Facebook Page 'Public Health Malaysia' sebelum ini telah mengeluarkan satu poster bertajuk 'Ibu Bapa Tolak Rawatan Boleh Didakwa' dan mengatakan di dalam poster tersebut bahawa:
2. Hak penjagaan anak boleh diambil untuk sementara.
3. Atau penglibatan pihak polis dan JKM untuk memastikan anak dirawat.
Poster ini telah diviralkan dan dijadikan bahan untuk menakut-nakutkan golongan yang menolak vaksin, juga yang menolak prosedur/rawatan di hospital.
------------------------
PERSOALANNYA, benarkah dakwaan ini?
JOM KITA SEMAK FAKTA
Seksyen yang dikaitkan oleh pihak yang menyokong poster ini antaranya adalah Seksyen 21,24,31.
Kesemua seksyen ini terletak dalam Bahagian V (Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan), Akta Kanak-kanak 2001.
Pertama sekali yang kita perlu tahu dan faham, mana-mana seksyen di dalam mana-mana Akta tidak boleh dipetik dan ditepek secara sesuka hati, tanpa mengikut KONTEKS Seksyen berkaitan.
Mana-mana seksyen perlu dibaca dari awal mengikut konteks huraian setiap Bab dalam Akta berkaitan, untuk benar-benar memahami mengapa Akta berkait diwujudkan (INTENTION OF LEGISLATOR). Jika tidak, akan berlaku PEMAHAMAN YANG MENYIMPANG DAN MENYELEWENG dari maksud asal dan maksud sebenar Seksyen itu diwujudkan.
Oleh kerana isu berkaitan poster tersebut terletak dalam dalam Bab V (Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan) sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, maka kita perlu membaca Bahagian V Akta tersebut yang bermula dengan Bab 1 (Am), Seksyen 17 dan seterusnya.
Seksyen 17 mula menghuraikan 'Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan'. Seksyen 17(1)(f) paling relevan dengan poster berbunyi:
Seksyen 17. (1) Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika - kanak-kanak perlu diperiksa, disiasat atau dirawat-
17(f)(i) bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya; dan,
17(f)(ii) ibu atau bapa atau penjaganya abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian.
Berdasarkan Seksyen 17(f) di atas;
1. Seperti kita semua sedia maklum, vaksin adalah hanya satu usaha PENCEGAHAN, dan tidak termasuk dalam mana-mana kategori seperti yang disebut oleh Seksyen 17(f) iaitu untuk 'diperiksa', 'disiasat', mahupun 'dirawat'.
Oleh itu, Akta ini langsung tidak berkait dan terpakai ke atas ibubapa yang menolak vaksin. Usaha menakut-nakutkan golongan yang menolak vaksin dengan Akta ini adalah satu tindakan yang tidak bermaruah dan menyeleweng.
2. Manakala untuk menggunapakai Akta ini dalam kes menolak rawatan perubatan di hospital, banyak perkara lain perlu ada PEMBUKTIAN dipihak yang ingin mengambil tindakan. Antaranya, mereka perlu membuktikan;
a- Bukti rawatan di hospital itu SATU-SATUNYA cara bagi merawat, memulihkan dan memelihara penyakit anak tersebut
b- Bukti bahawa ibubapa tersebut tidak ada atau menolak SEBARANG USAHA melalui SEBARANG KAEDAH untuk merawat anak mereka
c- Bukti bahawa ibubapa SECARA CUAI, mengabaikan terus dan enggan membenarkan sebarang pemeriksaan/siasatan/rawatan ke atas anak mereka dengan segala kaedah rawatan yang wujud di semua tempat.
d- Pihak JKM memerlukan PERINTAH MAHKAMAH untuk menggunapakai Akta ini dan tidak boleh sewenang-wenangnya datang memaksa atau mengugut mana-mana ibubapa menurut kehendak pihak hospital
Kita berikan satu CONTOH SENARIO:
Seorang ibu yang menolak pihak hospital mengambil darah bayi beliau untuk memeriksa tahap Kuning, tidak boleh sewenang-wenangnya dipalitkan dengan Akta ini, kerana;
- Selain merawat Kuning dengan kaedah biasa di hospital iaitu meletakkan bayi di bawah lampu biru, terdapat kaedah komplementeri yang lain yang berkesan malah sebahagiannya diiktiraf sendiri oleh pihak KKM. Antara rawatan alternatif termasuk rawatan tradisional Melayu, ayurveda, herba China (sensei), homeopathy, naturopathy, orthomolecular dan sebagainya. Ibu tersebut mungkin memilih cara lain dan pihak hospital mempunyai BEBAN PEMBUKTIAN bahawa ibu tersebut menolak kesemua kaedah yang ada.
- Kaedah mengambil darah yang melibatkan cucukan jarum terhadap bayi hanyalah salah satu kaedah untuk memeriksa tahap Kuning, sedangkan pada zaman kini, pemeriksaan tahap Kuning bayi boleh dilakukan menggunakan alat yang lebih moden, canggih, mudah, pantas dan tidak menyakitkan bayi (tanpa jarum). Ibu tersebut boleh sahaja memilih mana2 antara kaedah yang ada. Jika pihak hospital masih mahu mempalitkan beliau dengan dakwaan, mereka WAJIB MEMBUKTIKAN ibu tersebut memang tidak melakukan sebarang usaha memeriksa/merawat anak beliau dengan SEBARANG KAEDAH, bukannya sewenang-wenangnya MENYALAHGUNAKAN PIHAK JKM DAN POLIS demi menakut-nakutkan ibu tersebut. Ini adalah satu tindakan tak bermaruah, tidak profesional dan amat MEMALUKAN profesyen perubatan!!
Akhir sekali, kita perlu fikir, bila kita cuba ditakut-takutkan dengan tindakan kekerasan, kita boleh semak semula adakah mereka yang cuba mempraktikkan kekerasan ini sebenarnya benar-benar tahu apa yang mereka katakan, ataupun semata-mata FEAR-MONGERING dan SCARE TACTICS demi memastikan kita menurut kehendak mereka.
Adakah apa yang mereka katakan itu benar atau semata-mata cubaan menyalahgunakan undang-undang untuk menunjukkan kekuasaan semata-mata.
Adakah mereka ini bertindak benar-benar demi kesihatan sejati, atau hanya ingin membesar-besarkan bidang tertentu seperti Alopathy semata-mata, seolah-olah KESIHATAN ITU MILIK MEREKA, dan sesiapa yang tidak menurut cara mereka, dianggap memilih PENYAKIT DAN MAUT.
Begitu sekalikah pemikiran mereka? Jika iya, maka jelaslah pemikiran dan mentaliti sebegini sangat sempit dan tertutup, dan langsung tidak menghormati dan menghargai bidang ilmu perubatan lain yang tidak kurang berkesan merawat sebarang penyakit! Ini merupakan satu sikap yang amat MENJENGKELKAN dan tidak mencerminkan adab yang murni.
https://masyarakatkenatahu.blogspot.com/2020/01/ibubapa-tolak-rawatan-boleh-didakwa.html?m=1