Lebih 20 'doktor Facebook' dikesan sebar dakyah
Itulah tajuk berita harian yang ditulis selepas Dr Amirul Amzar salah memberi fakta tentang Polio dan di'kantolkan' oleh pihak kami. Cerita penuh di sini (klik)
Screenshot tentang fakta yang salah disebarkan kepada seluruh follower beliau (klik digambar untuk cerita penuh)
Tidak mengaku dan tidak membetulkan fakta yang songsang, tetapi mengeluarkan kenyataan di suratkhabar (online & offline) dengan mengatakan golongan yang digelar 'doktor Facebook' adalah penghasut dan memfitnah mufti, adalah tindakan yang menjengkelkan dan tidak profesional oleh seorang yang bertaraf doktor.
Group yang dikatakan mempunyai 40000 ahli itu adalah Group Masyarakat Kena Tahu, yang banyak membincangkan isu kesihatan dan mendedahkan penipuan fakta. Kalau tidak benar apa yang dikatakan, balas secara profesional dengan fakta bukan membuat spekulasi seperti yang dipamerkan di surat khabar dibawah.