CARIAN DALAM BLOG

Wednesday, November 18, 2020

Pembelian Vaksin Dari China Meragukan, Netizen Minta Siasat KJ

Laut China Selatan mungkin tergadai atas sebab perjanjian pembelian vaksin tersebut. China sendiri mengakui tidak akan mengambil vaksin yg dihasilkan oleh negara mereka.

Sesuatu aneh berlaku apabila Malaysia menandatangani perjanjian pembelian vaksin Covid-19 dengan China.

Khairy Jamaluddin harus disiasat akan kredibiliti beliau.


















Tuesday, November 17, 2020

JADUAL VAKSIN BAYI BERTUKAR DARI 5 SERANGKAI KE 6 SERANGKAI !


(berita 17 Nov 2020)




Ada beberapa isu di sini;

1. Dari 5 serangkai sebelum ni ke 6 SERANGKAI! bermula November 2020. 
Bayangkan. 6 kuman penyakit disumbat serentak kepada bayi sekecil 2,3,5,18 bulan



Penyakit tersebut adalah difteria, tetanus, pertusis, polio, hepatitis B, influenzae B




Adakah semua bayi boleh TERIMA ?

Jangan pelik lepas ni bila bayi anda kelihatan lemah tidak bermaya nanti. Atau timbul penyakit PELIK-PELIK. Kami dah warning. Tak ada apa-apa keuntungan untuk kami warning. Hanya semata-mata atas dasar tanggungjawab sebagai Umar Islam yang sama mengingati, kasih sayang serta kasihan melihat nasib bayi-bayi generasi sekarang. Terlalu banyak masalah kesihatan dan tak dapat diselesaikan pula oleh mereka selepas itu.




2. Bilangan suntikan dari 7 kali kena pergi suntik sebelum ini ke 5 kali sahaja selepas ini.

Sebelum ni: 0,1,2,3,5,6,18 bulan (7x)
Baru: 0,2,3,5,18 bulan (5x)


Namun, tetap ibubapa diminta datang ketika bayi usia 1 bulan dan 6 bulan, untuk mereka pantau perkembangan bayi, sama sahaja seperti jadual sebelum ini. 




 Adakah ia satu keperluan untuk bawa anak yang sihat utk di'pantau' kesihatannya oleh org luar. Terpulang pada diri masing-masing macam mana nak uruskan anak sendiri. Tapi semata-mata sbb nak ikut jadual yg diberikan, Maaf. Our life, our rule. Simple.

3. Dikatakan vaksin ni SELAMAT.

Betul ke ? 

Alasan kerana 49 negara dah guna dan di Malaysia sendiri dah guna di premis swasta sejak 2013 dan tiada kejadian serius slps vaksin DILAPORKAN.

Ok baiklah.

Isunya, bila rata-rata masih dalam kepercayaan bahawa vaksin itu 'penyelamat', ada ke mana-mana ibubapa malahan doktor sekalipun akan fikir vaksin sebagai punca bilamana anak mereka jatuh sakit. 

Bila diajak BERFIKIR tentang vaksin pun tidak mahu, apatah lagi nak LAPORKAN vaksin sebagai kemungkinan punca anak anda sakit, betul tak? Maka, itulah hasilnya. LAPORAN YANG BERSIH DARI NODA DAN DOSA atas tiket "REDHA KETENTUAN TAKDIR"




Oleh itu disini saya ingin kemukakan laporan kesan sampingan vaksin 6 serangkai yang dinyatakan oleh PENGELUAR vaksin 6 serangkai sendiri didalam VAKSIN INSERT yang dikeluarkan oleh mereka. Boleh scroll kebawah dan baca sendiri. 

Menangis berterusan secara tidak normal, muntah-muntah, sawan, kejang menggigil-gigil, anoreksia hilang selera makan (malnutrition), demam tinggi, ruam, juga termasuk dalam kesan sampingan vaksin ini ya.



Vaksin insert ini, di ambil dari jenama HEXAXIM yang sememangnya terbukti diimport ke Malaysia berpuluh-puluh ribu dos utk kegunaan tahun ini dan tahun hadapan. 





Bukti lot release juga saya sertakan dlm beberapa gambar.






Apapun all the best je lah.

THE CHOICE IS YOURS. 
But You Have Been Warned, by prochoice parents. 

6 serangkai adalah bukan keperluan. Malah MUSIBAT.

GET INFORMED AND GET CONSENT ! 

















C19 - CHINA MENGUTAMAKAN MALAYSIA.

"CHINA SETUJU MENGUTAMAKAN MALAYSIA SEBAGAI PENERIMA VAKSIN COVID19 YANG DIBANGUNKAN MEREKA"





Link berita:

https://www.facebook.com/72613804354/posts/10158030328659355/ https://www.facebook.com/72613804354/posts/10158030417649355/

 

Berita di atas membawa maksud:

1. Malaysia memujuk rayu China mintak China beri keutamaan kpd Malaysia ùtk beli vaksin Covid buatan China sebaik sahaja ianya siap.

 

2. China dgn baiknya, bersetuju.

 

3. Malaysia sangat gembira dan berasa lega.

 

4. H20 umumkan kpd rakyat kejayaan beliau memujuk China.

 

5. H20 kata tak kisahla vaksin tu tak siap lagi pun. Yg penting, China dah janji nk utamakan Malaysia.

 

6. Dgn kata lain, apa bahan dalam vaksin pun H20 tak kisah. Eh dia tahu ke tak vaksin2 kt Malaysia setakat ada pembuatannya pakai sel babi, sel anjing, sel janin yg digugurkan, sel buah pinggang monyet afrika, serum janin lembu yg digugurkan, aluminium, merkuri, formaldehyde, dan macam2 lagi lah bahan2 toksik merbahaya.

 

7. Dgn kata lain juga, H20 tak kisah pun akan apa2 kesan sampingan dari vaksin Covid tu. Eh dia ni mmg tak tahu kot setiap vaksin ada kesan sampingan pd sebahagian manusia, samada secara jelas atau terselindung. Ekzema, asthma, masalah saraf, otak, sendi, kulit, otot, dan ratusan masalah lain. Ingat kes adik Muhaimin yg lumpuh kekal slps vaksin ATT ketika di tingkatan 3? Kjaan Malaysia terpaksa byr pampasan berjuta. Itupun sbb ada peguam hebat bawa kes probono. Tahu tak vaksin pun blh akibatkan kematian?? Ni semua mmg ada dlm vaksin insert yg dinyatakan oleh pembuat vaksin sendiri!

 

8. H20 juga tak kisah vaksin Covid dibuat secara fast track berbanding vaksin2 sedia ada di dunia skrg. Sedangkan vaksin sblm ni pun merbahaya, yg fast track ni mcmana la agaknya. Logiknya, mcmana nk pastikan ianya selamat? Terutama utk jangka masa panjang? Pastilah tidak blh. Melainkan penerima2 nya yg menjadi 'tikus makmal' utk ujian keselamatan jangka pjg.

 

9. Last sekali, apabila ayat “kerjasama” Malaysia-China ni adalah perkembangan penting dlm usaha negara kita tangani wabak ini habis-habisan'.

 

Vaksin BCG utk penyakit Tibi dh ada kt Malaysia sejak 60 tahun lalu, iaitu sejak 1961.

Tapi, hingga 2018, setiap tahun, ribuan mati dari Tibi di Malaysia (2184 pd 2018).

 

Kes jangkitan Tibi pula? Puluhan ribu setahun kes Tibi di Malaysia shj. (25857 kes pd 2018)

 

 

 

Kesimpulannya:

Pemimpin Malaysia samada naif dan bodoh atau zalim dan jahat. Allah Maha mengetahui.

 

Vaksin adalah produk sampah, mitos dan scam terbesar dunia yg dipelopori syarikat2 farmaseutikal yg tamak haloba dan Bill Gates n gang yg syaitan durjana dan disambut oleh pemimpin2 negara yg pemalas mengkaji serta takda kebijaksanaan dalam menguruskan kita serta tamak kuasa dan zalim.

 

Eh teringat pula masa kes kehilangan MH dulu H2O juga kan Menteri Keselamatan ke hapa ntah yg dok jd jurucakap. Itu lg satu penuh tandatanya dan saya melihat kes tu sebagai scripted dan agenda terancang. Bukan natural tragedi.

 

WAKE UP, GAISSSS!!!                             

 

Link post:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223331470973361&id=1183287947

 

Vaksin Covid Menggunakan Sel Bayi Yg Digugurkan

SEL PARU-PARU MANUSIA dalam pembuatan Vaksin Covid AstraZeneca

SEL PARU-PARU MANUSIA dalam pembuatan Vaksin Covid AstraZeneca

AstraZeneca tu salah satu nama company yg buat vaksin. Of course bukan dari Malaysia😁

Korang antuvaks ni yg beriya nak ambil vaksin, dah tahu belum nama2 company2 vaksin?

Gambar bawah ni adalah dari kotak vaksin tersebut. Jum kita sama2 belajar doktor google😉

(Selingan: Pelik juga ya org yg kata dpt maklumat drp google ni tak sah, dia pergi ke library ke utk dptkan maklumat vaksin?)

.

1. Boleh google vaccine from AstraZeneca clinical trials (ujikaji). Vaksin dah siap, start ujikaji pd bulan Jun 2020, dijangka siap pd Sep 2021. (Tp KJ kata dia maybe dpt data pd Nov/Dis 2020) dan ada vaksin yg perlukan downpayment utk booking. So beli tanpa siap ujikaji?

2. Baca label tu, bawah perkataan Covid-19 Vaccine ada mention ChAdOx1 recombinant. Okay kita google apa itu ChAdox1. ChAdox1 ni adalah weakened virus (virus yg dilemahkan) yg diubah genetiknya.

3. Mereka menggunakan 2 sel manusia untuk membiakkan virus. Virus perlu dibiakkan so mereka boleh masukkan ke dalam berbillion vaksin, so sel yg sesuai adalah sel manusia, iaitu yg diberi nama MRC-5 dan A549. Sel apa tu? Okay google pula apa itu MRC-5 dan A549.

4. A549 ni adalah sel paru-paru manusia yg dibekukan dan boleh dibeli di internet. Tempat menjual sel2 mcm ni ada dalam website ATTC. Sel ini diambil oleh badan seorang lelaki berumur 58 tahun yg mempunyai penyakit carcinoma (kanser)😱

*Paru2 ini hendaklah diambil dalam keadaan yg hidup, maksudnya bukan diambil drp org yg dah mati. Okay ni org dewasa, dah dpt consent drp empunya badan so takpa lah. Kita tgk apa itu MRC-5 pulak.

5. MRC-5 adalah sel paru-paru janin dalam perut yg berumur 14 minggu. So maksudnya dia keluarkan janin hidup2 untuk dibedah dan diambil paru2nya. Paru2 ini diambil pd tahun 1966. Paru-paru janin ni bukan hanya 1 janin ya, banyak janin digugurkan dgn cara yg sama sehingga jumpa paru2 yg sesuai utk virus dibiakkan, termasuk virus covid.

Semua data ni sy ambil dr website ATTC tempat pembelian sel manusia. 

Kebanyakkan org christian sekalipun mereka ni menolak vaksin kerana isu janin, dalam agama mereka diharamkan abortion (pengguguran). Kita ni Islam mcm mana ya? Cuba makanan kita asalnya diperam dekat paru2 janin tersebut, nak makan tak? Ada rasa najis dan berdosa tak? Kalau tak rasa najis, silakan ambil vaksin.

Siapa sebenarnya yg sokong pembunuhan janin, pengguguran untuk kepentingan diri?

Mesti JAKIM pening kepala menteri suruh bg sijil halal pd vaksin ni kan?

Okay ini baru pasal sel paru-paru manusia yg digunakan. Belum lagi bahan2 lain. Tu next post InshaAllah kita kupas.



#educatebefotevaccinate



Friday, January 24, 2020

SEGMEN DOKTOR KANTOL: Memalukan M3 & FMS! Dr Pakar tidak reti bezakan vaccine insert.



MEMALUKAN! Dr Pakar tidak reti bezakan vaccine insert, tapi menggesa kerajaan kenakan tindakan pd org lain (antivaksin)





Dr Sakinah Sulong baru2 ini mengatakan antivaksin adalah golongan sesat perubatan dan menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan. Adakah ini disebabkan beliau ingin menutup kejahilan beliau?

Vaksin bukan ubat tetapi sebagai bahan untuk merangsang pembentukan antibodi. Setiap produk dari farmaseutikal perlu ada sisipan kertas yang menunjukkan info2 yang berkaitan tentang produk berkenaan, ia dipanggil INSERT.
Kalau dah nama vaksin, so kita panggil VACCINE INSERT.

Kalau paracetamol (PCM), makanya PCM INSERT, bukan VACCINE INSERT😂 (maaf terketawa)
Ada banyak lagi statement daripada Sakinah Sulong yang kami bongkarkan adalah tidak benar.

Adakah ini menyebabkan Dr Sakinah Sulong menggesa kerajaan untuk menghalang antivaksin daripada bersuara mendedahkan kebenaran???

Banyak lagi kami sudah dedahkan akan fakta palsu doktor2 lain, adalah mereka benar2 tak tahu tapi pura2 tahu? Atau mereka tahu tapi tidak mahu menyatakan kebenaran? Tindakan serius perlu diambil untuk doktor2 sebegini, sangat berbahaya kepada masyarakat terutama melibatkan nyawa pesakit kerana mereka berurusan secara langsung dgn pesakit2.

Boleh klik pada label “SEGMEN DOKTOR KANTOL” untuk lebih banyak pendedahan.






Wednesday, January 22, 2020

Antibiotik Neomycin diharamkan suntik ke ayam adalah antibiotik yg sama dalam vaksin! - Neomycin boleh merosakkan buah pinggang.


BAHAYA ANTIBIOTIK NEOMYCIN

Antibiotik Neomycin diharamkan suntik ke ayam adalah antibiotik yg sama dalam vaksin! - Neomycin boleh merosakkan buah pinggang.



Antibiotik digunakan untuk ayam atau vaksin untuk menghalang pertumbuhan bakteria semasa tumbesaran/pemprosesan. Tapi adakah ianya selamat untuk tubuh manusia terutama bayi? Sedangkan air masak tidak digalakkan diminum oleh bayi dibawah usia 6 bulan, bagaimana pula antibiotik (dalam vaksin) boleh diberi kepada bayi yg sihat?

Hakikatnya antibiotik tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, ianya perlu di'prescribe' oleh doktor jika seseorang itu disahkan terkena jangkitan bakteria sahaja. Antibiotik juga ada kesan-kesan sampingan, sebab itu ia tidak boleh sewenangnya diberi terutama kepada bayi. Kalau dah sihat janganlah cari penyakit, bukankah itu yg sepatutnya?🤔

Kerajaan telah mengambil langkah yg bijak dengan mengharamkan antibiotik termasuk Neomycin yg disuntik kepada ayam. Ini untuk memastikan ayam yg diambil manusia selamat untuk dimakan. Ayam free antibiotik, organik, bebas vaksin adalah lebih mahal daripada ayam yg disuntik, dan inilah ayam yg dicari-cari oleh masyarakat yang cakna akan kesihatan.

Berita ini dipetik daripada Berita RTM baru2 ini. Link disini:








Menurut artikel daripada berita tersebut, kesan daripada pengambilan ayam tersebut boleh menyebabkan antibiotic resistance (kerintangan antibiotik).

Menurut journal dibawah, orang yang mempunyai kerintangan antibiotik berisiko untuk mati jika terkena jangkitan bakteria.

(Gambar)






***
ANTIBIOTIK DALAM VAKSIN

Apa yg masyarakat tidak tahu atau disembunyikan berkaitan antibiotik dalam vaksin? Mari baca fakta2 dibawah⬇️

Antibiotik yang diharamkan dalam penggunaan proses tumbesaran ayam NEOMYCIN ada didalam vaksin yg dicucuk kepada bayi-bayi dan kanak-kanak! Malang sungguh bukan?

Pelik ke pelik bila benda yang boleh mengundang kemudharatan pada tubuh manusia melalui ayam yang dimakan, tetapi tidak mudharat pula mepada manusia bila vaksin yang mengandungi bahan yang sama secara langsung disuntik dan diserap kedalam badan manusia?

ANTIBIOTIK NEOMYCIN (DIHARAMKAN)
Ab -> ayam -> manusia ambil secara oral

ANTIBIOTIK NEOMYCIN (“DIHALALKAN”)
Ab-> manusia ambil secara suntik directly!

RISIKO LEBIH BESAR


Jika memakan ayam yang mengandungi antibiotik tersebut adalah mengundang kemudharatan dan diharamkan, secara logiknya vaksin itu BERISIKO LAGI BESAR dari memakan ayam itu sendiri.


Berikut adalah antara kesan sampingan antibiotik Neomycin / Neomycin Sulfate


“Neomycin Sulfate mungkin akan berinteraksi dengan ubatan lain dan MENJEJASKAN BUAH PINGGANG.

Neomycin Sulfate tidak digalakkan diambil semasa mengandung dan ia diketahui boleh mengancam janin dalam kandungan! Ia juga tidak diketahui jika ubatan ini masuk kedalam susu ibu.”


(Hmm, bukan main suruh cucuk vaksin dan katakan vaksin itu selamat untuk semua, rupa-rupanya sangat merbahaya. Jadi dah dapat jawapan kenapa tiada kajian keselamatan (safety studies) untuk semua vaksin ke atas wanita mengandung dan menyusu?)





Ini pula adalah antara kesan sampingan biasa dan jarang terjadi yang diambil daripada laman Webmd. Neomycin ada blackbox warning ya, jangan main2☝🏻



  • Diarrhea
  • Irritation Of The Mouth
  • Irritation Of The Rectum
  • Nausea
  • Soreness Of The Rectal Area
  • Vomiting
  • A Skin Rash
  • A Type Of Muscle Paralysis Due To Blocked Nerve Function Called Neuromuscular Blockade
  • Abnormal Absorption Of Food Nutrients In The Gastrointestinal Tract
  • Damage To The Kidneys
  • Inflammation Of The Skin Due To An Allergy
  • Ototoxicity, Damage To The Inner Ear That Affects Hearing Or Balance


Jadi tidak hairan jika bayi yang sihat dilahirkan dan dicucuk vaksin terkena jangkitan kuman dan tidak mendapat kesan daripada ubat antibiotik, dan keadaan menjadi lebih parah. Keadaan ini banyak berlaku dihospital ya.


Dan tidak hairanlah anak yg tidak divaksin lebih sihat dan lebih cepat sembuh berbanding anak-anak yg divaksin. Ini adalah kerana anak divaksin telah “diganggu” sistem imunisasi semulajadinya sejak lahir lagi. Berikut adalah kajian yg berkaitan.

Kenapa doktor tidak menerangkan ini kepada masyarakat? Adakah kerana;

Doktor tidak tahu akan kandungan vaksin yg mengandungi Neomycin?
Doktor tahu tetapi tidak ambil peduli akan kesihatan sebenar manusia, hanya mengikuti apa yg ditentukan oleh WHO dan CDC?


Berikut adalah antara vaksin yg mengandungi antibiotik Neomycin;


  • Vaksin MMR untuk campak, beguk, rubella (MMR II)
  • Vaksin Influenza (Vaxigrip, Fluad, Fluvirin)
  • Vaksin IPV untuk Polio (IPOL)
  • Vaksin DTaP untuk diphteria, tetanus, Pertussis (Kinrix)
  • Vaksin Varicella untuk cacar air (Varivax)






Petikan daripada Berita RTM 23 Januari 2020


SERDANG - Lima jenis antibiotik yang dikenal pasti sebagai agen tumbesaran haiwan diharamkan dalam ternakan penghasil makanan.

Langkah berkenaan bagi memastikan pemberian antibiotik kepada haiwan dan ternakan dikawal serta digunakan golongan penternak sahaja.

Lima antibiotik berkenaan ialah, Erythromycin, Tilcomycin, Tylosin, Neomycin dan Phosphomycin.

Inisiatif itu merupakan kerjasama Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Kita telah kuatkuasa pengharaman antibiotik Colistin ini. Pegawai (penguatkuasa) kita akan pantas dan tegas memastikan penggunaannya terhadap haiwan. Ini penting supaya haiwan yang menjadi makanan manusia, adalah selamat. Dan ini perlu penguatkuasaan dan kesedaran semua pihak. Dan rakyat peka semasa membeli ayam dan daging supaya menikmati kehidupan lebih baik dan dapat makanan lebih berkualiti," katanya kepada media.

Beliau sebelum itu berucap di majlis penutup Larian Amal Antibiotik di Serdang.
Tambah beliau, pengambilan antibiotik secara tidak betul atau dikenali sebagai ‘kerintangan antibiotik’ (AMR) boleh mengakibatkan antibiotik gagal memberi kesan terhadap bakteria ketika jangkitan selain meningkatkan risiko kematian.


Tahun lepas, kerajaan melarang penggunaan antibiotik Colistin selepas mengharamkan antibiotik Avoparcin pada tahun 2012.