CARIAN DALAM BLOG

Showing posts with label BAHAYA VAKSIN. Show all posts
Showing posts with label BAHAYA VAKSIN. Show all posts

Tuesday, November 17, 2020

Vaksin Covid Menggunakan Sel Bayi Yg Digugurkan

SEL PARU-PARU MANUSIA dalam pembuatan Vaksin Covid AstraZeneca

SEL PARU-PARU MANUSIA dalam pembuatan Vaksin Covid AstraZeneca

AstraZeneca tu salah satu nama company yg buat vaksin. Of course bukan dari Malaysia😁

Korang antuvaks ni yg beriya nak ambil vaksin, dah tahu belum nama2 company2 vaksin?

Gambar bawah ni adalah dari kotak vaksin tersebut. Jum kita sama2 belajar doktor google😉

(Selingan: Pelik juga ya org yg kata dpt maklumat drp google ni tak sah, dia pergi ke library ke utk dptkan maklumat vaksin?)

.

1. Boleh google vaccine from AstraZeneca clinical trials (ujikaji). Vaksin dah siap, start ujikaji pd bulan Jun 2020, dijangka siap pd Sep 2021. (Tp KJ kata dia maybe dpt data pd Nov/Dis 2020) dan ada vaksin yg perlukan downpayment utk booking. So beli tanpa siap ujikaji?

2. Baca label tu, bawah perkataan Covid-19 Vaccine ada mention ChAdOx1 recombinant. Okay kita google apa itu ChAdox1. ChAdox1 ni adalah weakened virus (virus yg dilemahkan) yg diubah genetiknya.

3. Mereka menggunakan 2 sel manusia untuk membiakkan virus. Virus perlu dibiakkan so mereka boleh masukkan ke dalam berbillion vaksin, so sel yg sesuai adalah sel manusia, iaitu yg diberi nama MRC-5 dan A549. Sel apa tu? Okay google pula apa itu MRC-5 dan A549.

4. A549 ni adalah sel paru-paru manusia yg dibekukan dan boleh dibeli di internet. Tempat menjual sel2 mcm ni ada dalam website ATTC. Sel ini diambil oleh badan seorang lelaki berumur 58 tahun yg mempunyai penyakit carcinoma (kanser)😱

*Paru2 ini hendaklah diambil dalam keadaan yg hidup, maksudnya bukan diambil drp org yg dah mati. Okay ni org dewasa, dah dpt consent drp empunya badan so takpa lah. Kita tgk apa itu MRC-5 pulak.

5. MRC-5 adalah sel paru-paru janin dalam perut yg berumur 14 minggu. So maksudnya dia keluarkan janin hidup2 untuk dibedah dan diambil paru2nya. Paru2 ini diambil pd tahun 1966. Paru-paru janin ni bukan hanya 1 janin ya, banyak janin digugurkan dgn cara yg sama sehingga jumpa paru2 yg sesuai utk virus dibiakkan, termasuk virus covid.

Semua data ni sy ambil dr website ATTC tempat pembelian sel manusia. 

Kebanyakkan org christian sekalipun mereka ni menolak vaksin kerana isu janin, dalam agama mereka diharamkan abortion (pengguguran). Kita ni Islam mcm mana ya? Cuba makanan kita asalnya diperam dekat paru2 janin tersebut, nak makan tak? Ada rasa najis dan berdosa tak? Kalau tak rasa najis, silakan ambil vaksin.

Siapa sebenarnya yg sokong pembunuhan janin, pengguguran untuk kepentingan diri?

Mesti JAKIM pening kepala menteri suruh bg sijil halal pd vaksin ni kan?

Okay ini baru pasal sel paru-paru manusia yg digunakan. Belum lagi bahan2 lain. Tu next post InshaAllah kita kupas.



#educatebefotevaccinate



Tuesday, January 14, 2020

Vaksin Influenza Tidak Lalui Ujian Klinikal Ke Atas Ibu Mengandung dan Menyusu!!



SELAMATKAH VAKSIN INFLUENZA UNTUK DIAMBIL OLEH IBU MENGANDUNG DAN YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI?

Bila belek-belek Vaksin Inserts 3 jenama vaksin influenza yg berdaftar di Malaysia (iaitu Fluquadri, Vaxigrip-Tetra dan Fluarix-Tetra), semua ketiga-tiga jenama popular vaksin influenza ini secara amnya kata TIDAK ADA DATA atau TIADA KAJIAN dilakukan ke atas ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Contoh:
Vaksin Influenza jenama FLUQUADRI:
".. tidak diketahui samada Fluquadri boleh menyebabkan bahaya atau tidak kepada janin atau samada boleh memberi kesan kepada kemampuan reproduksi (pembiakan/kesuburan)..."
"Tidak diketahui samada Fluquadri dikeluarkan melalui susu ibu. Oleh kerana banyak ubat (drug) yang keluar melalui susu ibu, perlu berhati-hati jika mahu memberi vaksin Fluquadri kepada ibu yang menyusu."



Vaksin Influenza jenama VAXIGRIP-TETRA:
"Tidak ada data berkenaan penggunaan vaksin Vaxigrip-Tetra ke atas ibu mengandung".

Vaksin Influenza jenama FLUARIX TETRA:
"Keselamatan Fluarix-Tetra untuk disuntik kepada ibu mengandung tidak pernah dinilai... Keselamatan Fluarix-Tetra untuk disuntik kepada ibu yang menyusu tidak pernah dinilai. Tidak diketahui samada vaksin Fluarix-Tetra akan keluar melalui susu ibu."

JADI SEKARANG, siapa berani jamin vaksin Influenza selamat disuntik kepada ibu mengandung dan menyusu? 

Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada janin dalam kandungan ibu tersebut? 

Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya ianya mengganggu kesuburan, sistem reproduksi ibu tersebut?

Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya kumuhan vaksin keluar melalui susu ibu tersebut dan membawa mudharat kepada bayinya??

Di sana-sini kita nampak saranan KKM serta staf-staf kesihatan agar ibu mengandung mengambil vaksin Influenza. Kami rasakan ianya satu tindakan sangat tidak bertanggungjawab kerana hal-hal di atas seperti yang dibincangkan tadi tidak dihebah atau dimaklumkan kepada orang awam, apatah lagi kesan-kesan sampingan vaksin Influenza yang jelas tertera di dalam vaksin inserts.

Selain itu, telah diakui melalui DOKUMEN RASMI di mahkamah oleh pihak FDA di US bahawa mereka TIADA REKOD bahawa ujian klinikal pernah dilakukan untuk vaksin Influenza terhadap wanita mengandung. Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh pihak US FDA, apabila sebuah NGO di bawah nama 'Informed Consent Action Network (ICAN)' menghantar saman kepada pihak otoriti di US menuntut sebarang pembuktian bahawa adanya ujian klinikal sebelum vaksin Influenza disarankan kepada ibu mengandung.


Antara perkara HARAM DALAM PERNIAGAAN adalah menipu dan menyembunyikan keburukan sesuatu barangan jualan.

Dua hadith yg mungkin berkaitan antaranya:

1) Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. 
Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? 
Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. 
Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka IA BUKAN DARI AGAMAKU (YANG SEMPURNA).
2) Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan MENGHILANGKAN BARAKAHNYA.

Maka, sebagai orang yang berpegang teguh kepada ajaran agama, hendaklah kita jauhi daripada sebarang bentuk penipuan mahupun penyembunyian maklumat berkenaan kekurangan produk atau servis yang ditawarkan, dalam keghairahan kita mempromosikan dan melariskannya. Wallahu-A'lam.


Tuesday, December 24, 2019

Guna Janin 14 Minggu Yang DIGUGURKAN!!! Antara Bahan 'Resipi' Vaksin. Anda Sanggup Bersekongkol??

GUNA JANIN 14 MINGGU YANG DIGUGURKAN!!! ANTARA BAHAN 'RESIPI' UNTUK BUAT VAKSIN MMR. ANDA SANGGUP BERSEKONGKOL??

Gambar hiasan. Janin berusia 14 minggu dalam kandungan.

APAKAH VAKSIN MMR
Mula-mula sekali, kita bagi jelas yang MEASLES ialah Demam Campak (bukan Chicken Pox), MUMPS ialah Beguk, dan RUBELLA pula ialah Demam Campak German.

VACCINE INSERT, APA TU?
Ia adalah helaian sisipan yang disertakan pada setiap vaksin. Disediakan oleh pihak pembuat vaksin itu sendiri.

Dalam insert tu ada ditulis dengan agak terperinci: 
bahan yang diguna untuk buat vaksin, 
kesan buruk selepas vaksin (adverse effects), 
siapa yang tak boleh ambil vaksin (contraindication), dan macam-macam lagi lah.

Di Malaysia, kita ada sekurang-kurangnya 12 vaksin berdaftar berkaitan dengan 3 jangkitan di atas. Senarai 12 vaksin ni kita dapat dari mana? boleh masuk website NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) iaitu satu badan yang daftarkan mana-mana ubat dan vaksin yang masuk Malaysia.

Daripada 12 vaksin tu, ada 4 syarikat yang buat vaksin kita: MSD (Merck, Sharp & Dohme) US, SII (Serum Institute of India), GSK (Glaxosmithkline Pharmaceutical) Belgium dan PT Biofarma Indonesia.

SENARAI BAHAN RESIPI VAKSIN MMR
Ok, kami dah copy-paste terus bahan vaksin yang tersenarai dalam Vaccine Inserts untuk kesemua 12 vaksin tadi. Boleh lihat 5 jadual di bawah perkongsian ini. Tak tokok tambah mana-mana dan tak kurang. Anda boleh baca dan telek sendiri kesemua 5 jadual tu.

Dan kami cuba ulas dan simpulkan beberapa perkara di sini. Selebihnya akan diulas pada siri-siri akan datang ya, Insya-Allah.

FAKTA: SEMUA VAKSIN BERKAITAN MMR GUNA MEDIUM HUMAN DIPLOID CELLS
UNTUK TERNAK ATAU BIAKKAN VIRUS.

DUA JENIS HUMAN DIPLOID CELLS IAITU WI-38 dan MRC-5
WI-38 (Wistar Institute) adalah fibroblast yang diperolehi daripada tisu paru-paru fetus perempuan bangsa Caucasian yang digugurkan pada usia 3 bulan pada Julai 1962.

MRC-5 (Medical Research Council) pula? Ia adalah fibroblast yang diperolehi daripada tisu paru-paru bayi lelaki Caucasian berumur 14 minggu yang digugurkan. Pengguguran dilakukan pada September 1966 atas faktor psikiatri oleh oleh wanita berumur 27 tahun yang sihat fizikal.

Ada vaksin yang guna sel WI-38 (contohnya, seperti vaksin jenis MMRII) dan ada yang guna sel MRC-5 (seperti vaksin jenis PRIORIX).

WARASKAH KITA?
Eh, apa? Biar benar ni? Ya, guna janin sihat yang digugurkan, dilapah untuk dapatkan organ dalaman untuk diambil tisunya. ALLAHU.

Jika kita seorang yang punya sifat insani, tergamak tak kita bayangkan senario ini. Di mana kita tanpa sikitpun rasa bersalah, ambil nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa, kononnya untuk selamatkan bayi-bayi lain.

Kita letak kepercayaan pada sesebuah organisasi atau sekumpulan manusia, yang kononnya mahu selamatkan manusia sejagat daripada mati atau kena penyakit, tapi IRONInya pada masa yang sama mereka juga adalah kulprit utama yang membunuh nyawa-nyawa manusia. Masuk akal kah?

PENGAKUAN 'BAPA' VAKSIN SEDUNIA, SUNGGUH MENGEJUTKAN!
Anda pernah baca atau tonton video pengakuan sumpah oleh Dr. Stanley Plotkin yang dia buat pada 11 Januari 2018?

Beliau adalah doktor pakar vaksin yang sangat terkenal atau digelar Bapa Vaksin (Vaccine Godfather), bergelumang dengan pembuatan vaksin sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Dr. Plotkin sendiri bersumpah bahawa (hanya) dalam SATU eksperimen pencarian sel tapak pembiakan terbaik untuk ternak virus (untuk penghasilan vaksin antaranya), pasukan pengkaji dia dah guna 76 janin yang digugurkan.

Bila ditanya berapa jumlah janin yang beliau pernah guna sepanjang kerjaya beliau, katanya tidak ingat. Adakah maknanya ianya amat banyak?!

Kebanyakan pengguguran janin yang terlibat tu dibuat melalui kaedah “waterbag induction” untuk pendekkan jangkamasa kelahiran.

Semua janin mesti melepasi 3 bulan kandungan dan membesar dengan sempurna

Ini perlu untuk elakkan kematian janin tu sebab organ dalaman janin perlu diperoleh dalam keadaan hidup dan utuh/masih elok, dan organ perlu dihantar dengan kadar segera ke makmal untuk persediaan sel.

Apa organ yang mereka ambil dari janin tu? 

Jawab Dr. Plotkin, keseluruhan organ dan tisu ‘dituai’, antaranya kalenjar pituitari, paru-paru, kulit, buah pinggang, limpa, jantung, juga lidah (beliau ingat-ingat lupa).

Dan nyawa bayi-bayi itu seolah-olah tiada harga langsung bagi pembuat-pembuat vaksin ini! 

Anda masih sanggup bersekongkol?

Tidak takut kah anda pada soalan-soalan hari kebangkitan nanti, kerana secara langsung atau tidak langsung menyokong industri yang sebegini? 

Tepuk dada, tanyalah Iman.

"EH, ISU GUGUR JANIN NI SEJARAH LAMA VAKSIN JE, ZAMAN DOLU2, SEKARANG TAKDA DAH". EH, IYE KE?

Adakah pengguguran janin untuk mendapatkan sel-sel terbaik sebagai tapak pembiakan virus vaksin sudah berakhir pada 1960-an selepas MRC-5 dan WI-38 dijumpai?

Tidak sama sekali! 

Sehingga kini, ia masih berterusan dan tidak terhenti. 

Contohnya di China, 9 janin digugurkan dan akhirnya pada 2015 mereka bertemu dengan sel WALVAX2 daripada tisu paru-paru janin perempuan berusia 3 bulan yang bakal gantikan sel sebelum ini.

"ALAH, JANIN TU TAPAK PEMBIAKAN VIRUS JE. MACAM TANAH MASA TANAM SAYUR. MANADE KITA MAKAN TANAH TU. MANADE UNSUR JANIN MASUK DALAM VAKSIN". 
BETUL KE?

Ada yang kata sel-sel janin ni tak masuk dalam vaksin pun, sebab ia cuma tempat ternak virus sahaja, dan virus kemudian dikikis keluar dari tapak semaian iaitu sel janin tu.

Betul ke sel atau DNA janin tu tak masuk dalam vaksin, walau sikitpun?

SALAH! 

Salah sama sekali! 

CDC (Centre for Disease Control, US) sendiri nyatakan dalam Pinkbook mereka berkenaan “Vaccine Excipient and Media Summary” bahawa sel janin tetap wujud dalam produk vaksin dalam bentuk saki-baki (residual trace amounts).

Ha, macamana? Masih nak kata sebaliknya? Bukankah CDC dikatakan antara rujukan yang berotoriti berkaitan perubatan dan vaksin dari perspektif semua doktor dan ahli perubatan?

ADA KESAN APA-APA TAK BILA MASUK UNSUR JANIN ASING DALAM BADAN ANAK KITA MELALUI VAKSIN

Selepas cucuk bayi-bayi kita dengan vaksin yang ada DNA asing iaitu tisu janin asing yang digugurkan, dan kadangkala berlainan jantina pula dari anak-anak kita, anda rasa DNA bayi anda akan tetap kekal sama?. Mana mungkin.

Perubahan DNA pasti akan berlaku, sedikit sebanyak.

Dr. Theresa Deisher ,PhD dalam Molecular dan Cellular Physiology, Standford University, juga pakar dalam mengkaji stemcell dan punya 23 US patent, contohnya, telah lakukan kajian terperinci tentang kerosakan yang boleh terjadi akibat ‘serpihan’ atau DNA sel-sel janin ini apabila disuntik kepada bayi.

Dia dan pasukan penyelidiknya dapati, DNA janin ni boleh dikaitkan dengan gangguan autoimun seperti eczema, diabetes, autism, leukemia di kalangan kanak-kanak dan lymphoma.

Saintis senior di syarikat farmaseutikal, Helen Ratajczak juga dapati bahawa autism boleh berpunca dari vaksinasi dalam kajian beliau.

Selain tu, afidavit terbaru Dr. Andrew Zimmerman seorang pakar autism, ada bincangkan dalam Omnibus Autism Proceeding tentang penipuan US Department of Justice (DOJ) terhadap NVCIP (National Vaccine Injury Compensation Program), yang mana penipuan ini telah akibatkan beribu keluarga dinafikan pampasan kesan vaksin.

Dr. Zimmerman mendedahkan pada 2016 dalam pengakuan sumpah beliau secara tepat bagaimana vaksin boleh dan memang menyebabkan autism.

Akhir sekali, hakikat bahawa US FDA (Food and Drug Administration) sendiri ada nyatakan berapa had maksimum DNA manusia yang boleh ada dalam sesuatu dos vaksin untuk elakkan kanser (iaitu tidak boleh melebihi 10ng) menunjukkan memang DNA janin manusia wujud dalam vaksin.

Malangnya, FDA tidak membuat sebarang kajian keselamatan mahupun pantauan ke atas isu ini dalam vaksin yang dihasilkan.

Dan tidak hairan apabila pasukan penyelidik Dr. Deishner kemudian temui bahawa tahap DNA janin di dalam vaksin adalah sekitar 142ng ke 2000ng setiap dos, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari tahap yang dianggap selamat oleh FDA.

Begitulah adanya seputar isu janin yang digugurkan dalam pembuatan vaksin. Sama-sama kita FIKIR-FIKIRKAN...

Dalam siri akan datang kita akan ulas pula fakta lain tentang bahan dalam vaksin berkaitan MMR dalam, Insya-Allah. Tunggu …







Sunday, December 22, 2019

Pakar Kimia Pertikai Kandungan Vaksin


Pakar kimia pertikai kandungan vaksin

  • Harian Metro

  • Seorang jurutera kimia membuat pengakuan menolak vaksin selepas mendakwa terdapat bahan kimia berbahaya dalam kandungan suntikan pelalian berkenaan.

  • Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 36 tahun, mendakwa sebagai pakar kimia, dia mempertikaikan kandungan berbahaya dalam vaksin disembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa.

    “Dalam Jadual Satu, Undang-Undang Penggunaan dan Pendedahan Piawai Bahan Kimia Mengganggu Kesihatan, ada senarai bahan kimia bahaya sekiranya terdedah kepada orang dewasa maka diwajibkan majikan membuat laporan penilaian risiko kesihatan terhadap bahan kimia.

    “Bagaimanapun, undang-undang ini tidak terpakai untuk farmaseutikal perubatan seperti penghasilan antibiotik, antiseptik dan vaksin.

    “Secara logiknya, jika bahan kimia yang sama digunakan dalam vaksin terdedah kepada orang dewasa sangat berbahaya kenapa perlu merisikokan kanak-kanak,” katanya.

    Katanya, dia berharap ibu bapa mengkaji isi kandungan sebenar bahan berkenaan sebelum membenarkan anak masing-masing menjalani program imunisasi.

    “Saya tidak mahu mempersoalkan kepada ibu bapa yang mengambil vaksin, terpulang kepada diri sendiri untuk tanggung risiko.

    “Tetapi nasihat saya, baca dulu kandungannya. Sebenarnya sesiapa pun boleh minta sisipan vaksin untuk lihat kandungan dan bandingkan serta buat keputusan sendiri,” katanya.

    Dia yang enggan mendedahkan nama bahan kimia berkenaan berkata, kesannya boleh mengganggu sistem tubuh badan manusia jika diambil berterusan.

    “Saya tidak pelik jika selepas ini terdapat kematian atau lumpuh sebab ia sudah mengganggu perjalanan tubuh badan,” katanya.