SELAMATKAH VAKSIN INFLUENZA UNTUK DIAMBIL OLEH IBU MENGANDUNG DAN YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI?
Bila belek-belek Vaksin Inserts 3 jenama vaksin influenza yg berdaftar di Malaysia (iaitu Fluquadri, Vaxigrip-Tetra dan Fluarix-Tetra), semua ketiga-tiga jenama popular vaksin influenza ini secara amnya kata TIDAK ADA DATA atau TIADA KAJIAN dilakukan ke atas ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Contoh:
Vaksin Influenza jenama FLUQUADRI:
".. tidak diketahui samada Fluquadri boleh menyebabkan bahaya atau tidak kepada janin atau samada boleh memberi kesan kepada kemampuan reproduksi (pembiakan/kesuburan)..."
"Tidak diketahui samada Fluquadri dikeluarkan melalui susu ibu. Oleh kerana banyak ubat (drug) yang keluar melalui susu ibu, perlu berhati-hati jika mahu memberi vaksin Fluquadri kepada ibu yang menyusu."
Vaksin Influenza jenama VAXIGRIP-TETRA:
"Tidak ada data berkenaan penggunaan vaksin Vaxigrip-Tetra ke atas ibu mengandung".
Vaksin Influenza jenama FLUARIX TETRA:
"Keselamatan Fluarix-Tetra untuk disuntik kepada ibu mengandung tidak pernah dinilai... Keselamatan Fluarix-Tetra untuk disuntik kepada ibu yang menyusu tidak pernah dinilai. Tidak diketahui samada vaksin Fluarix-Tetra akan keluar melalui susu ibu."
JADI SEKARANG, siapa berani jamin vaksin Influenza selamat disuntik kepada ibu mengandung dan menyusu?
Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada janin dalam kandungan ibu tersebut?
Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya ianya mengganggu kesuburan, sistem reproduksi ibu tersebut?
Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya kumuhan vaksin keluar melalui susu ibu tersebut dan membawa mudharat kepada bayinya??

Di sana-sini kita nampak saranan KKM serta staf-staf kesihatan agar ibu mengandung mengambil vaksin Influenza. Kami rasakan ianya satu tindakan sangat tidak bertanggungjawab kerana hal-hal di atas seperti yang dibincangkan tadi tidak dihebah atau dimaklumkan kepada orang awam, apatah lagi kesan-kesan sampingan vaksin Influenza yang jelas tertera di dalam vaksin inserts.
Selain itu, telah diakui melalui DOKUMEN RASMI di mahkamah oleh pihak FDA di US bahawa mereka TIADA REKOD bahawa ujian klinikal pernah dilakukan untuk vaksin Influenza terhadap wanita mengandung. Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh pihak US FDA, apabila sebuah NGO di bawah nama 'Informed Consent Action Network (ICAN)' menghantar saman kepada pihak otoriti di US menuntut sebarang pembuktian bahawa adanya ujian klinikal sebelum vaksin Influenza disarankan kepada ibu mengandung.
Minit ke 1.40.20 ke atas (Who Is lying to you?: Del Bigtree in Highwire)
Antara perkara HARAM DALAM PERNIAGAAN adalah menipu dan menyembunyikan keburukan sesuatu barangan jualan.
Dua hadith yg mungkin berkaitan antaranya:
1) Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah.
Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan?
Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.
Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka IA BUKAN DARI AGAMAKU (YANG SEMPURNA).

2) Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan MENGHILANGKAN BARAKAHNYA.

Maka, sebagai orang yang berpegang teguh kepada ajaran agama, hendaklah kita jauhi daripada sebarang bentuk penipuan mahupun penyembunyian maklumat berkenaan kekurangan produk atau servis yang ditawarkan, dalam keghairahan kita mempromosikan dan melariskannya. Wallahu-A'lam.