Vitamin K adalah bahan yang diperlukan oleh badan kita untuk membekukan darah dan untuk menghentikan pendarahan.
Vitamin K boleh didapati daripada makanan yang kita makan.
Sesetengah vitamin K juga dibuat oleh bakteria yang baik yang hidup di dalam usus kita.
Menurut CDC, US (Centers for Disease Control & Prevention):
a) Bayi dilahirkan dengan jumlah vitamin K yang sangat kecil yang disimpan di dalam badan mereka.
b) Pendarahan akibat kekurangan vitamin K atau VKDB (Vitamin K Deficiency Bleeding) berlaku apabila bayi tidak dapat menghentikan pendarahan kerana darah mereka tidak mempunyai Vitamin K yang cukup untuk membekukan darah.
c) Pendarahan boleh berlaku di mana-mana di dalam atau di luar tubuh. Apabila pendarahan berlaku di dalam badan, ia sukar untuk kelihatan.
d)
Lazimnya, bayi dengan VKDB akan berdarah ke dalam ususnya, atau ke otak, yang boleh mengakibatkan kerosakan otak dan juga kematian.
e) Bayi yang tidak menerima suntikan vitamin K semasa lahir boleh mendapat VKDB pada bila-bila masa sehingga 6 bulan.
f) Semua bayi, tanpa mengira sek/kaum/latar belakang etnik, berisiko tinggi untuk VKDB sehingga mereka mula makan makanan, biasanya pada usia 4-6 bulan, dan sehingga bakteria usus normal mula membuat vitamin K.
g) Ini kerana:
- Semasa lahir, bayi hanya ada sedikit vitamin K yang disimpan di dalam tubuh mereka yang sampai kepada mereka melalui plasenta dari ibu mereka.
- Bakteria baik yang menghasilkan vitamin K tidak terdapat di dalam usus yang baru lahir.
- Susu ibu mengandungi jumlah vitamin K yang rendah, jadi bayi yang disusui secara eksklusif tidak mendapat cukup vitamin K dari susu ibu, sahaja.
h) Risiko mendapat VKDB menjadi semakin lebih tinggi jika bayi disusui dengan susu ibu secara eksklusif.
i) Cadangan CDC ialah cucuk Vitamin K sebaik sahaja bayi lahir sehingga 6 jam selepas kelahiran.
PERSOALANNYA:
1. Sebagai seorang yang meyakini manusia adalah sebaik-baik kejadian dan Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat HambaNya, mengapakah kita rasakan ada kekurangan pada sifat fitrah vitamin K yang dianugerahkan Allah kepada bayi baru lahir, iaitu kononnya Vitamin K hadir dalam kuantiti yang kecil maka tidak mencukupi untuk mereka terus hidup dengan sihat.
Adakah kita anggap Allah tidak mengetahui kuantiti terbaik yang perlu ada pada setiap bayi baru lahir? Jika kita seorang beriman, pasti kita yakin Allah jadikan sesuatu itu sikit atau banyak ada sebabnya kerana hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk makhluqNya. Maklumat dari CDC tentang kononnya ada ketidakcukupan vitamin K pada tubuh semua bayi adalah sesuatu yang mampu memesongkan aqidah umat Islam.
2. Selain itu, CDC juga menganggap bayi yang menyusu dengan susu ibu sepenuhnya punya risikio yang semakin tinggi untuk mendapat VKDB seolah-olah susu ibu itu sendiri ada kekurangan dan tidak sempurna/lengkap. Bukankah itu juga tidak selari dengan Sunnah Rasulullah di mana baginda SAW mendapat susu ibu dan bertentangan dengan ajaran Al Quran yang menekankan kepentingan susu ibu sekaligus dan secara tidak langsung menunjukkan kehebatan susu ibu itu sendiri.
FAKTA:
1. Pada insert suntikan vitamin K , telah dinyatakan amaran pada perenggan pertama serta kesan sampingan tentang kesan penggunaan suntikan Vitamin K ini. Adakah kita sanggup mendedahkan bayi kita yang baru lahir terhadap segala komplikasi-komplikasi di bawah ini semata-mata ketidakyakinan kita tentang kecukupan jumlah Vitamin K yang dihadirkan dalam tubuh mereka?.
a) Amaran tersebut berbunyi: “Reaksi yang teruk, termasuk kematian, telah berlaku semasa dan sejurus selepas pemberian suntikan KISAN (Phytomenadione) melalui laluan parenteral (berlaku di tempat lain di dalam badan selain mulut dan saluran pencernaan).
Biasanya tindakbalas teruk ini menyerupai hipersensitiviti atau anafilaksis, termasuk kejutan dan jantung dan/atau nafas berhenti/tidak efektif.
Sesetengah pesakit telah mempamerkan tindakbalas yang teruk ini apabila menerima suntikan KISAN untuk kali pertama. Majoriti kejadian yang dilaporkan berlaku selepas pemberian suntikan melalui laluan intravena, walaupun tindakan pencegahan telah diambil untuk mencairkan suntikan KISAN dan untuk mengelakkan infus yang cepat.
Jenis² suntikan Vitamin K |
Oleh itu, laluan intravena (IV) perlu dihadkan kepada situasi di mana laluan lain tidak boleh dilaksanakan dan peningkatan risiko yang terlibat dianggap wajar. Apabila suntikan IV yang lambat diberikan, kadar tidak boleh melebihi 1mg / min.”
Erythema |
2) Selain amaran dan kesan sampingan, vaksin insert juga ada nyatakan kontraindikasinya iaitu siapa yang tidak boleh mengambil suntikan Vitamin K ini: “Ampoules Vitamin K1 tidak boleh digunakan untuk pesakit yang diisytihar diatesis alahan atau dengan sejarah yang diketahui tindakbalas hipersensitiviti yang teruk kepada agen-agen yang mengandungi Cremophor® EL atau derivatifnya seperti minyak kastor polyoxyethylated castor.”
Persoalannya, bagaimana boleh kita tahu tentang samada bayi baru lahir kita ada mana-mana situasi di atas contohnya diatesis alahan sedangkan rata-rata pihak petugas dan premis kesihatan tidak mengamalkan sebarang ujian atau pemeriksaan saringan bagi tujuan tersebut. Bayi dicucuk Vitamin K sejurus kelahiran. Adakah kita rela anak kita menjadi ‘tikus makmal’?
3) Suntikan Vitamin K bukanlah dalam bentuk semulajadi, tetapi hanyalah Vitamin K sintetik, dengan nama generiknya phytonadione. Vitamin K sintetik patut dielakkan kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan dalam badan dan kesan yang tidak diingini. Oleh kerana hati bayi yang baru lahir masih belum mula berfungsi sehingga sekitar hari ke 3-4, ia tiada kemampuan untuk mendetoks (menyingkirkan toksik) dos Vitamin K sintetik dan semua bahan merbahaya dalam vaksin lain semasa lahir (termasuk BCG dan Hepatitis B).
#SuntikanVitaminK
Sumber:
1. https://www.cdc.gov/ncbddd/vitamink/facts.html
2. Insert KISAN Injection 1mg/ml, Duopharma, Malaysia
https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/attachment/17051/pharma/232888/V_11452_20171106_002948_D3.pdf
No comments:
Post a Comment