CARIAN DALAM BLOG

Saturday, December 21, 2019

Vaksin Kancing Gigi (Tetanus Toxoid) untuk Ibu Mengandung dan Pelajar Tingkatan 3 Merbahaya?

[ VAKSIN TETANUS TOXOID (TT/ATT) ]
*Maklumat di bawah rata-rata adalah dari CDC dan Vaksin Inserts yang ditulis oleh pengilang/pembuat vaksin itu sendiri.

1) APA ITU TETANUS?
Tetanus adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Clostridium tetani. Apabila bakteria menyerang badan, ia menghasilkan racun (toksin) yang menyebabkan kontraksi otot yang menyakitkan.
Satu lagi nama tetanus ialah 'lockjaw atau kancing gigi. Ia sering menyebabkan leher dan otot rahang seseorang terkunci, menjadikannya sukar untuk membuka mulut atau menelan.

2) ADAKAH TETANUS SEJENIS PENYAKIT BERJANGKIT?
Tetanus adalah berbeza daripada penyakit lain yang boleh dicegah oleh vaksin kerana ia tidak tersebar dari seorang ke seorang yang lain.
Bakteria tetani ini biasanya terdapat di dalam tanah/habuk/baja dan masuk ke dalam badan melalui pecahan kulit - biasanya luka atau luka yang ditimbulkan oleh objek yang tercemar.

3) SIAPA YANG KENA SUNTIK DENGAN VAKSIN TT?
Menurut Jadual Imunisasi Kebangsaan, ia adalah untuk remaja 15 tahun (tingkatan 3)
Ia juga diberi kepada ibu-ibu hamil di Malaysia.

4) ADA BERAPA JENAMA BERDAFTAR DI MALAYSIA?
Sekurang-kurangnya 3 jenama di Malaysia:
a) Serum Institute of Indisa (SII) (India)
b) PT Bio Farma (Indonesia)
c) Tetavax (Sanofi, France).

5) FUNGSI?
- Melindungi bayi baru lahir dari jangkitan Tetanus
- Melindungi orang yang tercedera dari jangkitan Tetanus
- Imuniti booster bila kecederaan berlaku kepada mereka yang telah divaksin

6) BILA DAN BERAPA DOS DIBERI KEPADA IBU HAMIL?

6a) SII INDIA:

- Diberi seawal kehamilan atau kali pertama berjumpa doktor
- Dos 1 dan dos 2: jarak sekurang-kurangnya 4 minggu
- Dos 3: selepas 6-12 bulan
- Dos booster: setiap 5 – 10 tahun
- Bagi ibu hamil yang tidak pernah disuntik tetanus:
- 5 dos: 3 dos asas + 2 dos booster
- 2 dos booster: sekurang-kurangnya 1 tahun selepas dos 3, atau semasa hamil seterusnya.
6b) PT BIO FARMA, INDONESIA:
- Diberi semasa hamil 6 bulan ke atas. Boleh diberi juga pada trimester pertama.
- Dos 1 dan dos 2: jarak 2 bulan
- Dos 3: selepas 1 tahun
- Dos booster seterusnya: 1 dos pada setiap kali mengandung dan diikuti booster setiap 10 tahun.
6c) TETAVAX, SANOFI, FRANCE:
- Dos 1 diberi 90 hari/lebih sebelum bersalin.
- Dos 1 dan dos 2: Jarak sekurang-kurangnya 4 minggu
- Bagi ibu hamil yang tidak pernah disuntik tetanus:
- 3 dos: 2 dos asas + 1 dos booster.
- Dos 3: selepas 6-12 bulan
- Dos booster seterusnya: 10 tahun selepas dos 3 dan setiap 10 tahun.

7) KENAPA BANYAK DOS?
Menurut pengeluar TETAVAX: Tindak balas imun diaktifkan dari suntikan kedua; ia dipertingkatkan selepas yang ketiga dan berterusan selama 5 hingga 10 tahun selepas yang keempat.

8 ) ADA ALUMINIUM DILETAKKAN SEBAGAI ADJUVAN?
Ya, kesemua jenama ada Aluminium:
SII & PT BIO FARMA: Aluminium phosphate
TETAVAX: Aluminium hydroxide

9) ADA THIMEROSAL/MERKURI SEBAGAI PENGAWET?
Ya, ada. Semua jenama ada thimerosal.

10) APA BAHAN-BAHAN LAIN TERSENARAI?
TETAVAX: Formaldehyde (to detox tetanus toxin), sodium chloride, disodium dihydrate phosphate, monopotassium phosphate, water

11) SIAPA YANG PERLU BERJAGA-JAGA DARIPADA MENGAMBIL VAKSIN TT NI? (KONTRA-INDIKASI)

Disarankan
ditangguh pemberian atau tidak diberi kepada:

- mereka yg demam/ada jangkitan akut/sakit kronik

- mereka yg punya sejarah diri sendiri/keluarga yg ada reaksi alergi/sensitif/gangguan saraf/sawan
- mereka yang ada reaksi teruk terhadap dos TT sebelumnya
- mereka yang ada reaksi sensitif/hypersensitif kepada thiomersal atau mana-mana bahan/pengawet dalam vaksin.
*Suntikan Adrenaline perlu diberi serta-merta bagi yang hadapi Anaphyactic Reaction selepas mendapat vaksin TT.

12) APA REAKSI DAN KESAN BURUK/SAMPINGAN YANG DISENARAIKAN OLEH PENGELUAR VAKSIN?
12a) SII INDIA
Keradangan, demam, kelesuan, kerengsaan, bengkak kecil di tapak suntikan, Acute Anaphylactic Reaction.
12b) PT BIORFARMA
Temporary tenderness, pain, bengkak, erythema, bengkak kecil di tempat suntik, ruam, demam
12c) TETAVAX, SANOFI, FRANCE
Blood and lymphatic system disorders
Lymphadenopathy
Immune system disorders
Type I hypersensitivity reactions
Nervous system disorders
Cephalalgia, dizziness
Vascular Disorders
Hypotension (within a context of reaction of type I hypersensitivity)
Skin and subcutaneous tissue disorders
Allergic-like symptoms, such as urticaria, generalised pruritus, or erythema
Musculoskeletal and connective tissue disorder
Myalgia, arthralgia
General disorders and administration site condition
Injection site reactions such as pain, rash, induration or oedema, which can occur within 48 hours and persist for one or two days. A subcutaneous nodule can sometimes accompany these reactions. Aseptic abscesses
Transient pyrexia.
Malaise.
Nota 1: Kesemua tindak balas ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mendapat imunisasi yang berlebihan; terutamanya pengambilan booster yang terlebih kerap (Sanofi, France).
Nota 2: Sebagaimana dalam penggunaan vaksin-vaksin lain, penerima vaksin ini mesti berada di bawah pemerhatian tidak kurang daripada 30 minit selepas vaksin untuk kemungkinan berlakunya reaksi alahan awal (SII).

13) APA ITU ANAPHYLACTIC REACTION?
Ia adalah tindakbalas sistemik yang akut dengan gejala tindakbalas alahan serta-merta. Ia adalah alergi yang paling teruk dan keadaan dramatik yang berpotensi mengancam nyawa. Reaksi anafilaksis biasanya terzahir pada kulit, dalam saluran pernafasan, saluran gastrointestinal, dan sistem kardiovaskular.
Pada kulit: Itch Flush, Urticaria, Angioedema
Pada abdomen: Nausea, Cramps, Vomiting, Defecation
Pada saluran pernafasan: Rhinorrhea, Hoarseness, Dyspnea, Laryngeal edema, Bronchospasm Cyanosis, Respiratory arrest
Pada system kardiovaskular: Tachycardia (> 20/min), Hypertension (> 20 mm Hg syst.), Arrhythmia, Schock, Cardiac arrest.
- ADMIN TOSS (Aunty N) -