VAKSIN DAN BERPANTANG TIADA KAITAN LANGSUNG? ADAKAH SAKIT URAT HANYA DISEBABKAN BAKTERIA TETANUS??
Doktor Imelda Balchin yang kini bekerja di KPJ Damansara Specialist Hospital mengatakan di status facebook beliau zaman sekarang tidak perlu berpantang untuk mengelak sakit urat kalau sudah mengambil vaksin tetatus (ATT Vaccine). Manakala antivaksin perlu pantang kerana tidak mengambil vaksin tersebut dan hidup seperti orang zaman purba.
Adakah ini benar atau menyimpang sama sekali? Semua yang dah ambil vaksin memang sudah tidak perlu lagi berpantang lagi dan terjamin tidak akan sakit urat? Bagaimana dengan pendarahan, demam, post partum depression (PPD) dan sebagainya?
APA ITU TETANUS?
Tetanus adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Clostridium tetani. Apabila bakteria menyerang badan, ia menghasilkan racun (toksin) yang menyebabkan kontraksi otot yang menyakitkan.
Satu lagi nama tetanus ialah 'lockjaw atau kancing gigi. Ia sering menyebabkan leher dan otot rahang seseorang terkunci, menjadikannya sukar untuk membuka mulut atau menelan.
Bakteria tetani ini biasanya terdapat di dalam tanah/habuk/bajamasuk ke dalam badan jika kulit terdedah (luka), ia boleh juga dijangkiti bakteria dari besi2 yang berkarat, jarum suntikan yg tidak disteril dan sebagainya.
Baca lebih lanjut mengenai vaksin tetanus di sini (Vaksin ATT/TT)
Apa pula fungsi berpantang? Pasti semua tahu akan kepentingan ini terutamanya ibu2 yang mengalami kesakitan akibat tidak berpantang dengan betul.
Vaksin ATT telah dibuktikan bahaya, salah satu kes AEFI ialah kes adik Muhaimin yang mendapat pampasan RM1.8 juta kerana lumpuh selepas mengambil vaksin ATT, cerita lanjut di sini (KES MUHAIMIN)
Dan jika benar vaksin ATT lebih membawa kebaikan daripada keburukan (AEFI), vaksin ini tidak perlu untuk wanita mengandung sahaja, malah untuk semua peringkat umur termasuk warga emas, Tiada kena mengena dengan keperluan vaksin ini untuk ibu2 berpantang.