Makpak pilih taknak vaksin anak.
Boleh ke nurse atau doktor bawang hal kita ni dengan pesakit lain? Dengan sengaja cerita pada jiran dan orang kampung kita? Dengan majikan kita? Dengan ipar kita? Dengan rakan sekerja, rakan sekolah kita? Boleh ke?... SERIUS NAK TANYA NI...
Banyak sungguh dengarnya kes jururawat masyarakat dan doktor dari Klinik Kesihatan menyampai-nyampai hal orang tak vaksin anak pada orang lain. Menyampai ke ipar kita, sehingga sampai ke pengetahuan mertua kita. Mertua pula mula bersoal siasat, sampai hubungan jadi panas, tegang, renggang.
Mereka dari kat Klinik Kesihatan ni juga malukan dan sindir ahli keluarga kita yang datang klinik utk rawatan. Yang takda kena-mengena dengan keputusan yang kita buat. Yang sebelum ni mereka tak tahu menahu hal ni kerana kita pun nak jaga hubungan.
Selain tu dan tak kurang parah nya, ada juga kes-kes nurse/doktor bagitau pada majikan kita, majikan suami. Siap call tu. Gigih betul nak burukkan orang tolak vaksin. Sampaikan suami dipanggil majikan dan diugut tak boleh naik pangkat. Diugut dipindahkan. Ada yang kerja di kem askar, diugut pula dipindahkan ke kem lain.
Apa motif nurse/doktor bawang ni sebenarnya? Nak timbulkan persepsi dan tekanan kepada kita, melalui org lain kah? Supaya kita akhirnya tunduk dan patuh pada desakan dan kehendak mereka? Supaya KPI mereka tercapai? Supaya KK mereka tiada rekod penolakan vaksin? Supaya senang kerja mereka tak perlu menjawab siasatan pihak atasan?
Persoalannya, mereka ni ada HAK kah untuk sebarkan hal kesihatan/ perubatan kita?
Dengar sini ya wahai semua yang terlibat membuat kerja tak bermaruah ini.
Hakikatnya apa yang anda buat ni adalah SALAH 100%.
Salah dari segi AGAMA!
Salah dari segi ETIKA PERAWAT!
Salah dari segi PERUNDANGAN!
1. SALAH dari segi AGAMA DAN MORAL kerana mengadu-domba tentang hal peribadi yang merupakan hak ibubapa tersebut. Ingat! MEMILIH untuk menolak vaksin adalah HAK pengguna. Tiada mana² perawat yang ada hak memaksa mana² ibubapa menerima vaksin untuk anak mereka.
Hak ini jelas termaktub dalam Garispanduan Keizinan daripada Pesakit oleh Malaysian Medical Council (MMC) sendiri.
Hak ini jelas termaktub dalam Garispanduan Keizinan daripada Pesakit oleh Malaysian Medical Council (MMC) sendiri.
"... tidak ada sebarang prosedur (baca dalam konteks ini: pemberian vaksin)... yang boleh dibuat ke atas seseorang pesakit tanpa keizinan pesakit... Mendapatkan keizinan pesakit adalah amalan perubatan yang baik dan undang-undang memperuntukkan untuk melaksanakannya... Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan perawat menghadapi siasatan isu disiplin atas pelanggaran kod etika profesional dan dikenakan tindakan undang-undang..."
Perbuatan anda menyebarkan maklumat STATUS VAKSIN seseorang yang umum mengetahui adalah isu yang AMAT SENSITIF dalam masyarakat, telah menyebabkan tekanan dan kecederaan emosi dan psikologi kepada mereka. Dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan keretakan hubungan persaudaraan. Apa hukumnya?? Anda rasa puas dengan semua ni??
Menyebabkan pihak tersebut dipandang serong oleh ahli keluarga, jiran tetangga, dan majikan sendiri. Anda rasa puas? Anda harus ingat PEMBALASAN TUHAN nanti. Jangan ingat anda boleh terlepas di alam SANA nanti. Segala yang anda lakukan itu adalah satu bentuk kezaliman.
2. SALAH DARI SEGI ETIKA PERAWAT
Info tentang pesakit adalah HAK pesakit dan tak boleh sewenang-wenangnya pihak perawat hebahkan kepada orang yang tak berkenaan. Malah, dengan ahli keluarga terdekat pesakit sekalipun.
Tak percaya? Baca ni: KERAHSIAAN MAKLUMAT REKOD PERUBATAN
".. dokumen (baca: rekod perubatan) ini mengandungi maklumat persendirian dan peribadi seseorang individu maka ia dikategorikan sebagai dokumen rasmi terperingkat .... dikelaskan sebagai “SULIT” dan pengendaliannya adalah mengikut tatacara pengurusan dokumen rasmi terperingkat seperti yang diperuntukkan dalam Arahan Keselamatan."
"Kerahsiaan biasanya dikaitkan dengan isu etika dan menjadi elemen penting di bawah prinsip perundangan. .. maklumatnya perlu dijaga dan sentiasa dipastikan tidak diketahui oleh pihak yang tidak diberi kuasa, disalahguna atau dibuat sebarang pindaan."
"Maklumat di dalam rekod perubatan pesakit adalah hak pesakit walaupun ianya adalah hakmilik hospital secara fizikal.... Maklumat pesakit tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa keizinan daripada pesakit atau waris sah mereka."
"Kakitangan yang mengendalikan rekod-rekod perubatan bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan pesakit kekal rahsia walaupun kepada ahli keluarga terdekat mereka sendiri. Adalah menjadi satu kesalahan etika sekiranya maklumat tentang pesakit dikongsi walaupun dalam forum tertutup tanpa keizinan dari pesakit tersebut dan sekiranya ada keperluan, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan identiti pesakit tidak akan diketahui."
Sumber:
3. SALAH DARI SEGI PERUNDANGAN
Dari segi perundangan pula, mereka boleh disabitkan kesalahan khusus dibawah beberapa Akta.
"Selaras dengan Arahan Keselamatan pihak penyimpan dan pengguna rekod perubatan pesakit yang telah menandatangani borang akuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan dan mengakses rekod-rekod pesakit ini."
"Semua pihak yang terlibat dengan pengendalian dan penggunaan rekod perubatan pesakit adalah bertanggungjawab ke atas kerahsiaan dokumen berkenaan dan perlu mematuhi undang-undang, pekeliling dan arahan Kerajaan yang berkaitan."(http://www.myhealth.gov.my/kerahsiaan-maklumat-rekod-perubatan-tanggungjawab-siapa/ )
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection Act), menyebarkan maklumat kesihatan seseorang boleh dianggap jenayah kerana maklumat tersebut dianggap data yang dilindungi dan tidak boleh disebarkan sesuka hati oleh individu atau organisasi yang menyimpan data tersebut. Jika seseorang merasakan bahawa maklumat kesihatan mereka telah melanggar peruntukan ini, boleh segera membuat ADUAN kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.
Mereka juga boleh dibawa ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act) sekiranya sampai ke tahap membawa kebencian melampau dan keinginan untuk mengapa-apakan contohnya membunuh pihak yang menolak vaksin.
Akta Fitnah 1957 (Defamatory Act) juga boleh digunakan sekiranya terdapat unsur fitnah dan seterusnya memberi kesan kepada reputasi orang tersebut di mata orang ramai.
KESIMPULANNYA;
Mana-mana petugas kesihatan yang menyebarkan info tentang mana-mana ibubapa yang MENOLAK VAKSIN, boleh dikenakan TINDAKAN TATATERTIB atas pelanggaran Etika dan boleh dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan TINDAKAN UNDANG-UNDANG sewajarnya
FAKTA SETERUSNYA
Vaksin adalah PILIHAN dan TIDAK WAJIB dari segi perundangan negara. Ini dinyatakan jelas oleh Timbalan Menteri Kesihatan pada Disember 2019. Maka, tiada siapa berhak memaksa atau mendesak samada secara langsung atau tidak langsung.
Pandangan saya, sekali lagi, sebagai pelanggan/pengguna, kita ada HAK.
Cara efektif menangani sikap tidak profesional dan jijik mereka ini adalah dengan membuat ADUAN melalui Biro Pengaduan Awam/Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) secara atas talian tentang pelanggaran etika dan perundangan oleh mereka sendiri.
Sebaiknya dapatkan dahulu maklumat penting termasuk nama staf terlibat, jawatan, nombor staf, tarikh dan masa kejadian, lokasi. Sertakan dokumen sokongan jika ada.
Disertakan satu lagi contoh maklumbalas daripada pihak BPA atas aduan dari orang awam tentang sikap tidak beretika seorang jururawat di sebuah Hospital Besar kerajaan yang memuatnaik surat tolak vaksin seorang bapa dan menyebabkan netizen memaki hamun golongan antivaksin secara berjemaah.
Dan JANGAN LUPA, perkara paling utama dalam isu di atas adalah, anda buat LAPORAN POLIS atas pencerobohan hak asasi anda, pencerobohan ke atas privasi dan maklumat sulit diri anda atau anak anda oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!! Dengan laporan polis, anda boleh bertindak lebih jauh selepas itu, contohnya mengarahkan pemberhentian perbuatan terkutuk mereka dan juga mengambil tindakan undang² selanjutnya.
CAKNA HAK ANDA
KITA ADA MARUAH
MEREKA MENYALAHI ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
GUNAKAN KUASA PELANGGAN
Sumber: