CARIAN DALAM BLOG

Wednesday, December 25, 2019

AUTISM SELEPAS VAKSIN!! Dr Andrew Wakefield Bohong Dalam Kajian??

[ REBUTTAL #5 ]
BENARKAH DR. ANDREW WAKEFIELD BOHONG?


Di minit ke 12.53 – 13.33, Doktor Pakar Perunding Pediatrik berhujah tentang Dr. Andrew Wakefield dalam Rancangan Analisis di TV Al Hijrah pada Februari 2019 bertajuk “Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan”:

Kata beliau:
"Ini penting ya. Diperingatkan pada kita oleh sarjana Islam, Ibnu Sina lebih kurang 1000 tahun yang lalu.. mengatakan ada 7 prinsip di dalam kajian. 
Dan 1 daripada prinsipnya ialah Reproducibility. Maknanya kalau Andrew Wakefield kata MMR ada kaitan dgn Autisme, maknanya orang lain patut boleh buat kajian yg sama dan menunjukkan kaitannya. (Namun) tidak ada satu(pun kajian di dalam dunia ini menunjukkan apa yang dikatakan oleh Wakefield. Maknanya ia merupakan satu pembohongan."

Benarkah apa yang didakwa Doktor Pakar tersebut?

DR. WAKEFIELD TIDAK MENDAKWA MMR MENYEBABKAN AUTISME!!

Kertas penerbitan Dr. Wakefield pada 1998 yang terkait dengan tuduhan (kononnya) penipuan adalah berdasarkan pemerhatian (observation), dan bukannya satu kajian.

Beliau membuat pemerhatian terhadap 12 kanak-kanak atas permintaan beberapa ibubapa mereka.

Kanak-kanak ini, menurut ibubapa mereka, telah merosot perkembangan mereka (regres) sebaik menerima vaksin MMR (campak-beguk-rubella).

Dr. Wakefield dan rakan-rakan beliau tidak mendakwa vaksin yang menyebabkan autisme.

Mereka hanya menyampaikan apa yang dilaporkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu, yang mana kedua-dua masalah autisme dan usus bermula sejurus selepas anak-anak mereka menerima vaksin.

Ia akan menjadi penipuan dan tidak beretika jika tidak melaporkannya dalam kertas penerbitan mereka.

Dr. Wakefield dan rakan-rakan beliau menyimpulkan bahawa MMR penyebab masalah usus dan MUNGKIN menyumbang kepada gejala/symptom autisme, namun, "lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan."

Beliau telah menyatakan KEMUNGKINAN perkaitan (causal link) antara (i) vaksin MMR, (ii) penyakit sistem perut-usus (gastrointestinal), (iii) autisme dan (iv) kewujudan virus campak (measles) di dalam usus, berdasarkan pemerhatian beliau pada 12 kanak-kanak tersebut.

Berikutan itu, beliau mencadangkan secara terbuka kepada awam ketika disoal wartawan untuk pengambilan vaksin campak dlm dos tunggal berbanding dos kombinasi seperti MMR iaitu vaksin 3 dalam 1. Dengan kata lain, beliau juga bukan seorang antivaksin, malah beliau sendiri menvaksin penuh anak-anak beliau.

Di pautan INI kita dapat dengar penjelasan Dr Wakefield sendiri.

BENARKAH TIADA SATU PUN KAJIAN DI DUNIA INI TUNJUKKAN PERKAITAN VAKSIN DAN AUTISME, SEPERTI DIDAKWA PAKAR KANAK-KANAK TERSEBUT DALAM TV AL HIJRAH?

Seorang saintis senior dan ulung di CDC, US (Centers for Disease Control and Prevention), William Thompson, membuat pengakuan secara terbuka bahawa CDC melakukan penipuan saintifik dengan tidak memasukkan data ujian klinikal tertentu untuk mengaburkan perkaitan yang ada di antara vaksin dan autisme.

W. Thompson menyerahkan 1,000 dokumen kepada Senator Bill Posey pada September 2014 yang menunjukkan bahawa CDC telah membohong, memusnahkan, dan memanipulasi data yang membuktikan vaksin MMR telah dan boleh menyebabkan autisme.

Beliau mendedahkan bagaimana beliau dan rakan-rakan CDC disuruh untuk jangan dedahkan hal ini kepada awam, dan bagaimana mereka bersama-sama memusnahkan dokumen bukti tersebut. Ini adalah salah satu berita perubatan yang paling disembunyikan pada tahun 2014, dan penutupan jenayah CDC selama lebih 12 tahun .

Robert F. Kennedy Jr. pula ada mendedahkan bahawa FOIA CDC ada membiayai kajian vaksinasi dan rekod kesihatan sebanyak 440,000 kanak-kanak

Dari kajian itu, didapati kanak-kanak yang menerima vaksin Hepatitis B yang mengandungi thimerosal pada 60 hari pertama kehidupan mereka mempunyai 1100% peningkatan risiko autisme, berbanding mereka yang tidak terima vaksin tersebut . FOIA mengakui bahawa pada tahun 2001 mereka sudahpun mengetahui perkaitan vaksin-autisme.

Program Pampasan Kecederaan Vaksin Persekutuan di US (VCIP), yang lebih dikenali sebagai mahkamah vaksin pula memberikan berjuta-juta dolar kepada kanak-kanak yang menjadi autisme selepas vaksin, untuk kesakitan, penderitaan dan penjagaan sepanjang hayat kecederaan mereka, seperti dalam kes adik Hannah Poling .

Mahkamah dan kerajaan US mengakui bahawa vaksin menyebabkan encephalopathy (brain damage/malfunction/disease atau sebarang penyakit degeneratif otak), yang menyebabkan kecederaan kekal, termasuk gejala autisme dan akhirnya didiagnosis sebagai autisme.

Encephalopathy adalah kesan sampingan buruk vaksin yang jelas tertulis dalam hampir kesemua vaksin insert.

Sudah sangat banyak kajian saintifik yang diterbitkan di seluruh dunia membuktikan perkaitan kandungan vaksin atau vaksin itu sendiri dengan autisme, sekaligus membenarkan isu yang bangkit dari hasil pemerhatian Dr. Wakefield dan rakan-rakan beliau.

Thomas et al. (1999) mendapati pendedahan yang tinggi kepada thiomersal dalam vaksin pada 1 bulan pertama kelahiran telah meningkatkan risiko kemerosotan perkembangan neurologi termasuk autisme.

Mawson et al. (2017) menyimpulkan dari kajian mereka bahawa kanak-kanak yang diberi vaksin mempunyai kadar yang lebih tinggi terhadap alahan dan gangguan neurodevelopmental termasuk autisme berbanding kanak-kanak yang tidak divaksin . Kajian mereka meliputi kanak-kanak yang di bersekolah di rumah (homeschool).

Tomljonevic dan Shaw (2011) dalam kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak dari negara yang tinggi kadar autisme punyai pendedahan yang tinggi terhadap aluminium dari vaksin, dan peningkatan pendedahan terhadap aluminium di US berkait rapat dengan peningkatan kadar autism di sana selama dua dekad yang lalu .

Pada 2017, Moris, Puri dan Frye, mencadangkan di dalam jurnal Metabolic Brain Disease supaya garam aluminium tidak lagi digunakan dalam vaksin kerana ia merupakan salah satu punca Autism .

Pada tahun yang sama, sekumpulan pengkaji dari Canada telah melaporkan hasil kajian mereka yang menunjukkan perkaitan sangat rapat antara autisme dan kecenderungan terhadap autoimuniti dan pengaktifan imun/keradangan. Bukankah fungsi vaksin adalah untuk mengaktifkan imun dan antara kesan sampingan yang tersenarai dalam kebanyakan insert vaksin adalah keradangan.

Dan banyak lagi kajian lain yang mengaitkan vaksin dan autisme samada secara langsung atau tidak.

Di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=j3IMSUApeW4 ibu bapa dan profesional perubatan memberi keterangan pada kerajaan mereka bahawa vaksin merosakkan kanak-kanak secara neurologis (kerosakan otak yang disebabkan oleh vaksin / autisme) dan juga membunuh kanak-kanak.


Hakikatnya Dr. Wakefield adalah mangsa kempen memburuk-burukkan seseorang secara besar-besaran. 

Semuanya kerana beliau menemui sesuatu yang akan mengubah persepsi dunia terhadap vaksin.

Kerana apabila tersebar bahawa vaksin menyumbang kepada masalah gastrointestinal yang dilihat pada kanak-kanak autisme, program vaksinasi menjadi sukar untuk mendapat sambutan ramai. FIKIR-FIKIRKAN............


Soalan penutup: Jadi, anda dah jumpa siapa pembohong sebenar? 

Rujukan:
1. http://www.orlandosentinel.com/…/os-us-rep-bill-posey-looki…
2. https://sharylattkisson.com/cdc-scientist-we-scheduled-mee…/ /
3. https://www.youtube.com/watch?v=XIRXxEYnkxA
4. https://youtu.be/2iqzLAJGTZ4
5. http://www.cbsnews.com/…/family-to-receive-15m-plus-in-fir…/
6. Mawson et al. (2017). Pilot comparative study on the health of vaccinated and unvaccinated 6- to 12-year old US children. Journal of Translation Science, 3 (April 24). https://www.oatext.com/Pilot-comparative-study-on-the-healt…
7. Tomljonevic & Shaw (2011). Do aluminium vaccine adjuvants contribute to the rising prevalence of autism?. J Inorg Bichem, 105(11), 1489-99
8. Morris et al. (2017). The putative role of environmental aluminium in the development of chronic neuropathology in adults and children. How strong is the evidence and what could be the mechanisms involved?. Metabolic Brain Disease, 32(5), 1335-1355. https://link.springer.com/article/10.1007/s11011-017-0077-2

- ADMIN TOSS (Aunty N) -