CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label AEFI. Show all posts
Showing posts with label AEFI. Show all posts

Monday, January 13, 2020

Dapat Jangkitan Ala² Influenza Antara Kesan Sampingan Vaksin Influenza!!


KESAN SAMPINGAN VAKSIN INFLUENZA JENAMA FLUQUADRI (KELUARAN SANOFI-PASTEUR, US)

⛔ pain (sakit)
⛔ tenderness (Rasa sakit pada bahagian tubuh apabila disentuh)
⛔ erythema (Keradangan kulit yang ditandai dengan nodul merah dan keadaan nyeri, pada kawasan tulang kering, muka dan tangan.)
⛔ swelling (bengkak)
⛔ irritability (keteriritasian/kerengsaan)
⛔ abnormal crying (menangis secara tidak normal)
⛔ malaise ( Rasa tidak sedap badan, lemah yang biasanya dialami sebelum penyakit yang lebih teruk)
⛔ drowsiness (mengantuk dan lesu)
⛔ appetite loss (hilang selera makan)
⛔ myalgia ( Nyeri pada otot atau reumatisme otot)
⛔ vomiting (muntah-muntah)
⛔ fever (demam)
⛔ headache (sakit kepala)
⛔ croup (Penyakit kanak-kanak yang dicirikan oleh batuk bak menyalak, pernafasan sukar, spasma larinks dan kadang kala pembentukan selaput yang disebabkan oleh alergi, jangkitan, atau benda asing)
⛔ febrile seizure (demam sawan)
⛔ death (kematian)(a drowning 43 days post-vaccination)

Tiada data dikumpulkan selepas pemasaran (post-marketing). Namun, kesan sampingan di bawah ini telah dilaporkan oleh pengguna untuk vaksin brand Fluzone dari Syarikat yang sama, dan ada kemungkinan untuk berlaku kepada penerima vaksin Fluquadri.

Blood and Lymphatic System Disorders: Thrombocytopenia,
lymphadenopathy

Immune System Disorders:
Anaphylaxis, other allergic/hypersensitivity reactions (including urticaria, angioedema)

Eye Disorders:
Ocular hyperemia

Nervous System Disorders:
Guillain-Barré syndrome (GBS),
convulsions,
febrile convulsions,
myelitis (including encephalomyelitis and transverse myelitis),
facial palsy (Bell’s palsy),
optic neuritis/neuropathy,
brachial neuritis,
syncope (shortly after vaccination),
dizziness,
paresthesia

Vascular Disorders:
Vasculitis,
vasodilation/flushing

Respiratory, Thoracic and Mediastinal Disorders:
Dyspnea,
pharyngitis,
rhinitis,
cough,
wheezing,
throat tightness

Skin and Subcutaneous Tissue Disorders: Stevens-Johnson syndrome

General Disorders and Administration Site Conditions:
Pruritus,
asthenia/fatigue,
pain in extremities,
chest pain

Gastrointestinal Disorders:
Vomiting

Sumber: Insert Vaksin FLUQUADRI


KESAN SAMPINGAN VAKSIN INFLUENZA JENAMA VAXIGRIP-TETRA (KELUARAN SANOFI-PASTEUR, FRANCE)

🚫Blood  and lymphatic system disorders ☑Lymphadenopathy ( Penyakit pada nodus limfa)
☑Thrombocytopaenia (Keadaan apabila platelet berkurangan di dalam darah)

🚫Immune system disorders
Hypersensitivity,  allergic reactions such as
☑erythema (Kemerahan kulit akibat pengembangan kapilari darah)
☑urticaria (Ruam gatal yang timbul akibat tindak balas alahan)
☑pruritus (Gatal yang teruk, mungkin disebabkan oleh alergi ataupun faktor-faktor emosi)
☑pruritus generalised,
☑dermatitis allergic (Penyakit yang dicirikan oleh keradangan kulit disebabkan alergi)
☑angioedema (Alergi teruk, bercirikan kebengkakan dan gatal pada kulit dan membran mukus)

🚫Nervous system disorders
☑Headache (Kesakitan yang dirasai pada bahagian kepala)
☑Dizziness ( Rasa tidak stabil kerana gangguan pergerakan yang dirasakan di dalam kepala)
☑Somnolence (Keadaan seseorang yang khayal dan hampir lena akibat kecederaan otak atau pengambilan ubat tertentu), paraesthesia

🚫Vascular disorders
☑Hot flush (Rasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus)

🚫Respiratory, thoracic and mediastinal disorders
☑Dyspnoea (Respirasi atau pernafasan yang sukar)

🚫Gastrointestinal disorders
☑Diarrhoea (cirit-birit)
☑nausea (Rasa mual atau loya yang boleh menyebabkan muntah)
☑vomiting (muntah)
☑abdominal pain upper (Sakit pada bahagian abdomen; sakit perut)

🚫Skin and subcutaneous system disorders
☑Hyperhidrosis (Perpeluhan yang berlebih-lebihan disebabkan oleh penyakit atau penggunaan ubat tertentu)

🚫Musculoskeletal and connective tissue disorders
☑Myalgia (Nyeri pada otot atau reumatisme otot)
☑Arthralgia (Rasa sakit pada sendi)

🚫General disorders and administration site conditions
☑Malaise (Rasa tidak sedap badan yang biasanya dialami sebelum penyakit yang lebih teruk)
☑Injection site pain
☑Shivering (Menggigil)
☑fever (demam)
☑Injection site erythema,
☑injection site swelling,
☑injection site induration (Pengerasan abnormal tisu atau organ yang abnormal)
☑Fatigue (lesu, Kehilangan daya untuk bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan)
☑Injection site ecchymosis (Bintik perdarahan yang kecil, tetapi lebih besar daripada petekia yang kelihatan pada kulit)
☑injection site pruritus (Gatal yang teruk)
☑injection site warmth
☑Asthenia (Keadaan hilangnya tenaga dan kekuatan yang tidak normal)
☑flu-like illness (Sakit seolah Influenza)
☑Injection site discomfort

🚫Psychiatric disorders
☑Moaning (teriakan yang perlahan, berterusan dan sedih, biasanya menunjukkan kesedihan atau kesakitan)
☑restlessness (keresahan)

TIADA DATA DIKUMPULKAN SELEPAS PEMASARAN (POST MARKETING). NAMUN KESAN SAMPINGAN DI BAWAH INI TELAH DILAPORKAN OLEH PENGGUNA VAKSIN VAXIGRIP KELUARAN SYARIKAT YANG SAMA, DAN ADA KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU KEPADA PENERIMA VAKSIN VAXIGRIP-TETRA.

 Immune system disorders
Severe allergic reactions: shock
Allergic reactions: rash, generalised erythema

 Nervous system disorders
Guillain-Barre Syndrome (GBS), neuritis, neuralgia, convulsions, encephalomyelitis

 Vascular disorders
Vasculitis, such as Henoch-Schonlein purpura, with transient renal involvement in certain cases.

Sumber: Insert Vaksin Vaxigrip-Tetra






Wednesday, December 25, 2019

AUTISM SELEPAS VAKSIN!! Dr Andrew Wakefield Bohong Dalam Kajian??

[ REBUTTAL #5 ]
BENARKAH DR. ANDREW WAKEFIELD BOHONG?


Di minit ke 12.53 – 13.33, Doktor Pakar Perunding Pediatrik berhujah tentang Dr. Andrew Wakefield dalam Rancangan Analisis di TV Al Hijrah pada Februari 2019 bertajuk “Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan”:

Kata beliau:
"Ini penting ya. Diperingatkan pada kita oleh sarjana Islam, Ibnu Sina lebih kurang 1000 tahun yang lalu.. mengatakan ada 7 prinsip di dalam kajian. 
Dan 1 daripada prinsipnya ialah Reproducibility. Maknanya kalau Andrew Wakefield kata MMR ada kaitan dgn Autisme, maknanya orang lain patut boleh buat kajian yg sama dan menunjukkan kaitannya. (Namun) tidak ada satu(pun kajian di dalam dunia ini menunjukkan apa yang dikatakan oleh Wakefield. Maknanya ia merupakan satu pembohongan."

Benarkah apa yang didakwa Doktor Pakar tersebut?

DR. WAKEFIELD TIDAK MENDAKWA MMR MENYEBABKAN AUTISME!!

Kertas penerbitan Dr. Wakefield pada 1998 yang terkait dengan tuduhan (kononnya) penipuan adalah berdasarkan pemerhatian (observation), dan bukannya satu kajian.

Beliau membuat pemerhatian terhadap 12 kanak-kanak atas permintaan beberapa ibubapa mereka.

Kanak-kanak ini, menurut ibubapa mereka, telah merosot perkembangan mereka (regres) sebaik menerima vaksin MMR (campak-beguk-rubella).

Dr. Wakefield dan rakan-rakan beliau tidak mendakwa vaksin yang menyebabkan autisme.

Mereka hanya menyampaikan apa yang dilaporkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu, yang mana kedua-dua masalah autisme dan usus bermula sejurus selepas anak-anak mereka menerima vaksin.

Ia akan menjadi penipuan dan tidak beretika jika tidak melaporkannya dalam kertas penerbitan mereka.

Dr. Wakefield dan rakan-rakan beliau menyimpulkan bahawa MMR penyebab masalah usus dan MUNGKIN menyumbang kepada gejala/symptom autisme, namun, "lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan."

Beliau telah menyatakan KEMUNGKINAN perkaitan (causal link) antara (i) vaksin MMR, (ii) penyakit sistem perut-usus (gastrointestinal), (iii) autisme dan (iv) kewujudan virus campak (measles) di dalam usus, berdasarkan pemerhatian beliau pada 12 kanak-kanak tersebut.

Berikutan itu, beliau mencadangkan secara terbuka kepada awam ketika disoal wartawan untuk pengambilan vaksin campak dlm dos tunggal berbanding dos kombinasi seperti MMR iaitu vaksin 3 dalam 1. Dengan kata lain, beliau juga bukan seorang antivaksin, malah beliau sendiri menvaksin penuh anak-anak beliau.

Di pautan INI kita dapat dengar penjelasan Dr Wakefield sendiri.

BENARKAH TIADA SATU PUN KAJIAN DI DUNIA INI TUNJUKKAN PERKAITAN VAKSIN DAN AUTISME, SEPERTI DIDAKWA PAKAR KANAK-KANAK TERSEBUT DALAM TV AL HIJRAH?

Seorang saintis senior dan ulung di CDC, US (Centers for Disease Control and Prevention), William Thompson, membuat pengakuan secara terbuka bahawa CDC melakukan penipuan saintifik dengan tidak memasukkan data ujian klinikal tertentu untuk mengaburkan perkaitan yang ada di antara vaksin dan autisme.

W. Thompson menyerahkan 1,000 dokumen kepada Senator Bill Posey pada September 2014 yang menunjukkan bahawa CDC telah membohong, memusnahkan, dan memanipulasi data yang membuktikan vaksin MMR telah dan boleh menyebabkan autisme.

Beliau mendedahkan bagaimana beliau dan rakan-rakan CDC disuruh untuk jangan dedahkan hal ini kepada awam, dan bagaimana mereka bersama-sama memusnahkan dokumen bukti tersebut. Ini adalah salah satu berita perubatan yang paling disembunyikan pada tahun 2014, dan penutupan jenayah CDC selama lebih 12 tahun .

Robert F. Kennedy Jr. pula ada mendedahkan bahawa FOIA CDC ada membiayai kajian vaksinasi dan rekod kesihatan sebanyak 440,000 kanak-kanak

Dari kajian itu, didapati kanak-kanak yang menerima vaksin Hepatitis B yang mengandungi thimerosal pada 60 hari pertama kehidupan mereka mempunyai 1100% peningkatan risiko autisme, berbanding mereka yang tidak terima vaksin tersebut . FOIA mengakui bahawa pada tahun 2001 mereka sudahpun mengetahui perkaitan vaksin-autisme.

Program Pampasan Kecederaan Vaksin Persekutuan di US (VCIP), yang lebih dikenali sebagai mahkamah vaksin pula memberikan berjuta-juta dolar kepada kanak-kanak yang menjadi autisme selepas vaksin, untuk kesakitan, penderitaan dan penjagaan sepanjang hayat kecederaan mereka, seperti dalam kes adik Hannah Poling .

Mahkamah dan kerajaan US mengakui bahawa vaksin menyebabkan encephalopathy (brain damage/malfunction/disease atau sebarang penyakit degeneratif otak), yang menyebabkan kecederaan kekal, termasuk gejala autisme dan akhirnya didiagnosis sebagai autisme.

Encephalopathy adalah kesan sampingan buruk vaksin yang jelas tertulis dalam hampir kesemua vaksin insert.

Sudah sangat banyak kajian saintifik yang diterbitkan di seluruh dunia membuktikan perkaitan kandungan vaksin atau vaksin itu sendiri dengan autisme, sekaligus membenarkan isu yang bangkit dari hasil pemerhatian Dr. Wakefield dan rakan-rakan beliau.

Thomas et al. (1999) mendapati pendedahan yang tinggi kepada thiomersal dalam vaksin pada 1 bulan pertama kelahiran telah meningkatkan risiko kemerosotan perkembangan neurologi termasuk autisme.

Mawson et al. (2017) menyimpulkan dari kajian mereka bahawa kanak-kanak yang diberi vaksin mempunyai kadar yang lebih tinggi terhadap alahan dan gangguan neurodevelopmental termasuk autisme berbanding kanak-kanak yang tidak divaksin . Kajian mereka meliputi kanak-kanak yang di bersekolah di rumah (homeschool).

Tomljonevic dan Shaw (2011) dalam kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak dari negara yang tinggi kadar autisme punyai pendedahan yang tinggi terhadap aluminium dari vaksin, dan peningkatan pendedahan terhadap aluminium di US berkait rapat dengan peningkatan kadar autism di sana selama dua dekad yang lalu .

Pada 2017, Moris, Puri dan Frye, mencadangkan di dalam jurnal Metabolic Brain Disease supaya garam aluminium tidak lagi digunakan dalam vaksin kerana ia merupakan salah satu punca Autism .

Pada tahun yang sama, sekumpulan pengkaji dari Canada telah melaporkan hasil kajian mereka yang menunjukkan perkaitan sangat rapat antara autisme dan kecenderungan terhadap autoimuniti dan pengaktifan imun/keradangan. Bukankah fungsi vaksin adalah untuk mengaktifkan imun dan antara kesan sampingan yang tersenarai dalam kebanyakan insert vaksin adalah keradangan.

Dan banyak lagi kajian lain yang mengaitkan vaksin dan autisme samada secara langsung atau tidak.

Di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=j3IMSUApeW4 ibu bapa dan profesional perubatan memberi keterangan pada kerajaan mereka bahawa vaksin merosakkan kanak-kanak secara neurologis (kerosakan otak yang disebabkan oleh vaksin / autisme) dan juga membunuh kanak-kanak.


Hakikatnya Dr. Wakefield adalah mangsa kempen memburuk-burukkan seseorang secara besar-besaran. 

Semuanya kerana beliau menemui sesuatu yang akan mengubah persepsi dunia terhadap vaksin.

Kerana apabila tersebar bahawa vaksin menyumbang kepada masalah gastrointestinal yang dilihat pada kanak-kanak autisme, program vaksinasi menjadi sukar untuk mendapat sambutan ramai. FIKIR-FIKIRKAN............


Soalan penutup: Jadi, anda dah jumpa siapa pembohong sebenar? 

Rujukan:
1. http://www.orlandosentinel.com/…/os-us-rep-bill-posey-looki…
2. https://sharylattkisson.com/cdc-scientist-we-scheduled-mee…/ /
3. https://www.youtube.com/watch?v=XIRXxEYnkxA
4. https://youtu.be/2iqzLAJGTZ4
5. http://www.cbsnews.com/…/family-to-receive-15m-plus-in-fir…/
6. Mawson et al. (2017). Pilot comparative study on the health of vaccinated and unvaccinated 6- to 12-year old US children. Journal of Translation Science, 3 (April 24). https://www.oatext.com/Pilot-comparative-study-on-the-healt…
7. Tomljonevic & Shaw (2011). Do aluminium vaccine adjuvants contribute to the rising prevalence of autism?. J Inorg Bichem, 105(11), 1489-99
8. Morris et al. (2017). The putative role of environmental aluminium in the development of chronic neuropathology in adults and children. How strong is the evidence and what could be the mechanisms involved?. Metabolic Brain Disease, 32(5), 1335-1355. https://link.springer.com/article/10.1007/s11011-017-0077-2

- ADMIN TOSS (Aunty N) -

Sunday, December 22, 2019

Anak Bekas Peguam Alami Kesan Sampingan Selepas Vaksin


Harian Metro. Rabu. 27 Feb 2019.

“SAYA tidak menolak, anti atau benci vaksin, itu tidak betul, tetapi saya mengkaji apa baik dan buruk serta tidak percaya satu-satunya kaedah pencegahan adalah melalui vaksin.

“Adakah kita mengehadkan kaedah dan itu saja pilihan yang ada hingga tiada pilihan lain. Rata-rata ibu bapa no choice ini minta satu sistem telus dan selamat sedangkan undang-undang dan garis panduan sudah ada, tetapi tidak diterangkan baik dan buruk untuk kami buat keputusan.”

Demikian alasan diberikan seorang ibu yang dikenali sebagai Nur Azizah, 40-an, menolak suntikan vaksin buat dua anaknya.

Bekas peguam itu berkata, anak keduanya menerima suntikan DTaP-IPV//Hib iaitu vaksin difteria yang terkandung lima serangkai bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B ketika berusia lima bulan.

“Bagaimanapun, kesihatan anak saya merosot iaitu demam dan batuk teruk selama dua bulan kesan daripada suntikan vaksin itu.

“Kita sudah ada garis panduan yang mana meletakkan satu duty of care petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu satu doktor dan jururawat untuk menceritakan apa kesan advers selepas imunisasi.

“Memang petugas kesihatan buat publisiti berbentuk poster dan sebagainya, tetapi rata-rata ibu bapa termasuk saya tidak pernah tengok apa kesan advers dan analoginya kalau kita dapat rawatan di mana-mana hospital, adakah sama ada kita diberi pilihan nak teruskan atau tidak.

“Contohnya rawatan kanser, kita diberi pelbagai pilihan rawatan untuk buat kemoterapi atau radioterapi atau pesakit boleh minta nak makan ubat saja, maksudnya pesakit berhak buat keputusan,” katanya.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak bawah 18 tahun ia tertakluk kepada pilihan di tangan ibu bapa.

“Selepas anak saya demam dan batuk teruk selama dua bulan sampai doktor menyuruh tukar pengasuh sebab dia pun tidak tahu punca demam.

“Disebabkan itu, saya mula menggali pengetahuan sehingga jumpa satu kumpulan ibu bapa ini yang mengalami kesan advers sama.

“Daripada situ saya rasa ralat kenapa tidak diberitahu, jika diberitahu pun bukanlah kita terus nak hentikan vaksin, tetapi ibu bapa tahu apa nak buat,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya sebelum suntikan, doktor atau jururawat perlu beritahu termasuk memaparkan di publisiti poster mereka apakah kesan advers termasuk demam berpanjangan dan batuk teruk.

“Ini tidak, rata-rata ibu bapa diberitahu kesan selepas mendapat vaksin hanya demam dan bengkak di tempat suntikan, sebenarnya ia lebih daripada itu terutama anak-anak yang berkeadaan lain yang kita tidak tahu.

“Jika diberitahu, ibu bapa akan cakna macam kes anak. Saya bawa balik ke klinik berkenaan dan sepatutnya doktor terus buat laporan ke NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara).

“Disebabkan inilah kita tiada data Pengendalian Kejadian Kesan Advers Berikutan Pelalian (AEFI) yang khusus, tapi sekiranya pendedahan garis panduan vaksin diberitahu kita tahu apa yang nak dibuat.

“Contohnya jika sawan ibu bapa tahu ini AEFI, jadi klinik yang bagi suntikan berkenaan atau doktor bertanggungjawab buat laporan, itu adalah carta aliran yang dibuat dalam garis panduan, tetapi ramai ibu bapa tidak tahu.

“Saya tidak faham kenapa satu dunia boleh ada statistik AEFI, tetapi di Malaysia tiada, mungkin juga kita tiada statistik sebab pendidikan berkenaan tidak sampai kepada ibu bapa, macam mana nak buat laporan,” katanya.

Nur Azizah berkata, anak keduanya demam berpanjangan manakala anak ketiganya mengalami ekzema teruk selepas suntikan vaksin.

“Anak kedua saya demam berpanjangan hingga saya tidak tahu apa yang mahu dilakukan sehinggalah saya berjumpa kumpulan ibu bapa yang mahu saya mencuba rawatan alternatif kerana doktor pun tidak tahu apa yang nak dibuat.


“Saya jumpa homeopati dan cuba buang toksin dalam badan anak saya melalui detoks. Alhamdulillah, rawatan itu membuatkan anak saya okay.

“Ketika berusia tujuh bulan, saya melambatkan vaksin untuknya. Saya tidak tolak vaksin dulu, sebab saya nak kaji dan belajar.

“Banyak input saya dapat daripada doktor dan saintis yang mengkajinya menjadikan saya lebih ngeri, kandungan neurotoksin yang buat saya takut dan ragu-ragu.

“Soal halal haram itu datang kemudian, tetapi kandungan neurotoksin dalam vaksin adakah betul-betul selamat?” katanya.

Vaksin Meningococcal (juga dikenali sebagai Vaksin Umrah/Haji) Jenama MENACTRA

Kelmarin terbaca kat page The Other Side Of The Story - TOSS tentang vaksin jenama Menveo untuk Meningococcal (vaksin Haji/Umrah). Ter-triggered nak tengok vaksin Meningococcal jenama lain pula. Kita follow je template sama mcmana TOSS buat.
===================
[ MENACTRA: VAKSIN MENINGOCOCCAL ]
1. UNTUK APA?
Untuk mengelakkan penyakit meningokokus invasive yang disebabkan oleh strain Nmeningitidis A, C, Y dan W-135. Tidak melindungi strain B.
Berdaftar di Malaysia dan diimport dari Sanofi, US
2. UNTUK SIAPA? BERAPA DOS?
9-23 bulan: 2 dos (jarak 3 bulan)
2-55 tahun: 1 dos
15-55 tahun: 1 dos booster (jarak 4 tahun)
3. ADA BAHAN APA?
Antigen N meningitides serogroup A, C, Y dan W-135, setiap antigen dikonjugated dengan protein diphtheria toksoid (Corynebacterium Diphtheriae diternak di atas casein terhidrolisis), saki-baki formaldehyde, sodium klorida

4. SIAPA YANG TAK BOLEH ATAU TIDAK DIUJI TAHAP KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN PENGAMBILAN MENACTRA?
Hypersensitif iaitu individu yang ada reaksi alergi teruk kepada mana-mana bahan, demam, atau penyakit teruk, pesakit GBS, ada sejarah sensitif atau dapat kesan buruk dari imunisasi , immunocompromised /terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit)
Tiada data untuk menilai kesan Menactra pada bayi menyusu ibu yang mengambil vaksin Menactra atau pada penghasilan/pengeluaran susu (m/s 9)
Keselamatan dan keberkesanan Menactra pada orang yang lebih tua daripada 55 tahun belum dipastikan (m/s 9)
Menactra belum dinilai untuk potensi karsinogenik atau mutagenik, atau untuk penurunan nilai kesuburan lelaki (m/s 10)
Sebelum pemberian Menactra, petugas kesihatan professional perlu memberitahu pesakit, ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa yang bertanggungjawab terhadap manfaat dan risiko yang mungkin kepada pesakit. Mereka juga perlu diarahkan untuk melaporkan apa-apa tindak balas yang disyaki terhadap petugas kesihatan profesional yang kemudiannya patut melaporkan kejadian ini kepada Sanofi Pasteur Inc. (m/s 15)

5. ADAKAH BERKESAN?
Vaksin Menactra tidak melindungi semua penerima vaksin (m/s 3)

6. APA KESAN BURUK/SAMPINGAN VAKSIN MENACTRA?
 Kerengsaan (Irritability)
 Cirit-birit (Diarrhea)
 Mengantuk (Drowsiness)
 Kurang atau hilang selera makan (Anorexia)
 Sakit kepala (Headache)
 Lesu (Fatigue)
 Kemerahan (Redness)
 Demam (Fever)
Gangguan Sistem Imun (Immune System Disorders):
Tindak balas Hipersensitifan (Hypersensitivity reactions) iaitu tindak balas berlebihan sistem imun badan terhadap bendasing sehingga menyebabkan gejala penyakit contohnya:
•anafilaksis/tindak balas anafilaktik (anaphylaxis/anaphylactic reaction)-*akan dihuraikan di bawah sekali,
•berdehit atau bunyi seperti wisel yang boleh didengar apabila saluran pernafasan sempit dan dipenuhi cecari (wheezing),
•sukar bernafas (difficulty breathing),
•bengkak laluan pernafasan bahagian atas (upper airway swelling),
•tindak balas alergi pada kulit yang ditunjuk melalui letusan bintat-bintat merah yang gatal (urticaria),
•kemerahan pada kulit secara bertompok-tompok (erythema),
•gatal yang teruk disebabkan alergi (pruritus),
•tekanan darah rendah (hypotension).
Gangguan Sistem Saraf (Nervous System Disorders):
•Guillain-Barré syndrome (GBS),

•sensasi tidak normal seperti rasa panas, susukan, kebas dan mungkin sakit (paraesthesia),
•vasovagal syncope (boleh menyebabkan pucat, muntah-muntah,perpeluhan, denyutan jantung perlahan dan pengsan),
•kepeningan (dizziness),
•keadaan otot mengecut dan relaks dengan cepat serta berulang-ulang yang mengakibatkan menggeletar yang tidak dapat dikawal (convulsion),
CONVULSION. Menggigil-gigil dan terkejang-kejang.

•hilang keupayaan untuk mengawal pergerakan di muka (facial palsy),
•keradangan otak akut (acute disseminated encephalomyelitis),
•keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang sehingga boleh lumpuh kaki dan lengan (transverse myelitis).
Gangguan Sistem Rangka Otot dan Tisu Konektif (Musculoskeletal and Connective Tissue Disorders): sakit, nyeri dan reumatisme otot (Myalgia).
Gangguan Am dan Kondisi Tapak Suntikan (General Disorders and Administrative Site Conditions):
large injection site reactions,
bengkak yang luas di lengan yang disuntik (extensive swelling of the injected limb (may be associated with erythema, warmth, tenderness or pain at the injection site).

7. APA ITU ANAFILAKSIS (salah satu kesan buruk vaksin MENACTRA)
Suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut. Anafilaksis terjadi apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan yang seseorang itu alah kepadanya yang disebut allergen seperti makanan, ubat-ubatan dan sengatan binatang.
Apabila seseorang itu terdedah kepada allergen akan berlakunya pelepasan bahan kimia yang tertentu secara banyak dan tiba-tiba oleh sistem imun badan. Berbeza dengan reaksi alahan biasa yang hanya menyebabkan kegatalan dan ruam sahaja, anafilaksis berlaku apabila tindak balas ini menyebabkan gejala-gejala yang lebih serius kepada seseorang pesakit.
Gejala Anafilaksis
Gejala-gejala anafilaksis boleh timbul secara tiba-tiba iaitu dalam masa beberapa saat dan minit selepas terdedah kepada sesuatu allergen. Secara umumnya, anafilaksis boleh menyebabkan gejala-gejala kepada sistem tubuh berikut dan biasanya 2 sistem atau lebih terlibat dalam diagnosis anafilaksis:
A. Kulit
•ruam gatal
•kulit kemerahan terutama di bahagian muka (“flushing”)
•pembengkakan di bahagian bawah kulit (“angioedema”) seperti kelopak mata dan bibir
ANGIOEDEMA. Bengkak bawah kulit dan jelas dipermukaan.

B. Saluran pernafasan
•saluran pernafasan akan menyempit dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan pernafasan akan berbunyi bising
•tekak akan membengkak dan ini akan menyebabkan suara menjadi kasar dan terasa seperti ada sesuatu tersangkut di dalam tekak
C. Saluran pencernaan/pemakanan
•muntah-muntah
•cirit-birit
•sakit perut
D. Jantung dan salur darah
•tekanan darah rendah
•degupan jantung menjadi terlalu laju atau terlalu perlahan
E. Sistem saraf pusat
•pening-pening
•sakit kepala
•pengsan/tidak sedarkan diri

Hmm.. patutlah agaknya ramai tak sihat masa buat ibadah Umrah/Haji