CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label ETIKA PERAWAT. Show all posts
Showing posts with label ETIKA PERAWAT. Show all posts

Monday, January 6, 2020

Ibubapa Tolak Rawatan Boleh Didakwa?? Doktor Boleh Panggil Polis dan JKM?





Facebook Page 'Public Health Malaysia' sebelum ini telah mengeluarkan satu poster bertajuk 'Ibu Bapa Tolak Rawatan Boleh Didakwa' dan mengatakan di dalam poster tersebut bahawa:

1. Di bawah Akta Kanak-Kanak, tiada ibubapa/penjaga yang boleh menolak sebarang bentuk rawatan kesihatan untuk anak-anak.
2. Hak penjagaan anak boleh diambil untuk sementara.
3. Atau penglibatan pihak polis dan JKM untuk memastikan anak dirawat.


Poster ini telah diviralkan dan dijadikan bahan untuk menakut-nakutkan golongan yang menolak vaksin, juga yang menolak prosedur/rawatan di hospital.


------------------------
PERSOALANNYA, benarkah dakwaan ini?

JOM KITA SEMAK FAKTA

Seksyen yang dikaitkan oleh pihak yang menyokong poster ini antaranya adalah Seksyen 21,24,31.

Kesemua seksyen ini terletak dalam Bahagian V (Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan),  Akta Kanak-kanak 2001


Pertama sekali yang kita perlu tahu dan faham, mana-mana seksyen di dalam mana-mana Akta tidak boleh dipetik dan ditepek secara sesuka hati, tanpa mengikut KONTEKS Seksyen berkaitan. 

Mana-mana seksyen perlu dibaca dari awal mengikut konteks huraian setiap Bab dalam Akta berkaitan, untuk benar-benar memahami mengapa Akta berkait diwujudkan (INTENTION OF LEGISLATOR). Jika tidak, akan berlaku PEMAHAMAN YANG MENYIMPANG DAN MENYELEWENG dari maksud asal dan maksud sebenar Seksyen itu diwujudkan.


Oleh kerana isu berkaitan poster tersebut terletak dalam dalam Bab V (Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan) sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, maka kita perlu membaca Bahagian V Akta tersebut yang bermula dengan Bab 1 (Am), Seksyen 17 dan seterusnya.

Seksyen 17 mula menghuraikan 'Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan'. Seksyen 17(1)(f) paling relevan dengan poster berbunyi:
Seksyen 17. (1) Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika - kanak-kanak perlu diperiksa, disiasat atau dirawat- 
17(f)(i) bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya; dan, 
17(f)(ii) ibu atau bapa atau penjaganya abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian.



Berdasarkan Seksyen 17(f) di atas; 

1. Seperti kita semua sedia maklum, vaksin adalah hanya satu usaha PENCEGAHAN, dan tidak termasuk dalam mana-mana kategori seperti yang disebut oleh Seksyen 17(f) iaitu untuk 'diperiksa', 'disiasat', mahupun 'dirawat'. 

Oleh itu, Akta ini langsung tidak berkait dan terpakai ke atas ibubapa yang menolak vaksin. Usaha menakut-nakutkan golongan yang menolak vaksin dengan Akta ini adalah satu tindakan yang tidak bermaruah dan menyeleweng.

2. Manakala untuk menggunapakai Akta ini dalam kes menolak rawatan perubatan di hospital, banyak perkara lain perlu ada PEMBUKTIAN dipihak yang ingin mengambil tindakan. Antaranya, mereka perlu membuktikan;

a- Bukti rawatan di hospital itu SATU-SATUNYA cara bagi merawat, memulihkan dan memelihara penyakit anak tersebut 

b- Bukti bahawa ibubapa tersebut tidak ada atau menolak SEBARANG USAHA melalui SEBARANG KAEDAH untuk merawat anak mereka

c- Bukti bahawa ibubapa SECARA CUAI, mengabaikan terus dan enggan membenarkan sebarang pemeriksaan/siasatan/rawatan ke atas anak mereka dengan segala kaedah rawatan yang wujud di semua tempat.

d- Pihak JKM memerlukan PERINTAH MAHKAMAH untuk menggunapakai Akta ini dan tidak boleh sewenang-wenangnya datang memaksa atau mengugut mana-mana ibubapa menurut kehendak pihak hospital 


Kita berikan satu CONTOH SENARIO:

Seorang ibu yang menolak pihak hospital mengambil darah bayi beliau untuk memeriksa tahap Kuning, tidak boleh sewenang-wenangnya dipalitkan dengan Akta ini, kerana;

- Selain merawat Kuning dengan kaedah biasa di hospital iaitu meletakkan bayi di bawah lampu biru, terdapat kaedah komplementeri yang lain yang berkesan malah sebahagiannya diiktiraf sendiri oleh pihak KKM. Antara rawatan alternatif termasuk rawatan tradisional Melayu, ayurveda, herba China (sensei), homeopathy, naturopathy, orthomolecular dan sebagainya. Ibu tersebut mungkin memilih cara lain dan pihak hospital mempunyai BEBAN PEMBUKTIAN bahawa ibu tersebut menolak kesemua kaedah yang ada.

- Kaedah mengambil darah yang melibatkan cucukan jarum terhadap bayi hanyalah salah satu kaedah untuk memeriksa tahap Kuning, sedangkan pada zaman kini, pemeriksaan tahap Kuning bayi boleh dilakukan menggunakan alat yang lebih moden, canggih, mudah, pantas dan tidak menyakitkan bayi (tanpa jarum). Ibu tersebut boleh sahaja memilih mana2 antara kaedah yang ada. Jika pihak hospital masih mahu mempalitkan beliau dengan dakwaan, mereka WAJIB MEMBUKTIKAN ibu tersebut memang tidak melakukan sebarang usaha memeriksa/merawat anak beliau dengan SEBARANG KAEDAH, bukannya sewenang-wenangnya MENYALAHGUNAKAN PIHAK JKM DAN POLIS demi menakut-nakutkan ibu tersebut. Ini adalah satu tindakan tak bermaruah, tidak profesional dan amat MEMALUKAN profesyen perubatan!! 




Akhir sekali, kita perlu fikir, bila kita cuba ditakut-takutkan dengan tindakan kekerasan, kita boleh semak semula adakah mereka yang cuba mempraktikkan kekerasan ini sebenarnya benar-benar tahu apa yang mereka katakan, ataupun semata-mata FEAR-MONGERING dan SCARE TACTICS demi memastikan kita menurut kehendak mereka. 

Adakah apa yang mereka katakan itu benar atau semata-mata cubaan menyalahgunakan undang-undang untuk menunjukkan kekuasaan semata-mata. 

Adakah mereka  ini bertindak benar-benar demi kesihatan sejati, atau hanya ingin membesar-besarkan bidang tertentu seperti Alopathy semata-mata, seolah-olah KESIHATAN ITU MILIK MEREKA, dan sesiapa yang tidak menurut cara mereka, dianggap memilih PENYAKIT DAN MAUT. 

Begitu sekalikah pemikiran mereka? Jika iya, maka jelaslah pemikiran dan mentaliti sebegini sangat sempit dan tertutup, dan langsung tidak menghormati dan menghargai bidang ilmu perubatan lain yang tidak kurang berkesan merawat sebarang penyakit! Ini merupakan satu sikap yang amat MENJENGKELKAN dan tidak mencerminkan adab yang murni.

https://masyarakatkenatahu.blogspot.com/2020/01/ibubapa-tolak-rawatan-boleh-didakwa.html?m=1

Sunday, January 5, 2020

Pesakit Berhak TOLAK Prosedur/Rawatan dan TINGGALKAN Premis Kesihatan Walau Bertentangan Dengan Nasihat Doktor!!








FAKTA:

1. Petugas kesihatan bertanggungjawab mendapatkan keizinan/persetujuan dari ibubapa sebelum menyuntik mana-mana bayi. 

Tindakan menyuntik tanpa izin boleh mengakibatkan mereka didakwa di mahkamah, lebih-lebih lagi jika mengakibatkan sebarang AEFI, sebagaimana kes Adik Muhaimin dimana peguam beliau berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM1.8 juta untuk beliau kerana lumpuh selepas vaksin ATT. 

2. Menyuntik tanpa izin adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan sivil sebagaimana yang digariskan oleh UNESCO dalam Universal Declaration on Bioethics and Human Rights yang menyatakan dalam Artikel 6 (Consent) (2005) para. 1, yang lebih kurang maksudnya: 
Sebarang campurtangan kaedah perubatan berunsur pencegahan … hanya boleh dilaksanakan dengan memperolehi persetujuan sebelum (ianya dilaksanakan), bebas dan termaklum, daripada mereka yang terbabit, berdasarkan maklumat yang mencukupi yang diperolehi mereka.
Persetujuan harus, jika sesuai, dinyatakan dan boleh ditarik balik oleh orang yang berkenaan pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa merugikan atau prasangka.”  
UNESCO Universal Declaration on Bioethics and Human Rights yang menyatakan dalam Artikel 6 (Consent) (2005) para. 1.

3. Menyuntik tanpa izin juga bercanggah dengan NUREMBERG CODE yang menggariskan 10 Permissible Medical Experiment, antaranya:
“Keizinan secara sukarela dari subjek manusia adalah sangat penting (The voluntary consent of the human subject is absolutely essential).” 

4. Selain itu, ia menyalahi etika Malaysian Medical Council (MMC) sebagaimana dalam garispanduan MMC tentang Keperluan Untuk Mendapatkan Persetujuan. Ia berbunyi (setelah dialihbahasa):
“Secara amnya, tiada prosedur, pemeriksaan, pembedahan atau rawatan - boleh dilakukan pada pesakit tanpa persetujuan pesakit, jika dia adalah orang yang kompeten.
Persetujuan tersebut boleh dinyatakan atau tersirat dan mungkin secara lisan atau bertulis.
Mendapat persetujuan pesakit adalah komponen penting dalam amalan perubatan yang baik, dan juga mempunyai keperluan undang-undang khusus untuk melakukannya.
Kecuali dalam kecemasan di mana keperluan untuk menyelamatkan nyawa adalah sangat penting, persetujuan pesakit mesti diperoleh sebelum prosedur, pemeriksaan, pembedahan, atau rawatan yang dicadangkan - dijalankan.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan siasatan disiplin di atas pelanggaran kod etika profesional dan/atau tindakan undang-undang untuk serangan dan bateri dimulakan terhadap pengamal perubatan.” 

 
Garispanduan MMC Berkenaan Persetujuan (Consent) Untuk Merawat Pesakit Oleh Pengamal Perubatan Perdaftar


5. Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Service Standard 6 berkenaan Hak-hak Pesakit dan Keluarga (Patient and Family Rights) sangat menitikberatkan isu ‘informed consent’ ini. 

Contohnya, perenggan 6.1.8.3 menyatakan: 
Pesakit diberitahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka berkaitan dengan menolak atau menghentikan rawatan dan mendapatkan pendapat kedua”.
Ini boleh dibuat dengan pelbagai cara termasuk mengisi borang At Own Risk (AOR) (di atas risiko sendiri), borang keluar (discharge form), atau borang penolakan (refusal form).

MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.8.3



Perenggan 6.1.1.1(g) juga menegaskan hak pesakit untuk:
turut serta dalam membuat keputusan mengenai penjagaan termasuk hak untuk menolak rawatan yang dicadangkan ... dan hak untuk meninggalkan premis kesihatan, berlawanan dengan nasihat perubatan yang diberikan”.


MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.1.1 (g)


      
Pesakit juga ada hak untuk tidak mahu disoal-siasat sebagaimana termaktub dalam MSQH, SS6, perenggan 6.1.3.3 yang menyatakan: 
    “Terdapat dasar dan proses bagi pesakit yang mungkin tidak mahu difoto, direkodkan atau mengambil bahagian dalam temu bual, oleh itu kakitangan perlu bertanya tentang keperluan privasi pesakit yang berkaitan dengan penjagaan yang diberikan”. 
MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.3.3






6. Di dalam PIAGAM PELANGGAN kebanyakan premis kesihatan juga sering menyatakan hak pelanggan/pesakit mendapatkan maklumat penuh tentang rawatan/prosedur yang bakal dijalankan dan hak menerima mahupun menolak rawatan/prosedur tersebut. 

Contohnya, dalam laman web Hospital Pitas di Sabah:



Kesimpulannya, pesakit perlu ambil tahu hak-hak mereka, dan pihak perawat wajib menghormati hak-hak ini, kerana ianya melibatkan soal etika, dan mempunyai implikasi tindakan disiplin dan perundangan jika pihak perawat mencabuli hak-hak pesakit mereka. 



Terdapat beberapa cara bagi pesakit membuat aduan jika mendapati doktor bertindak secara tidak profesional. 

1. Buat laporan polis ke atas perawat terbabit atas pencabulan HAK ASASI anda. 
2. Aduan melalui Biro Pengaduan Awam/SISPAA


Tindakan akan diambil terhadap doktor jika didapati melakukan sesuatu yang salah sebagaimana dihuraikan di atas atau tidak mematuhi Akta Kemudahan & Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

KETAHUI HAK PESAKIT
HORMATI HAK PESAKIT
TUBUH ANDA/ANAK, ANDA PALING BERHAK!!