala kaedah rawatan yang wujud di semua tempat.

d- Pihak JKM memerlukan PERINTAH MAHKAMAH untuk menggunapakai Akta ini dan tidak boleh sewenang-wenangnya datang memaksa atau mengugut mana-mana ibubapa menurut kehendak pihak hospital 


Kita berikan satu CONTOH SENARIO:

Seorang ibu yang menolak pihak hospital mengambil darah bayi beliau untuk memeriksa tahap Kuning, tidak boleh sewenang-wenangnya dipalitkan dengan Akta ini, kerana;

- Selain merawat Kuning dengan kaedah biasa di hospital iaitu meletakkan bayi di bawah lampu biru, terdapat kaedah komplementeri yang lain yang berkesan malah sebahagiannya diiktiraf sendiri oleh pihak KKM. Antara rawatan alternatif termasuk rawatan tradisional Melayu, ayurveda, herba China (sensei), homeopathy, naturopathy, orthomolecular dan sebagainya. Ibu tersebut mungkin memilih cara lain dan pihak hospital mempunyai BEBAN PEMBUKTIAN bahawa ibu tersebut menolak kesemua kaedah yang ada.

- Kaedah mengambil darah yang melibatkan cucukan jarum terhadap bayi hanyalah salah satu kaedah untuk memeriksa tahap Kuning, sedangkan pada zaman kini, pemeriksaan tahap Kuning bayi boleh dilakukan menggunakan alat yang lebih moden, canggih, mudah, pantas dan tidak menyakitkan bayi (tanpa jarum). Ibu tersebut boleh sahaja memilih mana2 antara kaedah yang ada. Jika pihak hospital masih mahu mempalitkan beliau dengan dakwaan, mereka WAJIB MEMBUKTIKAN ibu tersebut memang tidak melakukan sebarang usaha memeriksa/merawat anak beliau dengan SEBARANG KAEDAH, bukannya sewenang-wenangnya MENYALAHGUNAKAN PIHAK JKM DAN POLIS demi menakut-nakutkan ibu tersebut. Ini adalah satu tindakan tak bermaruah, tidak profesional dan amat MEMALUKAN profesyen perubatan!! 




Akhir sekali, kita perlu fikir, bila kita cuba ditakut-takutkan dengan tindakan kekerasan, kita boleh semak semula adakah mereka yang cuba mempraktikkan kekerasan ini sebenarnya benar-benar tahu apa yang mereka katakan, ataupun semata-mata FEAR-MONGERING dan SCARE TACTICS demi memastikan kita menurut kehendak mereka. 

Adakah apa yang mereka katakan itu benar atau semata-mata cubaan menyalahgunakan undang-undang untuk menunjukkan kekuasaan semata-mata. 

Adakah mereka  ini bertindak benar-benar demi kesihatan sejati, atau hanya ingin membesar-besarkan bidang tertentu seperti Alopathy semata-mata, seolah-olah KESIHATAN ITU MILIK MEREKA, dan sesiapa yang tidak menurut cara mereka, dianggap memilih PENYAKIT DAN MAUT. 

Begitu sekalikah pemikiran mereka? Jika iya, maka jelaslah pemikiran dan mentaliti sebegini sangat sempit dan tertutup, dan langsung tidak menghormati dan menghargai bidang ilmu perubatan lain yang tidak kurang berkesan merawat sebarang penyakit! Ini merupakan satu sikap yang amat MENJENGKELKAN dan tidak mencerminkan adab yang murni.

https://masyarakatkenatahu.blogspot.com/2020/01/ibubapa-tolak-rawatan-boleh-didakwa.html?m=1

Sunday, January 5, 2020

Pesakit Berhak TOLAK Prosedur/Rawatan dan TINGGALKAN Premis Kesihatan Walau Bertentangan Dengan Nasihat Doktor!!








FAKTA:

1. Petugas kesihatan bertanggungjawab mendapatkan keizinan/persetujuan dari ibubapa sebelum menyuntik mana-mana bayi. 

Tindakan menyuntik tanpa izin boleh mengakibatkan mereka didakwa di mahkamah, lebih-lebih lagi jika mengakibatkan sebarang AEFI, sebagaimana kes Adik Muhaimin dimana peguam beliau berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM1.8 juta untuk beliau kerana lumpuh selepas vaksin ATT. 

2. Menyuntik tanpa izin adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan sivil sebagaimana yang digariskan oleh UNESCO dalam Universal Declaration on Bioethics and Human Rights yang menyatakan dalam Artikel 6 (Consent) (2005) para. 1, yang lebih kurang maksudnya: 
Sebarang campurtangan kaedah perubatan berunsur pencegahan … hanya boleh dilaksanakan dengan memperolehi persetujuan sebelum (ianya dilaksanakan), bebas dan termaklum, daripada mereka yang terbabit, berdasarkan maklumat yang mencukupi yang diperolehi mereka.
Persetujuan harus, jika sesuai, dinyatakan dan boleh ditarik balik oleh orang yang berkenaan pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa merugikan atau prasangka.”  
UNESCO Universal Declaration on Bioethics and Human Rights yang menyatakan dalam Artikel 6 (Consent) (2005) para. 1.

3. Menyuntik tanpa izin juga bercanggah dengan NUREMBERG CODE yang menggariskan 10 Permissible Medical Experiment, antaranya:
“Keizinan secara sukarela dari subjek manusia adalah sangat penting (The voluntary consent of the human subject is absolutely essential).” 

4. Selain itu, ia menyalahi etika Malaysian Medical Council (MMC) sebagaimana dalam garispanduan MMC tentang Keperluan Untuk Mendapatkan Persetujuan. Ia berbunyi (setelah dialihbahasa):
“Secara amnya, tiada prosedur, pemeriksaan, pembedahan atau rawatan - boleh dilakukan pada pesakit tanpa persetujuan pesakit, jika dia adalah orang yang kompeten.
Persetujuan tersebut boleh dinyatakan atau tersirat dan mungkin secara lisan atau bertulis.
Mendapat persetujuan pesakit adalah komponen penting dalam amalan perubatan yang baik, dan juga mempunyai keperluan undang-undang khusus untuk melakukannya.
Kecuali dalam kecemasan di mana keperluan untuk menyelamatkan nyawa adalah sangat penting, persetujuan pesakit mesti diperoleh sebelum prosedur, pemeriksaan, pembedahan, atau rawatan yang dicadangkan - dijalankan.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan siasatan disiplin di atas pelanggaran kod etika profesional dan/atau tindakan undang-undang untuk serangan dan bateri dimulakan terhadap pengamal perubatan.” 

 
Garispanduan MMC Berkenaan Persetujuan (Consent) Untuk Merawat Pesakit Oleh Pengamal Perubatan Perdaftar


5. Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Service Standard 6 berkenaan Hak-hak Pesakit dan Keluarga (Patient and Family Rights) sangat menitikberatkan isu ‘informed consent’ ini. 

Contohnya, perenggan 6.1.8.3 menyatakan: 
Pesakit diberitahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka berkaitan dengan menolak atau menghentikan rawatan dan mendapatkan pendapat kedua”.
Ini boleh dibuat dengan pelbagai cara termasuk mengisi borang At Own Risk (AOR) (di atas risiko sendiri), borang keluar (discharge form), atau borang penolakan (refusal form).

MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.8.3



Perenggan 6.1.1.1(g) juga menegaskan hak pesakit untuk:
turut serta dalam membuat keputusan mengenai penjagaan termasuk hak untuk menolak rawatan yang dicadangkan ... dan hak untuk meninggalkan premis kesihatan, berlawanan dengan nasihat perubatan yang diberikan”.


MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.1.1 (g)


      
Pesakit juga ada hak untuk tidak mahu disoal-siasat sebagaimana termaktub dalam MSQH, SS6, perenggan 6.1.3.3 yang menyatakan: 
    “Terdapat dasar dan proses bagi pesakit yang mungkin tidak mahu difoto, direkodkan atau mengambil bahagian dalam temu bual, oleh itu kakitangan perlu bertanya tentang keperluan privasi pesakit yang berkaitan dengan penjagaan yang diberikan”. 
MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.3.3






6. Di dalam PIAGAM PELANGGAN kebanyakan premis kesihatan juga sering menyatakan hak pelanggan/pesakit mendapatkan maklumat penuh tentang rawatan/prosedur yang bakal dijalankan dan hak menerima mahupun menolak rawatan/prosedur tersebut. 

Contohnya, dalam laman web Hospital Pitas di Sabah:



Kesimpulannya, pesakit perlu ambil tahu hak-hak mereka, dan pihak perawat wajib menghormati hak-hak ini, kerana ianya melibatkan soal etika, dan mempunyai implikasi tindakan disiplin dan perundangan jika pihak perawat mencabuli hak-hak pesakit mereka. 



Terdapat beberapa cara bagi pesakit membuat aduan jika mendapati doktor bertindak secara tidak profesional. 

1. Buat laporan polis ke atas perawat terbabit atas pencabulan HAK ASASI anda. 
2. Aduan melalui Biro Pengaduan Awam/SISPAA


Tindakan akan diambil terhadap doktor jika didapati melakukan sesuatu yang salah sebagaimana dihuraikan di atas atau tidak mematuhi Akta Kemudahan & Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

KETAHUI HAK PESAKIT
HORMATI HAK PESAKIT
TUBUH ANDA/ANAK, ANDA PALING BERHAK!!

Saturday, December 28, 2019

AWAS!! Jururawat/Doktor Sebarkan Hal Pesakit Boleh Kena Tindakan Tatatertib dan Tindakan Undang-Undang!






Makpak pilih taknak vaksin anak.

Boleh ke nurse atau doktor bawang hal kita ni dengan pesakit lain? Dengan sengaja cerita pada jiran dan orang kampung kita? Dengan majikan kita? Dengan ipar kita? Dengan rakan sekerja, rakan sekolah kita? Boleh ke?... SERIUS NAK TANYA NI...


Banyak sungguh dengarnya kes jururawat masyarakat dan doktor dari Klinik Kesihatan menyampai-nyampai hal orang tak vaksin anak pada orang lain. Menyampai ke ipar kita, sehingga sampai ke pengetahuan mertua kita. Mertua pula mula bersoal siasat, sampai hubungan jadi panas, tegang, renggang.


Mereka dari kat Klinik Kesihatan ni juga malukan dan sindir ahli keluarga kita yang datang klinik utk rawatan. Yang takda kena-mengena dengan keputusan yang kita buat. Yang sebelum ni mereka tak tahu menahu hal ni kerana kita pun nak jaga hubungan.


 







Selain tu dan tak kurang parah nya, ada juga kes-kes nurse/doktor bagitau pada majikan kita, majikan suami. Siap call tu. Gigih betul nak burukkan orang tolak vaksin. Sampaikan suami dipanggil majikan dan diugut tak boleh naik pangkat. Diugut dipindahkan. Ada yang kerja di kem askar, diugut pula dipindahkan ke kem lain. 


Apa motif nurse/doktor bawang ni sebenarnya? Nak timbulkan persepsi dan tekanan kepada kita, melalui org lain kah? Supaya kita akhirnya tunduk dan patuh pada desakan dan kehendak mereka? Supaya KPI mereka tercapai? Supaya KK mereka tiada rekod penolakan vaksin? Supaya senang kerja mereka tak perlu menjawab siasatan pihak atasan

Persoalannya, mereka ni ada HAK kah untuk sebarkan hal kesihatan/ perubatan kita?

Dengar sini ya wahai semua yang terlibat membuat kerja tak bermaruah ini.

Hakikatnya apa yang anda buat ni adalah SALAH 100%. 

Salah dari segi AGAMA!
Salah dari segi ETIKA PERAWAT!
Salah dari segi PERUNDANGAN!

1. SALAH dari segi AGAMA DAN MORAL kerana mengadu-domba tentang hal peribadi yang merupakan hak ibubapa tersebut. Ingat! MEMILIH untuk menolak vaksin adalah HAK pengguna. Tiada mana² perawat yang ada hak memaksa mana² ibubapa menerima vaksin untuk anak mereka.

Hak ini jelas termaktub dalam Garispanduan Keizinan daripada Pesakit oleh Malaysian Medical Council (MMC) sendiri.

"... tidak ada sebarang prosedur (baca dalam konteks ini: pemberian vaksin)... yang boleh dibuat ke atas seseorang pesakit tanpa keizinan pesakit... Mendapatkan keizinan pesakit adalah amalan perubatan yang baik dan undang-undang memperuntukkan untuk melaksanakannya... Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan perawat  menghadapi siasatan isu disiplin atas pelanggaran kod etika profesional dan dikenakan tindakan undang-undang..."


Perbuatan anda menyebarkan maklumat STATUS VAKSIN seseorang yang umum mengetahui adalah isu yang AMAT SENSITIF dalam masyarakat, telah menyebabkan tekanan dan kecederaan emosi dan psikologi kepada mereka. Dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan keretakan hubungan persaudaraan. Apa hukumnya?? Anda rasa puas dengan semua ni??

Menyebabkan pihak tersebut dipandang serong oleh ahli keluarga, jiran tetangga, dan majikan sendiri. Anda rasa puas? Anda harus ingat PEMBALASAN TUHAN nanti. Jangan ingat anda boleh terlepas di alam SANA nanti. Segala yang anda lakukan itu adalah satu bentuk kezaliman. 


2. SALAH DARI SEGI ETIKA PERAWAT 
Info tentang pesakit adalah HAK pesakit dan tak boleh sewenang-wenangnya pihak perawat hebahkan kepada orang yang tak berkenaan. Malah, dengan  ahli keluarga terdekat pesakit sekalipun. 


".. dokumen (baca: rekod perubatan) ini mengandungi maklumat persendirian dan peribadi seseorang individu maka ia dikategorikan sebagai dokumen rasmi terperingkat ....  dikelaskan sebagai “SULIT” dan pengendaliannya adalah mengikut tatacara pengurusan dokumen rasmi terperingkat seperti yang diperuntukkan dalam Arahan Keselamatan." 

"Kerahsiaan biasanya dikaitkan dengan isu etika dan menjadi elemen penting di bawah prinsip perundangan. .. maklumatnya perlu dijaga dan sentiasa dipastikan tidak diketahui oleh pihak yang tidak diberi kuasa, disalahguna atau dibuat sebarang pindaan." 

"Maklumat di dalam rekod perubatan pesakit adalah hak pesakit walaupun ianya adalah hakmilik hospital secara fizikal.... Maklumat pesakit tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa keizinan daripada pesakit atau waris sah mereka." 

"Kakitangan yang mengendalikan rekod-rekod perubatan bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan pesakit kekal rahsia walaupun kepada ahli keluarga terdekat mereka sendiri. Adalah menjadi satu kesalahan etika sekiranya maklumat tentang pesakit dikongsi walaupun dalam forum tertutup tanpa keizinan dari pesakit tersebut dan sekiranya ada keperluan, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan identiti pesakit tidak akan diketahui."

Sumber: 



3. SALAH DARI SEGI PERUNDANGAN

Dari segi perundangan pula, mereka boleh disabitkan kesalahan khusus dibawah beberapa Akta.  
"Selaras dengan Arahan Keselamatan pihak penyimpan dan pengguna rekod perubatan pesakit yang telah menandatangani borang akuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan dan mengakses rekod-rekod pesakit ini."
"Semua pihak yang terlibat dengan pengendalian dan penggunaan rekod perubatan pesakit adalah bertanggungjawab ke atas kerahsiaan dokumen berkenaan dan perlu mematuhi undang-undang, pekeliling dan arahan Kerajaan yang berkaitan."
          (http://www.myhealth.gov.my/kerahsiaan-maklumat-rekod-perubatan-tanggungjawab-siapa/ )




Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection Act), menyebarkan maklumat kesihatan seseorang boleh dianggap jenayah kerana maklumat tersebut dianggap data yang dilindungi dan tidak boleh disebarkan sesuka hati oleh individu atau organisasi yang menyimpan data tersebut. Jika seseorang merasakan bahawa maklumat kesihatan mereka telah melanggar peruntukan ini, boleh segera membuat ADUAN kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.






Mereka juga boleh dibawa ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act)  sekiranya sampai ke tahap membawa kebencian melampau dan keinginan untuk mengapa-apakan contohnya membunuh pihak yang menolak vaksin. 

Akta Fitnah 1957 (Defamatory Act) juga boleh digunakan sekiranya terdapat unsur fitnah dan seterusnya memberi kesan kepada reputasi orang tersebut di mata orang ramai.




KESIMPULANNYA;
Mana-mana petugas kesihatan yang menyebarkan info tentang mana-mana ibubapa yang MENOLAK VAKSIN, boleh dikenakan TINDAKAN TATATERTIB atas pelanggaran Etika dan boleh dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan TINDAKAN UNDANG-UNDANG sewajarnya


FAKTA SETERUSNYA

Vaksin adalah PILIHAN dan TIDAK WAJIB dari segi perundangan negara. Ini dinyatakan jelas oleh Timbalan Menteri Kesihatan pada Disember 2019. Maka, tiada siapa berhak memaksa atau mendesak samada secara langsung atau tidak langsung. 


Pandangan saya, sekali lagi, sebagai pelanggan/pengguna, kita ada HAK

Cara efektif menangani sikap tidak profesional dan jijik mereka ini adalah dengan membuat ADUAN melalui Biro Pengaduan Awam/Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) secara atas talian tentang pelanggaran etika dan perundangan oleh mereka sendiri. 
Sebaiknya dapatkan dahulu maklumat penting termasuk nama staf terlibat, jawatan, nombor staf, tarikh dan masa kejadian, lokasi. Sertakan dokumen sokongan jika ada. 

Di sini kami sertakan CONTOH ADUAN DAN RESPON yang pernah dibuat melalui BPA/SISPAA 

Disertakan satu lagi contoh maklumbalas daripada pihak BPA atas aduan dari orang awam tentang sikap tidak beretika seorang jururawat di sebuah Hospital Besar kerajaan yang memuatnaik surat tolak vaksin seorang bapa dan menyebabkan netizen memaki hamun golongan antivaksin secara berjemaah.

                     


Dan JANGAN LUPA, perkara paling utama dalam isu di atas adalah, anda buat LAPORAN POLIS atas pencerobohan hak asasi anda, pencerobohan ke atas privasi dan maklumat sulit diri anda atau anak anda oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!!  Dengan laporan polis, anda boleh bertindak lebih jauh selepas itu, contohnya mengarahkan pemberhentian perbuatan terkutuk mereka dan juga mengambil tindakan undang² selanjutnya.


CAKNA HAK ANDA
KITA ADA MARUAH
MEREKA MENYALAHI ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
GUNAKAN KUASA PELANGGAN


Sumber:

“Saya ingin memohon maaf berkenaan isu vaksinasi”- Staff hospital minta maaf setelah KKM ambil tindakan

AWAS!! Jururawat atau Doktor Membawang atau Sebar Hal Pesakit Boleh Kena Tindakan Undang2 dan Tatatertib!



Salah seorang staff hospital telah diambil tindakan oleh KKM kerana menyebarkan maklumat peribadi (surat) orang awam yg menolak vaksinasi. Surat tersebut sepatutnya disimpan dan segala maklumat tidak boleh didedahkan kepada masyarakat.

Staff tersebut diberi amaran dan tindakan tatatertib serta kaunseling, dan juga diarahkan membuat permohonan maaf kepada public. Aktiviti media social facebook juga dikawal selama 6 bulan.




Berdasarkan MMC Guideline, staff hospital WAJIB mendapatkan kebenaran daripada pesakit untuk segala jenis rawatan termasuk imunisasi. Segala bentuk assault (ancaman) akan dikenakan tindakan tatatertib dan undang2. Pesakit atau pemilik data peribadi boleh memfailkan saman terhadap staff berkenaan.







Sunday, December 22, 2019

Vaksin Meningococcal (juga dikenali sebagai Vaksin Umrah/Haji) Jenama MENACTRA

Kelmarin terbaca kat page The Other Side Of The Story - TOSS tentang vaksin jenama Menveo untuk Meningococcal (vaksin Haji/Umrah). Ter-triggered nak tengok vaksin Meningococcal jenama lain pula. Kita follow je template sama mcmana TOSS buat.
===================
[ MENACTRA: VAKSIN MENINGOCOCCAL ]
1. UNTUK APA?
Untuk mengelakkan penyakit meningokokus invasive yang disebabkan oleh strain Nmeningitidis A, C, Y dan W-135. Tidak melindungi strain B.
Berdaftar di Malaysia dan diimport dari Sanofi, US
2. UNTUK SIAPA? BERAPA DOS?
9-23 bulan: 2 dos (jarak 3 bulan)
2-55 tahun: 1 dos
15-55 tahun: 1 dos booster (jarak 4 tahun)
3. ADA BAHAN APA?
Antigen N meningitides serogroup A, C, Y dan W-135, setiap antigen dikonjugated dengan protein diphtheria toksoid (Corynebacterium Diphtheriae diternak di atas casein terhidrolisis), saki-baki formaldehyde, sodium klorida

4. SIAPA YANG TAK BOLEH ATAU TIDAK DIUJI TAHAP KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN PENGAMBILAN MENACTRA?
Hypersensitif iaitu individu yang ada reaksi alergi teruk kepada mana-mana bahan, demam, atau penyakit teruk, pesakit GBS, ada sejarah sensitif atau dapat kesan buruk dari imunisasi , immunocompromised /terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit)
Tiada data untuk menilai kesan Menactra pada bayi menyusu ibu yang mengambil vaksin Menactra atau pada penghasilan/pengeluaran susu (m/s 9)
Keselamatan dan keberkesanan Menactra pada orang yang lebih tua daripada 55 tahun belum dipastikan (m/s 9)
Menactra belum dinilai untuk potensi karsinogenik atau mutagenik, atau untuk penurunan nilai kesuburan lelaki (m/s 10)
Sebelum pemberian Menactra, petugas kesihatan professional perlu memberitahu pesakit, ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa yang bertanggungjawab terhadap manfaat dan risiko yang mungkin kepada pesakit. Mereka juga perlu diarahkan untuk melaporkan apa-apa tindak balas yang disyaki terhadap petugas kesihatan profesional yang kemudiannya patut melaporkan kejadian ini kepada Sanofi Pasteur Inc. (m/s 15)

5. ADAKAH BERKESAN?
Vaksin Menactra tidak melindungi semua penerima vaksin (m/s 3)

6. APA KESAN BURUK/SAMPINGAN VAKSIN MENACTRA?
 Kerengsaan (Irritability)
 Cirit-birit (Diarrhea)
 Mengantuk (Drowsiness)
 Kurang atau hilang selera makan (Anorexia)
 Sakit kepala (Headache)
 Lesu (Fatigue)
 Kemerahan (Redness)
 Demam (Fever)
Gangguan Sistem Imun (Immune System Disorders):
Tindak balas Hipersensitifan (Hypersensitivity reactions) iaitu tindak balas berlebihan sistem imun badan terhadap bendasing sehingga menyebabkan gejala penyakit contohnya:
•anafilaksis/tindak balas anafilaktik (anaphylaxis/anaphylactic reaction)-*akan dihuraikan di bawah sekali,
•berdehit atau bunyi seperti wisel yang boleh didengar apabila saluran pernafasan sempit dan dipenuhi cecari (wheezing),
•sukar bernafas (difficulty breathing),
•bengkak laluan pernafasan bahagian atas (upper airway swelling),
•tindak balas alergi pada kulit yang ditunjuk melalui letusan bintat-bintat merah yang gatal (urticaria),
•kemerahan pada kulit secara bertompok-tompok (erythema),
•gatal yang teruk disebabkan alergi (pruritus),
•tekanan darah rendah (hypotension).
Gangguan Sistem Saraf (Nervous System Disorders):
•Guillain-BarrĂ© syndrome (GBS),

•sensasi tidak normal seperti rasa panas, susukan, kebas dan mungkin sakit (paraesthesia),
•vasovagal syncope (boleh menyebabkan pucat, muntah-muntah,perpeluhan, denyutan jantung perlahan dan pengsan),
•kepeningan (dizziness),
•keadaan otot mengecut dan relaks dengan cepat serta berulang-ulang yang mengakibatkan menggeletar yang tidak dapat dikawal (convulsion),
CONVULSION. Menggigil-gigil dan terkejang-kejang.

•hilang keupayaan untuk mengawal pergerakan di muka (facial palsy),
•keradangan otak akut (acute disseminated encephalomyelitis),
•keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang sehingga boleh lumpuh kaki dan lengan (transverse myelitis).
Gangguan Sistem Rangka Otot dan Tisu Konektif (Musculoskeletal and Connective Tissue Disorders): sakit, nyeri dan reumatisme otot (Myalgia).
Gangguan Am dan Kondisi Tapak Suntikan (General Disorders and Administrative Site Conditions):
large injection site reactions,
bengkak yang luas di lengan yang disuntik (extensive swelling of the injected limb (may be associated with erythema, warmth, tenderness or pain at the injection site).

7. APA ITU ANAFILAKSIS (salah satu kesan buruk vaksin MENACTRA)
Suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut. Anafilaksis terjadi apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan yang seseorang itu alah kepadanya yang disebut allergen seperti makanan, ubat-ubatan dan sengatan binatang.
Apabila seseorang itu terdedah kepada allergen akan berlakunya pelepasan bahan kimia yang tertentu secara banyak dan tiba-tiba oleh sistem imun badan. Berbeza dengan reaksi alahan biasa yang hanya menyebabkan kegatalan dan ruam sahaja, anafilaksis berlaku apabila tindak balas ini menyebabkan gejala-gejala yang lebih serius kepada seseorang pesakit.
Gejala Anafilaksis
Gejala-gejala anafilaksis boleh timbul secara tiba-tiba iaitu dalam masa beberapa saat dan minit selepas terdedah kepada sesuatu allergen. Secara umumnya, anafilaksis boleh menyebabkan gejala-gejala kepada sistem tubuh berikut dan biasanya 2 sistem atau lebih terlibat dalam diagnosis anafilaksis:
A. Kulit
•ruam gatal
•kulit kemerahan terutama di bahagian muka (“flushing”)
•pembengkakan di bahagian bawah kulit (“angioedema”) seperti kelopak mata dan bibir
ANGIOEDEMA. Bengkak bawah kulit dan jelas dipermukaan.

B. Saluran pernafasan
•saluran pernafasan akan menyempit dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan pernafasan akan berbunyi bising
•tekak akan membengkak dan ini akan menyebabkan suara menjadi kasar dan terasa seperti ada sesuatu tersangkut di dalam tekak
C. Saluran pencernaan/pemakanan
•muntah-muntah
•cirit-birit
•sakit perut
D. Jantung dan salur darah
•tekanan darah rendah
•degupan jantung menjadi terlalu laju atau terlalu perlahan
E. Sistem saraf pusat
•pening-pening
•sakit kepala
•pengsan/tidak sedarkan diri

Hmm.. patutlah agaknya ramai tak sihat masa buat ibadah Umrah/Haji