CARIAN DALAM BLOG

Saturday, January 4, 2020

Saintis Itali Dapati TIADA LANGSUNG ANTIGEN Dalam Vaksin!!!


[ VAKSIN INFANRIX-HEXA & CORVELVA: HASIL SIASATAN YANG AMAT MEMERANJATKAN! ]

1. Vaksin Infanrix-Hexa adalah vaksin 6 dalam 1 untuk Difteria, Tetanus, Pertusis, Hepatitis B, Hib dan Polio. Ia antara vaksin berdaftar di Malaysia dan dibuat oleh GlaxoSmithKline, Belgium.

2. Pada 13 Disember 2018, Corvelva, sebuah kumpulan penyelidikan saintifik di Itali, mengumumkan telah menerima €10,000 ($11,350) daripada Italian National Order of Biologists untuk menguji kandungan setiap vaksin yang kini berada di pasaran.

3. Ini adalah tindakbalas mereka terhadap kerajaan Itali kerana mewajibkan 11 vaksin kepada semua kanak-kanak yang ingin bersekolah.

4. Hasil ujian pertama Corvelva dikeluarkan pada 16 Desember 2018, dan laporannya adalah memeranjatkan. Vaksin tersebut adalah Infanrix-Hexa yang sepatutnya mengandungi antigen-antigen untuk 6 penyakit di atas.

5. Namun, sangat mengejutkan kerana Corvelva mendapati tiada langsung mana-mana dari antigen-antigen ini di dalam vaksin Infanrix-Hexa, yang bermaksud juga tiada antibodi terhadap antigen yang dimaksudkan akan terhasil dalam tubuh penerima vaksin.

6. Dan yang lebih memburukkan keadaan, bukan sahaja tidak wujud antigen vaksin, mereka juga mendapati perkara berikut: kesan-kesan 65 bahan cemaran kimia dari pengeluaran lain; toksin kimia; makromolekul yang tidak dikenali; pelbagai peptida bakteria bebas yang berpotensi sebagai alergen dan mampu merangsang tindak balas autoimun.

7. Penemuan ini mungkin membawa keadilan kepada ibu bapa yang kehilangan anak mereka pada tahun 2009 apabila 36 kanak-kanak mati dan lebih daripada 1,700 cedera dalam "percubaan klinikal" vaksin Infanrix-Hexa.

8. Menurut laman web Inisiatif Citoyenne  yang melaporkan berita itu, dokumen 1271 mukasurat mendedahkan bahawa GlaxoSmithKline menerima sejumlah 1,742 laporan tindak balas buruk antara 23 Oktober 2009 - 22 Oktober 2011, termasuk 503 reaksi buruk yang serius dan 36 kematian.

9. Vaksin Infanrix-Hexa digunakan secara meluas dalam pasaran antarabangsa termasuk Malaysia. Vaksin ini memandangkan tiada langsung kandungan antigen, bermaksud ia adalah sarat dengan risiko dan tiada manfaat.

10. Penggunaannya harus dihentikan segera. GSK boleh menghadapi masalah undang-undang yang serius untuk pelabelan yang tidak sesuai, proses pengilangan yang lemah dan mungkin juga kerana pembunuhan.

Persoalannya, bila Malaysia akan bertindak menarik balik vaksin ini atau sekurang-kurangnya membuat kajian akannya?

RUJUKAN:
1.  https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/detail.php?type=product&id=MAL20061469ARZ
2. https://www.sott.net/article/402921-Italian-scientists-protest-funding-for-vaccine-safety-investigation
3. https://vaxxter.com/biologists-make-huge-vaccine-research-donation-italian-scientists-angered/
4. https://www.corvelva.it/it/speciali-corvelva/analisi/vaccingate-initial-results-on-infanrix-hexa-chemical-composition.html
5. https://vactruth.com/2012/12/16/36-infants-dead-after-vaccine/
6. Initiative Citoyenne http://ddata.over-blog.com/xxxyyy/3/27/09/71/2012-2013/Communique-de-presse-d-IC-du-6-dec.-2012-_doc-confidentie.pdf

- ADMIN TOSS (Aunty N) -

FB: The Other Side Of The Story - TOSS
FB link: https://www.facebook.com/2218653964895042/posts/2258673404226431/