POLIO SUSAH DIBASMI SEBAB AFGHANISTAN & PAKISTAN?
NIGERIA BEBAS POLIO?
NIGERIA BEBAS POLIO?
Doktor Pakar Kanak-kanak dalam rancangan Analisis di TV Al Hijrah bertajuk 'Vaksinasi: Perlindungan atau Kemudaratan?' berhujah (pada minit ke 7.21-7.44):
“..dan InshaAllah, dengan kajian... Iqra’... ya dengan kajian (yang) dilakukan manusia, kita harap kita boleh membasmikan Polio daripada mukabumi ini. Sebenarnya tarikhnya (ditarget pada) 2018... (tapi) tak menjadi. Sebab apa? Mintak maaflah... orang-orang 'kita'... (iaitu) orang Islam di Pakistan dan Afghanistan”.
Okay, baiklah. Jom kita semak laman web WHO (World Health Organization). Benarkah hujah beliau ini?
Seperti yang dpt dilihat dalam data WHO di atas, TIADA LANGSUNG kes iaitu sifar (0) kes di Afghanistan dan Pakistan sejak 2017.
Pada 2017, di seluruh dunia hanya dua negara yang punyai kes Polio iaitu di Congo (22 kes) dan di Syria (74 kes). Di Congo, 90% adalah bukan Islam.
Jadi mengapa Pakar tersebut masih perlu seolah² menyalahkan orang Islam khususnya di Pakistan dan Afghanistan sedangkan sejak 2017 lagi sudah tiada kes Polio di kedua-dua negara tersebut. Ketika bersiaran, kita semua sudahpun berada di pertengahan suku pertama tahun 2019.
Walaupun pada tahun sebelumnya (tahun 2016) ada kes Polio di Afghanistan (13 kes) dan Pakistan (21 kes), tetapi ada dua lagi negara lain juga yang ada kes Polio iaitu Lao (3 kes) dan Nigeria (5 kes). Di Lao, 99.99% adalah bukan Islam. Manakala Nigeria pula, 50% adalah bukan Islam. Mengapa ini tidak disebut langsung?
Kasihan dua negara Islam tersebut masih dipersalahkan sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya. Dakwaan tersebut boleh dikatakan tidak adil buat mereka dan juga umat Islam di tempat lain.
CONGO 20 kes (10% populasi Muslim)
INDONESIA 1 kes (87% populasi Muslim)
MOZAMBIQUE 1 kes (17-45% populasi Muslim)
NIGER 10 kes (99% populasi Muslim)
NIGERIA 34 kes (50% populasi Muslim)
PAPUA NEW GUINEA 26 kes (kurang 1% populasi Muslim)
SOMALIA 12 kes (99.8% populasi Muslim)
Oleh itu pengajarannya, apa² yang anda dengar dari siapapun, silalah SEMAK KESAHIHAN FAKTANYA. Pakar atau tidak, tidak semestinya boleh dipercayai 100%.
Rujukan:
1. Statistik kes Polio seluruh dunia http://apps.who.int/…/glob…/timeseries/tsincidencepolio.html
2. Video Rancangan Analisis Tv Al Hijrah: https://www.youtube.com/watch?v=m5_0U4XR1xQ&app=desktop
3. https://journals.openedition.org/etudesafricaines/17091
1. Statistik kes Polio seluruh dunia http://apps.who.int/…/glob…/timeseries/tsincidencepolio.html
2. Video Rancangan Analisis Tv Al Hijrah: https://www.youtube.com/watch?v=m5_0U4XR1xQ&app=desktop
3. https://journals.openedition.org/etudesafricaines/17091