Kronologi kes:
6 Julai 2018 - Baby perempuan umur 12 bulan, meninggal dunia dalam masa 3 minit selepas vaksin MMR.
Selang 2 jam, satu lagi keluarga bawa bayi lelaki mereka umur 12 bulan untuk disuntik, tetapi bertukar fikiran lepas dapat tahu tentang kejadian pertama tadi.
Namun, jururawat tetap menvaksin juga tanpa kebenaran ibubapa dan akibatnya, bayi kedua tu juga meninggal dunia 1 minit selepas disuntik.
Rupanya tahun 2017 dan April 2018 ada jugak dua bayi Samoa lain adik-beradik meninggal lepas vaksin. Bayi kedua meninggal di New Zealand.
10 Julai 2018 - Kementerian Kesihatan Kerajaan Samoa mengarahkan penarikan dan pemberhentian sementara serta-merta suntikan MMR untuk membuat siasatan ke atas perkaitan antara vaksin dan kematian tersebut. Kedua bayi dibedahsiasat.
4 Ogos 2018 - Seorang jururawat didakwa oleh pihak polis berkaitan kematian dua bayi tersebut. Beliau didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat (manslaughter), kecuaian,dan menghalang keadilan dilaksanakan selepas bayi tersebut mati selepas suntikan MMR.
15 Ogos 2018 - Jururawat kedua pula didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.
24 Ogos 2018 - Perdana Menteri Samoa Tuila'epa Sa'ilele Malielegaoi menyeru semua jururawat untuk mendapat latihan secukupnya. Berdasarkan laporan awal bedahsiasat mendapati tiada sebarang masalah dengan vaksin tersebut tetapi kematian dua bayi itu adalah berpunca dari kesilapan manusia (human error) yang terlibat dalam mencairkan/melemahkan vaksin (diluting of the vaccine).
14 September 2018 - Suruhanjaya Siasatan kematian bayi tersebut telah dimulakan. Selepas 'hearing' daripada Servis Kesihatan Kebangsaan Samoa, Kementerian Kesihatan dan Sekolah Kejururawatan, Suruhanjaya tersebut menyatakan kepentingan untuk jururawat menjalani latihan berterusan sepanjang servis mereka di dalam sektor kesihatan.
28 November 2018 - Vaksin MMR diberikan semula di Samoa untuk mengelakkan sebaran penyakit, dengan prosedur vaksinasi disemak semula dan diperketatkan.
Menteri Kesihatan Samoa, Tuitama Dr Leao Tuitama, menyatakan mereka punya pendekatan yang ketat kini untuk memastikan kesilapan lama tak berulang.
Antaranya, doktor perlu hadir bersama ketika suntikan vaksin diberikan, dan vaksin tidak boleh diberikan sekiranya ibubapa tidak memberikan persetujuan.
27 Mac 2019 - Perbicaraan Mahkamah Agung Samoa terhadap dua orang jururawat yang terlibat dalam pemberian dos vaksin MMR telah ditangguhkan sehingga Jun 2019. Peguambela untuk jururawat belum menerima laporan dari bedahsiasat yang dilakukan di Samoa dan di luar negera, atau informasi dari penyiasatan di luar negera berkenaan punca kematian anak-anak tersebut.
5 Jun 2019 - Kedua-dua jururawat di Samoa tesebut yang menghadapi tuduhan atas kematian dua bayi di atas, mengaku bersalah atas. Mereka akan dihukum pada 18 Jun.
6 Jun 2019 - Kementerian Kesihatan Samoa mengatakan kematian dua bayi tahun lalu disebabkan oleh jururawat mencampurkan cecair yang salah dengan vaksin MMR. Lapan jururawat New Zealand akan pergi ke Samoa bulan ini untuk melatih semula semua jururawat yang bertugas memberi vaksin.
17 Jun 2019 - Penghukuman kedua-dua jururawat yang menghadapi tuduhan berhubung kematian dua bayi telah ditangguhkan.
18 Jun 2019 - Satu pasukan jururawat New Zealand telah tiba di Samoa untuk misi 10 hari untuk melatih semula semua jururawat vaksin.
12 Julai 2019 - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Global mengenai Vaksin Keselamatan (GACVS) 5-6 Jun 2019: GACVS adalah badan penasihat klinikal dan saintis pakar bebas, memberikan WHO dengan nasihat saintifik yang tegas tentang isu-isu keselamatan vaksin yang penting dan bersifat global.
Subkumpulan GACVS mengenai komunikasi keselamatan vaksin mengkaji krisis komunikasi vaksin tertentu, termasuk yang berkaitan dengan vaksin Dengvaxia di Filipina, campak, beguk dan rubella (MMR) di Samoa dan Sudan, dan vaksin HPV di lima negara.
Kajian semula kajian kes menunjukkan bahawa krisis dapat dikurangkan apabila pihak berkepentingan utama terlibat dan komunikasi proaktif ditubuhkan serta-merta.
Di Samoa (MMR), terdapat komunikasi segera di kalangan pihak berkuasa yang relevan dan penyiasatan yang sesuai, tetapi percubaan awal untuk menyembunyikan kesilapan vaksinasi dan menyalahkan individu daripada menjalankan analisis sistemik memudaratkan program vaksin.
Orang ramai tidak dimaklumkan tentang sebab-sebab kejadian tersebut. Subkumpulan ini menekankan bahawa komunikasi tepat dan tepat pada masanya dengan orang awam amat penting.
15 Julai 2019 - Penghukuman dua jururawat di Samoa, yang berkaitan dengan kematian dua bayi selepas menerima vaksin MMR, sekali lagi ditangguhkan. Kes itu ditangguhkan sehingga 2 Ogos kerana peguambela terlibat dalam perkara lain.
3 Ogos 2019 - Kedua-dua jururawat, yang mengaku bersalah atas kecuaian menyebabkan pembunuhan tanpa niat dua bayi, telah dijatuhi hukuman lima tahun penjara.
Pemerhati Samoa telah menerbitkan laporan terperinci mengenai pendengaran hukuman, dimana ia telah mengesahkan bahawa salah seorang daripada jururawat tersebut telah mencampurkan serbuk vaksin MMR dengan anestetik relaksasi otot yang telah luput tarikh dan bukannya air untuk suntikan yang dibekalkan dalam vial dengan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.
*MMR adalah antara vaksin yang perlu ada kaedah pencairan sebelum disuntik dan mesti guna dalam masa 30 minit.
Rujukan:
https://www.immune.org.nz/…/infant-deaths-samoa-tragic-outc…
https://www.aap.org/…/Pra…/Pages/Vaccine-Administration.aspx
Rujukan:
https://www.immune.org.nz/…/infant-deaths-samoa-tragic-outc…
https://www.aap.org/…/Pra…/Pages/Vaccine-Administration.aspx