CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label VAKSIN RUBELLA. Show all posts
Showing posts with label VAKSIN RUBELLA. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

Doktor Pakar 'Overclaimed'!!! Dakwa Imuniti Dari Vaksin SAMA Hebat dengan Imuniti Semulajadi.



[ REBUTTAL #4 ]
BETUL KE VAKSINASI MAMPU BERI KETAHANAN SEUMUR HIDUP?

Menurut Pakar Kanak-kanak dalam Rancangan Analisis TV Al-Hijrah bertajuk “Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan”, beliau berhujah bahawa jika ambil vaksin, keupayaan melawan penyakit adalah setara dengan jika kita mendapat jangkitan secara semulajadi. 

Apa yang beliau maksudkan adalah melalui vaksin kita akan mendapat ketahanan (perlindungan) sepanjang hayat. 

Beliau memberi contoh dua vaksin iaitu vaksin MMR (campak-beguk-rubella) dan vaksin Chicken Pox.

Pada minit 8.25-9.05:
Moderator Finaz: “Untuk dakwaan yang menyatakan daya lawan jangkitan yang diperolehi secara semulajadi lebih baik daripada imunisasi ini, bagaimana Dato’?” (*soalan ini sebenarnya telah ditanya semasa minit 6.11 oleh moderator kepada panel tersebut tetapi beliau tidak menjawab soalan, oleh itu moderator bertanya kepadanya sekali lagi pada kali kedua untuk mendengar jawapan beliau)

Doktor Pakar: "Sebenarnya, untuk kebanyakan penyakit yang ada vaksin, keupayaannya untuk melawan penyakit-penyakit itu adalah setara (dengan daya lawan jangkitan yang diperolehi secara semulajadi). Contohnya, MMR – Campak, Benguk (*sepatutnya Beguk), Rubella. Kita hanya perlukan 2 dos untuk kita mendapat ketahanan seumur hidup Insya-Allah. Chicken Pox (iaitu) Cacar pun seumur hidup."

-----------------
Jadi benarkah kenyataan beliau tersebut?

PERTAMA DAN PALING UTAMA SEKALI;
jika kita mendakwa vaksin-vaksin ini beri ketahanan seumur hidup, bermakna:

1) tiada di kalangan mereka yang mendapat vaksin akan dijangkiti (apatah lagi menjangkiti), dan

2) jika berlaku wabak, ia rata-rata tidak menjangkiti mereka yang telah divaksin.

Jom kita semak statistik atau data yang ada:

STATISTIK MALAYSIA

1. Di Malaysia, statistik demam Campak tahun 2004 hingga 2019 menunjukkan seramai 24,255 orang yang telah divaksin dijangkiti campak.


Gambar 1: Statistik dari KKM tentang Campak (2004-2019) mengikut status vaksin dan umur

2. Perkara yang sama apabila kita merujuk data dari WHO (World Health Organization) berkenaan statistik Campak di Malaysia. Di kalangan yang telah divaksin sebanyak 2 dos masih kena jangkitan Campak.

Gambar 2: Statistik dari WHO tentang Campak (Februari 2018-Januari 2019) di Malaysia mengikut status vaksin dan umur

VAKSIN INSERT PUN TAKDA KATA DAPAT PERLINDUNGAN SEUMUR HIDUP

3. Malah, dalam insert vaksin sendiri pihak pengeluar/pembuat vaksin tiada langsung menyatakan vaksin tersebut iaitu MMR melindungi 100%.

4. Dalam vaksin insert juga menyebut: “Vaksin MMR Priorix boleh diberikan sebagai dos penggalak (booster) bagi mereka yang sebelum ini telah diberi vaksin” .

Walaupun pengeluar vaksin tidak menyatakan booster itu perlu, tetapi secara logik mudah, jika benar vaksin MMR ini berkesan untuk beri ketahanan seumur hidup, bukankah ia (dos booster) tidak perlu diberikan langsung? Tetapi sebaliknya berlaku iaitu contohnya, dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan, booster MR diberi kepada anak 7 tahun (tahun 1).

5. Selain itu, insert vaksin menyatakan selepas vaksin, didapati mereka yang telah divaksin adalah 87% seropositif dengan antibodi anti-campak, anti-beguk dan anti-rubella. Ini sekaligus menunjukkan perlindungan bukan 100% dan secara tak langsung bukannya sepanjang hayat (rujuk insert vaksin MMR Priorix contohnya. Download dari channel telegram t.me/VaxInsertsMalaysia).

WABAK BERLAKU DI KALANGAN MEREKA YANG DAH DIVAKSIN, MALAH KADANGKALA VAKSIN ADALAH PUNCANYA. 

VAKSIN JUGA MAKIN KURANG BERKESAN MENGIKUT TEMPOH.

6. Sejarah dan kes lalu membuktikan banyak kes wabak berlaku di kalangan mereka yang telah divaksin. Sebahagian besar yang dijangkiti adalah mereka yang telahpun divaksin.



7. Dalam satu kajian 2017 yang diterbitkan di Journal of Clinical Microbiology, mereka melaporkan bahawa ketika wabak campak di Disneyland, California pada tahun 2015, ia telah disahkan bahawa 73 daripada 194 kes campak tersebut berpunca daripada vaksin. Ini jelas membuktikan vaksin tidak berkesan memberi imuniti. Salah seorang penulis kajian ini adalah pegawai CDC di Bahagian Penyakit Viral.

8. Yang telah divaksin juga boleh menjangkiti orang lain yang telah divaksin.

9. Sebagai contoh, pada 1985, wabak Campak berlaku di Corpus Christm, Texas, US di mana populasinya divaksin sepenuhnya.

10. Pada 2019, lebih 100 pelajar Temple University, Rockland County, US dijangkiti beguk. Kebanyakan mereka telahpun divaksin dengan vaksin beguk MMR. Doktor di sana sendiri mengakui vaksin MMR menjadi lemah setelah umur meningkat remaja atau pada awal 20an.

11. Pada 2009/2010, New York dan New Jersey menyaksikan sekitar 2000 orang dijangkiti beguk walaupun ia adalah populasi yang tinggi kadar vaksinasinya .

12. Wabak Chicken Pox di Oregon pada Oktober 2001 menyaksikan 97% daripada 422 yang dijangkiti wabak tersebut telah menerima vaksin Chicken Pox sebelum wabak terjadi .

Pengkaji juga dapati keberkesanan vaksin Chicken Pox hanyalah 72%. Dan mereka yang divaksin lebih 5 tahun sebelum wabak mempunyai kebarangkalian hampir 7 kali ganda untuk dijangkiti Chicken Pox ketika wabak berbanding mereka yang divaksin kurang 5 tahun sebelum wabak.

Ini sekaligus menunjukkan keberkesanan vaksin berkurangan mengikut tempoh.

13. Pengkaji bernama Brunel telah melaporkan dalam Jurnal Pediatrics pada tahun 2000 dimana dua beradik dijangkiti chicken pox dan zoster selepas 5 bulan menerima vaksin Chicken Pox dan ia adalah kesan dari vaksin tersebut.

14. Kajian 2018 oleh Lewnard dan Grad yang diterbitkan di dalam jurnal Science Translational Medicine juga mengesahkan vaksin beguk berkurangan kesannya mengikut masa, dan ini menyebabkan jangkitan beguk di kalangan mereka yang baru meningkat dewasa.

15. Selain kes-kes di atas, terdapat terlalu banyak lagi contoh-contoh kes sejak puluhan tahun dahulu sehingga kini menunjukkan vaksin tidak memberi perlindungan seumur hidup. Antaranya boleh rujuk di sini https://medscienceresearch.com/shedding/

Dan akhir sekali, soalan logik mudah:

Jika benar vaksin memberikan imuniti sepanjang hayat, mengapa mereka yang telah divaksin masih kelihatan terlalu takut kepada golongan yang tidak vaksin dan begitu takut jika berlaku wabak? 

Itu dengan mudah menunjukkan vaksinasi tidak mampu memberi imuniti, apatah lagi sepanjang hayat. (Nota: Teori Herd Imunity bukan hujah bernas malah amat dangkal kerana ia adalah mitos semata-mata. Akan diulas di siri lain)

Saturday, December 21, 2019

Vaksin MR (Measles Rubella MR) Difatwakan Haram Di Indonesia: Fatwa Malaysia, Bagaimana?

VAKSIN MEASLES RUBELLA (MR) DIFATWAKAN HARAM DI INDONESIA: FATWA MALAYSIA BAGAIMANA?

Anak-anak kita yang umur 7 tahun (darjah 1) dapat suntikan vaksin Measles Rubella (MR) yg dibuat oleh Serum Institute of India (SII).



Vaksin MR yang sama diguna di lebih 140 negara termasuk 26 negara-negara Islam OIC contohnya Indonesia.

Cerita berbeza, di Indonesia, Majelis Ulama Indonesia (MUI) dah keluarkan fatwa vaksin MR SII ini HARAM, sebab dalam proses pembuatannya menggunakan bahan yang asal daripada babi.

Dokumen yang diberi oleh SII iaitu pembuat vaksin MR sendiri, Laporan Kajian Vaksin MR dari Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika (LPPOM) MUI pada 15 Ogos 2018 dapati vaksin MR berasal daripada bahan berikut:
a. Bahan yg berasal dari babi, iaitu gelatin yg berasal dari kulit babi dan trypsin yg berasal dari pankreas babi.
b. Bahan yg berpeluang besar bersentuhan dgn babi dalam proses pembuatannya, iaitu laktalbumin hydrolysate.
c. Bahan yang berasal dari tubuh manusia, iaitu human diploid cell.

MUI juga tegaskan hukumnya HARAM menggunakan vaksin yang guna unsur babi.

Tapi atas sebab tertentu, pada waktu ini MUI fatwakan (Fatwa no. 33, 2018) HARUS (dibolehkan/ mubah) gunakan vaksin MR dengan TIGA SYARAT.
1. Ada situasi keterpaksaan (darurah syar'iyyah)
2. Vaksin MR yang halal dan suci belum dijumpai
3. Ada keterangan daripada ahli yang kompeten dan boleh dipercayai tentang bahaya yang ditimbulkan akibat tak diimunisasi dan belum adanya vaksin yg halal

Pengertian Harus ialah suatu perbuatan yang boleh dilakukan, tapi tak mendapat pahala bagi yang melakukan. Harus bermakna boleh ditinggalkan dan tak mendapat dosa bagi yang tidak melakukannya.

Fatwa MUI juga kata jika vaksin yang halal dan suci ditemui, vaksin MR TIDAK LAGI HARUS diguna.
Di Aceh, Majelis Pemusyawaratan Ulama nya tegaskan: "Kita mengeluarkan fatwa 'darurah' dengan syarat ibubapa harus TAHU bahawa vaksin MR itu mengandungi unsur yang tidak halal tadi. Berkenaan penggunaannya, JANGAN DIPAKSA kepada masyarakat. Tidak boleh dipaksa untuk SEMUA daerah."

PERSOALANNYA;
1. Malaysia gunakan vaksin MR dari SII yang sama seperti di Indonesia. Kenapa fatwa Malaysia masih senyap tentang status Halal/Haram dan penggunaan vaksin MR ini walaupun di negara jiran telah kecoh tentang vaksin ini? Adakah kita hidup dalam tempurung?
2. Bukankah di Malaysia ada pilihan vaksin lain untuk penyakit Measles dan Rubella. Contoh seperti vaksin jenis Priorix yang melindungi 3 penyakit iaitu Measles, Mumps dan Rubella, atau Priorix-Tetra. Kenapa tidak digunakan vaksin alternatif ini untuk anak-anak 7 tahun? Adakah kita sudah sampai ke tahap darurat untuk menggunakan MR SII yg ‘memanfaatkan’ babi bilamana masih ada alternatif lain?
3. Selain isu babi, penggunaan Human Diploid Cell (HDC) yang diperolehi dari janin bayi yang digugurkan dalam hampir kesemua vaksin untuk penyakit Measles dan Rubella juga sepatutnya mempunyai implikasi besar kepada hukum serta etika. Ia melibatkan pengguguran lebih 70 janin sebagaimana yang diakui sendiri oleh Dr. Stanley Plotkin (seorang pengkaji vaksin yg bertanggungjawab dalam pencarian sel janin bayi yang terbaik untuk dijadikan tapak pembiakan virus) di dalam pengakuan sumpah beliau pada Januari 2018.


Pihak bertanggungjawab termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM juga Majlis Fatwa Kebangsaan digesa agar dapat memperjelaskan dan menentukan hukum produk serta penggunaan vaksin MR SII ini.

Rujukan:
1. MR SII Vaccine Insert
https://quest3plus.bpfk.gov.my/…/V_4864_20170414_075531_D3.…
https://www.who.int/…/vaccine_qual…/pq_141_mr_10dose_sii/en/
https://www.seruminstitute.com/product_ind_mrvac.php
2. 20 Ogos 2018. FATWA MUI VAKSIN MR SII https://dinkes.acehprov.go.id/…/Fatwa-MUI-No.33_Tahun_2018-…
3. 21 Ogos 2018. Vaksin MR 'tidak halal': MUI pusat bolehkan karena darurat, di daerah masih ada yang menolak. https://www.bbc.com/indonesia/amp/indonesia-45248643…
4. 21 Ogos 2018. Ini Kandungan Haram Vaksin MR. https://www.hidayatullah.com/…/ini-kandungan-haram-vaksin-m…
5. 24 Ogos 2018. Vaksin MR dari India Dipakai di Negara-negara OKI. https://www.cnnindonesia.com/…/vaksin-mr-dari-india-dipakai…
6. 7 September 2018. Jalan Panjang Terbitnya Fatwa MUI Nomor 33 tahun 2018 Dalam Rangka Mendukung Imunisasi http://www.depkes.go.id/…/jalan-panjang-terbitnya-fatwa-mui…
7. 31 Mac 2016. Tiga Hukum Guna Vaksin Sumber Haram. https://www.bharian.com.my/node/138985/amp
8. Januari 2018. Dr Stanley Plotkin Under-Oath Deposition. https://youtu.be/PN7FQCkiBp8





Kesan Sampingan Vaksin MMR (Campak+Beguk+Rubella)

NAK SHARE SIKIT KESAN-KESAN BURUK VAKSIN JENIS MMRII YANG TERSENARAI DALAM VACCINE INSERT YG DITULIS SENDIRI OLEH PENGELUAR VAKSIN

Vaksin MMR (Measles/Campak, Mumps/Beguk, Rubella) ni anak-anak ambil masa umur 9 dan 12 bulan, kalau ikut Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia. Lain negara, lain timing disuruh ambil.
MMR pd umur 9 dan 12 bulan

Kat Malaysia, ada 3 jenis yg berdaftar dlm NPRA. Harini kita diskas MMRII je dulu, dibuat oleh Syarikat Merck US.

Ni rujukan, dapat dari website NPRA sendiri ya. Bukan karangan tahyul dari imaginasi liar saya:
https://quest3plus.bpfk.gov.my/…/V_7245_20170623_062953_D3.…

1. Dinyatakan dlm vax insert ni orang yang ada reaksi alergi pd telur, ada risiko ambil vaksin ni (m/s 8). Haa.. Ada tak doktor/nurse tanya anak alergi telur tak sebelum vaksin? Kalau tak tanya, naya la...

2. Dinyatakan juga tak diketahui samada selamat dan berkesan ke tak jika ambil vaksin ni jika umur bayi kurang dari 12 bulan (m/s 10). Aik habis awat kita bagi masa umur 9 bulan tu?

3. Vaksin MMRII tidak menghasilkan perlindungan 100% (m/s 11). Okay, agaknya sebab tu ramai je dah amik MMRII tapi kena jugak Campak dan Beguk.

4. Ok kita masuk kesan sampingan sekarang. Sorry list panjang dalam BI. Kalau tak faham, boleh tanya. Atau paling cepat google je maksudnya. Tapi akak petik sikit2 dlm BM:

MATI pun salah satu kesan ya jgn terkujat.
Apa lagi kesannya..antaranya..

  • Alergi yang boleh membawa maut
  • Jangkitan telinga
  • Demam ala-ala Campak (eh ada pulak ala-ala haha)
  • Kerosakan sel retina
  • Sawan
  • Lumpuh
  • Sindrom Steven-Johnson

Sindrom Steven-Johnson

  • Paru-paru berair
  • Radang urat darah
  • Muntah2
  • Cirit-birit
  • Radang Otak
  • Ataxia. Hilang kawalan pd pergerakan tubuh menyebabkan mslh berjalan, bercakap dll
Penyakit Ataxia. Hilang kwln dan koordinasi pd pergerakan tubuh termasuk tangan, kaki, mulut menyebabkan sukar berjalan, percakapan tak jelas, dll. Alami kemerosotan fungsi saraf tunjang dan serebelum pd otak.
  • Rosak Otak
  • Radang Sendi
  • Gatal kulit yg melampau
  • Darah beku
  • Sakit Otot
  • Meningitis
  • Konjunktivitis. Kemerahan mata 

Conjuncvitis. Pink eye.


  • Radang sekitar hidung akibatkan hidung sumbat dan berair
  • Gegata 

Urtikaria atau Gegata, keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal.


  • Meningitis/Radang selaput otak
  • Radang zakar/testis
  • SSPE. Radang Otak Kronik
....Dan berpuluh-puluh lagi kesan buruk spt dlm list di bwh.

So, terpulang... LAGIPUN, VAKSIN 'FREE' JE KAN
Pada saya, inilah HARGANYA YG SEBENAR

SIDE EFFECTS LISTED IN MMRII:
•Burning and/or stinging of short duration at the injection site.
•Body as a whole: Fever (101°F [38.3°C] or higher)
•Skin: Rash, or measles-like rash, usually minimal but may be generalized. Generally, fever, rash, or both appear between the 5th and the 12th days.
•Body as a whole: Mild local reactions such as erythema, induration and tenderness; sore throat, malaise, atypical measles, syncope, irritability
•Cardiovascular: Vasculitis
•Digestive: Parotitis, nausea, vomiting, diarrhea
•Hematologic/Lymphatic: Regional lymphadenopathy, thrombocytopenia, purpura
•Hypersensitivity: Allergic reactions such as wheal and flare at injection site, anaphylaxis and anaphylactoid reactions, as well as related phenomena such as angioneurotic edema (including peripheral or facial edema) and bronchial spasm, urticaria in individuals with or without an allergic history
•Musculoskeletal: Arthralgia and/or arthritis, myalgia
•Nervous/Psychiatric: Febrile convulsions in children, afebrile convulsions or seizures, headache, dizziness, paresthesia, polyneuritis, polyneuropathy, Guillain-Barre syndrome, ataxia, acute disseminated encephalomyelitis (ADEM), transverse myelitis, aseptic meningitis (see below), measles inclusion body encephalitis (MIBE), encephalitis/encephalopathy.
Guillain-Barre Syndrome (GBS)
•Respiratory System: Pneumonia, pneumonitis, cough, rhinitis
•Skin: Erythema multiforme, Stevens-Johnson syndrome, Henoch-Schönlein purpura, Acute Hemorrhagic Edema of Infancy, vesiculation at injection site, swelling, pruritus
•Special senses: Forms of optic neuritis, including retrobulbar neuritis, papillitis, and retinitis; ocular palsies, otitis media, nerve deafness, conjunctivitis
•Urogenital: Epididymitis, orchitis
•Death
•Arthralgia and/or arthritis
•Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE)
•Aseptic meningitis

FB link:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218267219690244&id=1183287947