CARIAN DALAM BLOG

Tuesday, December 24, 2019

Guna Janin 14 Minggu Yang DIGUGURKAN!!! Antara Bahan 'Resipi' Vaksin. Anda Sanggup Bersekongkol??

GUNA JANIN 14 MINGGU YANG DIGUGURKAN!!! ANTARA BAHAN 'RESIPI' UNTUK BUAT VAKSIN MMR. ANDA SANGGUP BERSEKONGKOL??

Gambar hiasan. Janin berusia 14 minggu dalam kandungan.

APAKAH VAKSIN MMR
Mula-mula sekali, kita bagi jelas yang MEASLES ialah Demam Campak (bukan Chicken Pox), MUMPS ialah Beguk, dan RUBELLA pula ialah Demam Campak German.

VACCINE INSERT, APA TU?
Ia adalah helaian sisipan yang disertakan pada setiap vaksin. Disediakan oleh pihak pembuat vaksin itu sendiri.

Dalam insert tu ada ditulis dengan agak terperinci: 
bahan yang diguna untuk buat vaksin, 
kesan buruk selepas vaksin (adverse effects), 
siapa yang tak boleh ambil vaksin (contraindication), dan macam-macam lagi lah.

Di Malaysia, kita ada sekurang-kurangnya 12 vaksin berdaftar berkaitan dengan 3 jangkitan di atas. Senarai 12 vaksin ni kita dapat dari mana? boleh masuk website NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) iaitu satu badan yang daftarkan mana-mana ubat dan vaksin yang masuk Malaysia.

Daripada 12 vaksin tu, ada 4 syarikat yang buat vaksin kita: MSD (Merck, Sharp & Dohme) US, SII (Serum Institute of India), GSK (Glaxosmithkline Pharmaceutical) Belgium dan PT Biofarma Indonesia.

SENARAI BAHAN RESIPI VAKSIN MMR
Ok, kami dah copy-paste terus bahan vaksin yang tersenarai dalam Vaccine Inserts untuk kesemua 12 vaksin tadi. Boleh lihat 5 jadual di bawah perkongsian ini. Tak tokok tambah mana-mana dan tak kurang. Anda boleh baca dan telek sendiri kesemua 5 jadual tu.

Dan kami cuba ulas dan simpulkan beberapa perkara di sini. Selebihnya akan diulas pada siri-siri akan datang ya, Insya-Allah.

FAKTA: SEMUA VAKSIN BERKAITAN MMR GUNA MEDIUM HUMAN DIPLOID CELLS
UNTUK TERNAK ATAU BIAKKAN VIRUS.

DUA JENIS HUMAN DIPLOID CELLS IAITU WI-38 dan MRC-5
WI-38 (Wistar Institute) adalah fibroblast yang diperolehi daripada tisu paru-paru fetus perempuan bangsa Caucasian yang digugurkan pada usia 3 bulan pada Julai 1962.

MRC-5 (Medical Research Council) pula? Ia adalah fibroblast yang diperolehi daripada tisu paru-paru bayi lelaki Caucasian berumur 14 minggu yang digugurkan. Pengguguran dilakukan pada September 1966 atas faktor psikiatri oleh oleh wanita berumur 27 tahun yang sihat fizikal.

Ada vaksin yang guna sel WI-38 (contohnya, seperti vaksin jenis MMRII) dan ada yang guna sel MRC-5 (seperti vaksin jenis PRIORIX).

WARASKAH KITA?
Eh, apa? Biar benar ni? Ya, guna janin sihat yang digugurkan, dilapah untuk dapatkan organ dalaman untuk diambil tisunya. ALLAHU.

Jika kita seorang yang punya sifat insani, tergamak tak kita bayangkan senario ini. Di mana kita tanpa sikitpun rasa bersalah, ambil nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa, kononnya untuk selamatkan bayi-bayi lain.

Kita letak kepercayaan pada sesebuah organisasi atau sekumpulan manusia, yang kononnya mahu selamatkan manusia sejagat daripada mati atau kena penyakit, tapi IRONInya pada masa yang sama mereka juga adalah kulprit utama yang membunuh nyawa-nyawa manusia. Masuk akal kah?

PENGAKUAN 'BAPA' VAKSIN SEDUNIA, SUNGGUH MENGEJUTKAN!
Anda pernah baca atau tonton video pengakuan sumpah oleh Dr. Stanley Plotkin yang dia buat pada 11 Januari 2018?

Beliau adalah doktor pakar vaksin yang sangat terkenal atau digelar Bapa Vaksin (Vaccine Godfather), bergelumang dengan pembuatan vaksin sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Dr. Plotkin sendiri bersumpah bahawa (hanya) dalam SATU eksperimen pencarian sel tapak pembiakan terbaik untuk ternak virus (untuk penghasilan vaksin antaranya), pasukan pengkaji dia dah guna 76 janin yang digugurkan.

Bila ditanya berapa jumlah janin yang beliau pernah guna sepanjang kerjaya beliau, katanya tidak ingat. Adakah maknanya ianya amat banyak?!

Kebanyakan pengguguran janin yang terlibat tu dibuat melalui kaedah “waterbag induction” untuk pendekkan jangkamasa kelahiran.

Semua janin mesti melepasi 3 bulan kandungan dan membesar dengan sempurna

Ini perlu untuk elakkan kematian janin tu sebab organ dalaman janin perlu diperoleh dalam keadaan hidup dan utuh/masih elok, dan organ perlu dihantar dengan kadar segera ke makmal untuk persediaan sel.

Apa organ yang mereka ambil dari janin tu? 

Jawab Dr. Plotkin, keseluruhan organ dan tisu ‘dituai’, antaranya kalenjar pituitari, paru-paru, kulit, buah pinggang, limpa, jantung, juga lidah (beliau ingat-ingat lupa).

Dan nyawa bayi-bayi itu seolah-olah tiada harga langsung bagi pembuat-pembuat vaksin ini! 

Anda masih sanggup bersekongkol?

Tidak takut kah anda pada soalan-soalan hari kebangkitan nanti, kerana secara langsung atau tidak langsung menyokong industri yang sebegini? 

Tepuk dada, tanyalah Iman.

"EH, ISU GUGUR JANIN NI SEJARAH LAMA VAKSIN JE, ZAMAN DOLU2, SEKARANG TAKDA DAH". EH, IYE KE?

Adakah pengguguran janin untuk mendapatkan sel-sel terbaik sebagai tapak pembiakan virus vaksin sudah berakhir pada 1960-an selepas MRC-5 dan WI-38 dijumpai?

Tidak sama sekali! 

Sehingga kini, ia masih berterusan dan tidak terhenti. 

Contohnya di China, 9 janin digugurkan dan akhirnya pada 2015 mereka bertemu dengan sel WALVAX2 daripada tisu paru-paru janin perempuan berusia 3 bulan yang bakal gantikan sel sebelum ini.

"ALAH, JANIN TU TAPAK PEMBIAKAN VIRUS JE. MACAM TANAH MASA TANAM SAYUR. MANADE KITA MAKAN TANAH TU. MANADE UNSUR JANIN MASUK DALAM VAKSIN". 
BETUL KE?

Ada yang kata sel-sel janin ni tak masuk dalam vaksin pun, sebab ia cuma tempat ternak virus sahaja, dan virus kemudian dikikis keluar dari tapak semaian iaitu sel janin tu.

Betul ke sel atau DNA janin tu tak masuk dalam vaksin, walau sikitpun?

SALAH! 

Salah sama sekali! 

CDC (Centre for Disease Control, US) sendiri nyatakan dalam Pinkbook mereka berkenaan “Vaccine Excipient and Media Summary” bahawa sel janin tetap wujud dalam produk vaksin dalam bentuk saki-baki (residual trace amounts).

Ha, macamana? Masih nak kata sebaliknya? Bukankah CDC dikatakan antara rujukan yang berotoriti berkaitan perubatan dan vaksin dari perspektif semua doktor dan ahli perubatan?

ADA KESAN APA-APA TAK BILA MASUK UNSUR JANIN ASING DALAM BADAN ANAK KITA MELALUI VAKSIN

Selepas cucuk bayi-bayi kita dengan vaksin yang ada DNA asing iaitu tisu janin asing yang digugurkan, dan kadangkala berlainan jantina pula dari anak-anak kita, anda rasa DNA bayi anda akan tetap kekal sama?. Mana mungkin.

Perubahan DNA pasti akan berlaku, sedikit sebanyak.

Dr. Theresa Deisher ,PhD dalam Molecular dan Cellular Physiology, Standford University, juga pakar dalam mengkaji stemcell dan punya 23 US patent, contohnya, telah lakukan kajian terperinci tentang kerosakan yang boleh terjadi akibat ‘serpihan’ atau DNA sel-sel janin ini apabila disuntik kepada bayi.

Dia dan pasukan penyelidiknya dapati, DNA janin ni boleh dikaitkan dengan gangguan autoimun seperti eczema, diabetes, autism, leukemia di kalangan kanak-kanak dan lymphoma.

Saintis senior di syarikat farmaseutikal, Helen Ratajczak juga dapati bahawa autism boleh berpunca dari vaksinasi dalam kajian beliau.

Selain tu, afidavit terbaru Dr. Andrew Zimmerman seorang pakar autism, ada bincangkan dalam Omnibus Autism Proceeding tentang penipuan US Department of Justice (DOJ) terhadap NVCIP (National Vaccine Injury Compensation Program), yang mana penipuan ini telah akibatkan beribu keluarga dinafikan pampasan kesan vaksin.

Dr. Zimmerman mendedahkan pada 2016 dalam pengakuan sumpah beliau secara tepat bagaimana vaksin boleh dan memang menyebabkan autism.

Akhir sekali, hakikat bahawa US FDA (Food and Drug Administration) sendiri ada nyatakan berapa had maksimum DNA manusia yang boleh ada dalam sesuatu dos vaksin untuk elakkan kanser (iaitu tidak boleh melebihi 10ng) menunjukkan memang DNA janin manusia wujud dalam vaksin.

Malangnya, FDA tidak membuat sebarang kajian keselamatan mahupun pantauan ke atas isu ini dalam vaksin yang dihasilkan.

Dan tidak hairan apabila pasukan penyelidik Dr. Deishner kemudian temui bahawa tahap DNA janin di dalam vaksin adalah sekitar 142ng ke 2000ng setiap dos, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari tahap yang dianggap selamat oleh FDA.

Begitulah adanya seputar isu janin yang digugurkan dalam pembuatan vaksin. Sama-sama kita FIKIR-FIKIRKAN...

Dalam siri akan datang kita akan ulas pula fakta lain tentang bahan dalam vaksin berkaitan MMR dalam, Insya-Allah. Tunggu …