CARIAN DALAM BLOG

Monday, January 6, 2020

Hannah Poling AUTISM SELEPAS VAKSIN- Terima pampasan $1.5 juta tahun pertama, anggaran $200j seumur hidup

MAHKAMAH VAKSIN (US Vaccine Court):
Hannah Poling AUTISM SELEPAS VAKSIN- Terima pampasan $1.5 juta tahun pertama, anggaran $200 juta seumur hidup

Ibu Hannah Poling adalah seorang peguam dan jururawat berdaftar, manakala bapanya adalah seorang neuroscientist dan ada PhD dalam bidang Biophysics. Adakah hanya ibu bapa yg berpendidikan tinggi seperti ini layak menerima pampasan, bagaimana pula nasib keluarga anak autism yang lain? Hanya layak ditipu?





Artikel penuh disini;

Pampasan terbesar yang pertama untuk kes vaksin-autism. CBS News difahamkan bahawa keluarga Hannah Poling menerima lebih dari USD1.5 juta untuk penjagaan beliau bagi tahun pertama.

Tambahan kepada pampasan untuk tahun pertama, keluarga Hannah menerima lebih dari USD500,000 setahun untuk Hannah Poling. Pampasan tersebut dipercayai berjumlah lebih USD200 juta seumur hidup.

Hannah dikatakan sebagai seorang kanak-kanak normal, ceria sepanjang 18 bulan pertama hayatnya.

Kemudian pada Julai 2000, Hannah Poling divaksin untuk 9 jenis penyakit.









Artikel penuh disini;

Child Doe 77 (Hannah Poling) sepatutnya dibentangkan sebagai “kes kajian” ketika US Omnibus Autism Proceeding. Kerajaan mengakui kes Child Doe 77 yang menerima vaksin menyebabkan beliau kerosakan otak (brain injury/encephalopathy), sawan, dan punyai ciri-ciri autism spectrum disorder (ASD).

Oleh kerana Child Doe 77 telah dibuang daripada “kes ujian”, ia tidak boleh diisytiharkan sebagai kes precedent untuk kes-kes OAP yang lain. Situasi ini bagaimanapun, kami lihat sebagai ada melibatkan salahlaku (misconduct).









Artikel penuh disini;

Apa yang berlaku kepada si rambut merah (perang) Hannah Poling adalah unik dalam dunia autism. Beliau dilahirkan sempurna dan normal - senyum, berbual, bermain, bercakap 20 perkataan sehingga berusia 19 bulan.


Selepas menerima beberapa vaksin, beliau jatuh sakit dan semua perkembangannya terhenti dan berubah.

Hannah kini berusia 9 tahun (pada tahun 2008) telah sembuh daripada penyakit tetapi masih tidak bercakap, menunjukkan sikap membuat sesuatu secara berulang-ulang, jauhi dari bersosial, yangmana semua ini menunjukkan ciri-ciri autism.

“Sesuatu berlaku selepas vaksin” kata ibunya Terry Poling yang bekerja sebagai jururawat dan peguam.

“Perkembangan dia merosot dan tak pulih”


Apa yang unik berkenaan kes Hannah Poling ialah ini adalah pertama kali pihak autoriti mengakui perhubungan antara ciri-ciri autism dan vaksin yang diterima. Panel penilaian medikal di Department of Health and Human Services menyimpulkan Hannah Poling mengalami kecederaan selepas vaksin, dan mengesyorkan agar keluarganya diberi pampasan untuk kecederaan tersebut (autism).

Panel tersebut berkata Hannah mengalami gangguan sedia-ada di peringkat sel (underlying cellular disorder) yg disulitkan lagi dengan vaksin menyebabkan kerosakan otak.

“Jika Hannah Poling mengalami kondisi/masalah sedia-ada yang membuatkan beliau mudah terdedah kepada kesan vaksin, ini menunjukkan kanak-kanak lain juga ada kemungkinan yang sama.”

Kerana beliau mengalami penyakit jangkitan telinga, Hannah dilewatkan daripada menerima vaksin mengikut jadual, dan oleh sebab itu beliau menerima 9 jenis vaksin untuk penyakit: campak, beguk, rubella, polio, varicella (chicken pox), diphteria, pertussis, tetanus dan influenza.

“Vaksin itu terlampau banyak” kata Terry Poling. “Saya tidak tahu sehingga beberapa bulan selepas itu yang vaksin mengandungi merkuri iaitu neurotoksin yg sgt ‘power’. Jika saya tahu,  saya tidak akan membenarkan vaksin dicucuk ke dalam tubuh anak saya.”

Isu lain dalam kes Hannah Poling adalah penemuan bahawa Hanah mengalami gangguan mitokondria, iaitu disfungsi dalam metabolisme sel asas. Mitokondria berfungsi sebagai 'penjanakuasa' untuk setiap sel dalam badan, menukar makanan dan oksigen menjadi tenaga.

Di dalam mahkamah vaksin, mereka mengesahkan gangguan mitochondria tersebut akan meletakkan risiko yg tinggi kepada penghidapnya untuk mengalami kecederaan selepas vaksin.


Adakah thimerosal (merkuri) atau elemen lain dalam vaksin adalah penyumbang faktor ini?. “Adalah satu kemungkinan ianya penyumbang kecil kepada kanak-kanak yang mudah diserang penyakit”, kata Dr Isaac Pessah, Pengarah Center for Children’s Environmental Health and Disease Prevention di University of California.

“Vaksin adalah untuk 'meniru' jangkitan sebenar. Jadi bayangkan menerima 9 vaksin dalam satu masa, betapa sakit boleh kamu dapat kesan daripadanya. Tambahan dari itu, kanak kanak autism menunjukkan sistem imun yang lambat untuk matang”, kata Dr Judy Van de Water, seorang immunologist yang bekerja di Pessah UC.

Hanna Poling kini (2008) sedang berjuang dengan kesan autism dan juga sawan. 

“Kes anak saya menimbulkan lebih banyak pertanyaan daripada jawapan”, kata ayah Hannah De Jon Poling, seorang Neurologist yang juga ada PhD Biophysics.