CARIAN DALAM BLOG

Sunday, January 5, 2020

Pesakit Berhak TOLAK Prosedur/Rawatan dan TINGGALKAN Premis Kesihatan Walau Bertentangan Dengan Nasihat Doktor!!








FAKTA:

1. Petugas kesihatan bertanggungjawab mendapatkan keizinan/persetujuan dari ibubapa sebelum menyuntik mana-mana bayi. 

Tindakan menyuntik tanpa izin boleh mengakibatkan mereka didakwa di mahkamah, lebih-lebih lagi jika mengakibatkan sebarang AEFI, sebagaimana kes Adik Muhaimin dimana peguam beliau berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM1.8 juta untuk beliau kerana lumpuh selepas vaksin ATT. 

2. Menyuntik tanpa izin adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan sivil sebagaimana yang digariskan oleh UNESCO dalam Universal Declaration on Bioethics and Human Rights yang menyatakan dalam Artikel 6 (Consent) (2005) para. 1, yang lebih kurang maksudnya: 
Sebarang campurtangan kaedah perubatan berunsur pencegahan … hanya boleh dilaksanakan dengan memperolehi persetujuan sebelum (ianya dilaksanakan), bebas dan termaklum, daripada mereka yang terbabit, berdasarkan maklumat yang mencukupi yang diperolehi mereka.
Persetujuan harus, jika sesuai, dinyatakan dan boleh ditarik balik oleh orang yang berkenaan pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa merugikan atau prasangka.”  
UNESCO Universal Declaration on Bioethics and Human Rights yang menyatakan dalam Artikel 6 (Consent) (2005) para. 1.

3. Menyuntik tanpa izin juga bercanggah dengan NUREMBERG CODE yang menggariskan 10 Permissible Medical Experiment, antaranya:
“Keizinan secara sukarela dari subjek manusia adalah sangat penting (The voluntary consent of the human subject is absolutely essential).” 

4. Selain itu, ia menyalahi etika Malaysian Medical Council (MMC) sebagaimana dalam garispanduan MMC tentang Keperluan Untuk Mendapatkan Persetujuan. Ia berbunyi (setelah dialihbahasa):
“Secara amnya, tiada prosedur, pemeriksaan, pembedahan atau rawatan - boleh dilakukan pada pesakit tanpa persetujuan pesakit, jika dia adalah orang yang kompeten.
Persetujuan tersebut boleh dinyatakan atau tersirat dan mungkin secara lisan atau bertulis.
Mendapat persetujuan pesakit adalah komponen penting dalam amalan perubatan yang baik, dan juga mempunyai keperluan undang-undang khusus untuk melakukannya.
Kecuali dalam kecemasan di mana keperluan untuk menyelamatkan nyawa adalah sangat penting, persetujuan pesakit mesti diperoleh sebelum prosedur, pemeriksaan, pembedahan, atau rawatan yang dicadangkan - dijalankan.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan siasatan disiplin di atas pelanggaran kod etika profesional dan/atau tindakan undang-undang untuk serangan dan bateri dimulakan terhadap pengamal perubatan.” 

 
Garispanduan MMC Berkenaan Persetujuan (Consent) Untuk Merawat Pesakit Oleh Pengamal Perubatan Perdaftar


5. Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Service Standard 6 berkenaan Hak-hak Pesakit dan Keluarga (Patient and Family Rights) sangat menitikberatkan isu ‘informed consent’ ini. 

Contohnya, perenggan 6.1.8.3 menyatakan: 
Pesakit diberitahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka berkaitan dengan menolak atau menghentikan rawatan dan mendapatkan pendapat kedua”.
Ini boleh dibuat dengan pelbagai cara termasuk mengisi borang At Own Risk (AOR) (di atas risiko sendiri), borang keluar (discharge form), atau borang penolakan (refusal form).

MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.8.3



Perenggan 6.1.1.1(g) juga menegaskan hak pesakit untuk:
turut serta dalam membuat keputusan mengenai penjagaan termasuk hak untuk menolak rawatan yang dicadangkan ... dan hak untuk meninggalkan premis kesihatan, berlawanan dengan nasihat perubatan yang diberikan”.


MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.1.1 (g)


      
Pesakit juga ada hak untuk tidak mahu disoal-siasat sebagaimana termaktub dalam MSQH, SS6, perenggan 6.1.3.3 yang menyatakan: 
    “Terdapat dasar dan proses bagi pesakit yang mungkin tidak mahu difoto, direkodkan atau mengambil bahagian dalam temu bual, oleh itu kakitangan perlu bertanya tentang keperluan privasi pesakit yang berkaitan dengan penjagaan yang diberikan”. 
MSQH, Standard Servis 6, Hak-hak Pesakit dan Keluarga, Edisi ke-5 (2017), Seksyen 6.1.3.3






6. Di dalam PIAGAM PELANGGAN kebanyakan premis kesihatan juga sering menyatakan hak pelanggan/pesakit mendapatkan maklumat penuh tentang rawatan/prosedur yang bakal dijalankan dan hak menerima mahupun menolak rawatan/prosedur tersebut. 

Contohnya, dalam laman web Hospital Pitas di Sabah:



Kesimpulannya, pesakit perlu ambil tahu hak-hak mereka, dan pihak perawat wajib menghormati hak-hak ini, kerana ianya melibatkan soal etika, dan mempunyai implikasi tindakan disiplin dan perundangan jika pihak perawat mencabuli hak-hak pesakit mereka. 



Terdapat beberapa cara bagi pesakit membuat aduan jika mendapati doktor bertindak secara tidak profesional. 

1. Buat laporan polis ke atas perawat terbabit atas pencabulan HAK ASASI anda. 
2. Aduan melalui Biro Pengaduan Awam/SISPAA


Tindakan akan diambil terhadap doktor jika didapati melakukan sesuatu yang salah sebagaimana dihuraikan di atas atau tidak mematuhi Akta Kemudahan & Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

KETAHUI HAK PESAKIT
HORMATI HAK PESAKIT
TUBUH ANDA/ANAK, ANDA PALING BERHAK!!