CARIAN DALAM BLOG

Friday, January 24, 2020

SEGMEN DOKTOR KANTOL: Memalukan M3 & FMS! Dr Pakar tidak reti bezakan vaccine insert.



MEMALUKAN! Dr Pakar tidak reti bezakan vaccine insert, tapi menggesa kerajaan kenakan tindakan pd org lain (antivaksin)





Dr Sakinah Sulong baru2 ini mengatakan antivaksin adalah golongan sesat perubatan dan menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan. Adakah ini disebabkan beliau ingin menutup kejahilan beliau?

Vaksin bukan ubat tetapi sebagai bahan untuk merangsang pembentukan antibodi. Setiap produk dari farmaseutikal perlu ada sisipan kertas yang menunjukkan info2 yang berkaitan tentang produk berkenaan, ia dipanggil INSERT.
Kalau dah nama vaksin, so kita panggil VACCINE INSERT.

Kalau paracetamol (PCM), makanya PCM INSERT, bukan VACCINE INSERTπŸ˜‚ (maaf terketawa)
Ada banyak lagi statement daripada Sakinah Sulong yang kami bongkarkan adalah tidak benar.

Adakah ini menyebabkan Dr Sakinah Sulong menggesa kerajaan untuk menghalang antivaksin daripada bersuara mendedahkan kebenaran???

Banyak lagi kami sudah dedahkan akan fakta palsu doktor2 lain, adalah mereka benar2 tak tahu tapi pura2 tahu? Atau mereka tahu tapi tidak mahu menyatakan kebenaran? Tindakan serius perlu diambil untuk doktor2 sebegini, sangat berbahaya kepada masyarakat terutama melibatkan nyawa pesakit kerana mereka berurusan secara langsung dgn pesakit2.

Boleh klik pada label “SEGMEN DOKTOR KANTOL” untuk lebih banyak pendedahan.






Wednesday, January 22, 2020

Antibiotik Neomycin diharamkan suntik ke ayam adalah antibiotik yg sama dalam vaksin! - Neomycin boleh merosakkan buah pinggang.


BAHAYA ANTIBIOTIK NEOMYCIN

Antibiotik Neomycin diharamkan suntik ke ayam adalah antibiotik yg sama dalam vaksin! - Neomycin boleh merosakkan buah pinggang.



Antibiotik digunakan untuk ayam atau vaksin untuk menghalang pertumbuhan bakteria semasa tumbesaran/pemprosesan. Tapi adakah ianya selamat untuk tubuh manusia terutama bayi? Sedangkan air masak tidak digalakkan diminum oleh bayi dibawah usia 6 bulan, bagaimana pula antibiotik (dalam vaksin) boleh diberi kepada bayi yg sihat?

Hakikatnya antibiotik tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, ianya perlu di'prescribe' oleh doktor jika seseorang itu disahkan terkena jangkitan bakteria sahaja. Antibiotik juga ada kesan-kesan sampingan, sebab itu ia tidak boleh sewenangnya diberi terutama kepada bayi. Kalau dah sihat janganlah cari penyakit, bukankah itu yg sepatutnya?πŸ€”

Kerajaan telah mengambil langkah yg bijak dengan mengharamkan antibiotik termasuk Neomycin yg disuntik kepada ayam. Ini untuk memastikan ayam yg diambil manusia selamat untuk dimakan. Ayam free antibiotik, organik, bebas vaksin adalah lebih mahal daripada ayam yg disuntik, dan inilah ayam yg dicari-cari oleh masyarakat yang cakna akan kesihatan.

Berita ini dipetik daripada Berita RTM baru2 ini. Link disini:








Menurut artikel daripada berita tersebut, kesan daripada pengambilan ayam tersebut boleh menyebabkan antibiotic resistance (kerintangan antibiotik).

Menurut journal dibawah, orang yang mempunyai kerintangan antibiotik berisiko untuk mati jika terkena jangkitan bakteria.

(Gambar)






***
ANTIBIOTIK DALAM VAKSIN

Apa yg masyarakat tidak tahu atau disembunyikan berkaitan antibiotik dalam vaksin? Mari baca fakta2 dibawah⬇️

Antibiotik yang diharamkan dalam penggunaan proses tumbesaran ayam NEOMYCIN ada didalam vaksin yg dicucuk kepada bayi-bayi dan kanak-kanak! Malang sungguh bukan?

Pelik ke pelik bila benda yang boleh mengundang kemudharatan pada tubuh manusia melalui ayam yang dimakan, tetapi tidak mudharat pula mepada manusia bila vaksin yang mengandungi bahan yang sama secara langsung disuntik dan diserap kedalam badan manusia?

ANTIBIOTIK NEOMYCIN (DIHARAMKAN)
Ab -> ayam -> manusia ambil secara oral

ANTIBIOTIK NEOMYCIN (“DIHALALKAN”)
Ab-> manusia ambil secara suntik directly!

RISIKO LEBIH BESAR


Jika memakan ayam yang mengandungi antibiotik tersebut adalah mengundang kemudharatan dan diharamkan, secara logiknya vaksin itu BERISIKO LAGI BESAR dari memakan ayam itu sendiri.


Berikut adalah antara kesan sampingan antibiotik Neomycin / Neomycin Sulfate


“Neomycin Sulfate mungkin akan berinteraksi dengan ubatan lain dan MENJEJASKAN BUAH PINGGANG.

Neomycin Sulfate tidak digalakkan diambil semasa mengandung dan ia diketahui boleh mengancam janin dalam kandungan! Ia juga tidak diketahui jika ubatan ini masuk kedalam susu ibu.”


(Hmm, bukan main suruh cucuk vaksin dan katakan vaksin itu selamat untuk semua, rupa-rupanya sangat merbahaya. Jadi dah dapat jawapan kenapa tiada kajian keselamatan (safety studies) untuk semua vaksin ke atas wanita mengandung dan menyusu?)





Ini pula adalah antara kesan sampingan biasa dan jarang terjadi yang diambil daripada laman Webmd. Neomycin ada blackbox warning ya, jangan main2☝🏻



  • Diarrhea
  • Irritation Of The Mouth
  • Irritation Of The Rectum
  • Nausea
  • Soreness Of The Rectal Area
  • Vomiting
  • A Skin Rash
  • A Type Of Muscle Paralysis Due To Blocked Nerve Function Called Neuromuscular Blockade
  • Abnormal Absorption Of Food Nutrients In The Gastrointestinal Tract
  • Damage To The Kidneys
  • Inflammation Of The Skin Due To An Allergy
  • Ototoxicity, Damage To The Inner Ear That Affects Hearing Or Balance


Jadi tidak hairan jika bayi yang sihat dilahirkan dan dicucuk vaksin terkena jangkitan kuman dan tidak mendapat kesan daripada ubat antibiotik, dan keadaan menjadi lebih parah. Keadaan ini banyak berlaku dihospital ya.


Dan tidak hairanlah anak yg tidak divaksin lebih sihat dan lebih cepat sembuh berbanding anak-anak yg divaksin. Ini adalah kerana anak divaksin telah “diganggu” sistem imunisasi semulajadinya sejak lahir lagi. Berikut adalah kajian yg berkaitan.

Kenapa doktor tidak menerangkan ini kepada masyarakat? Adakah kerana;

Doktor tidak tahu akan kandungan vaksin yg mengandungi Neomycin?
Doktor tahu tetapi tidak ambil peduli akan kesihatan sebenar manusia, hanya mengikuti apa yg ditentukan oleh WHO dan CDC?


Berikut adalah antara vaksin yg mengandungi antibiotik Neomycin;


  • Vaksin MMR untuk campak, beguk, rubella (MMR II)
  • Vaksin Influenza (Vaxigrip, Fluad, Fluvirin)
  • Vaksin IPV untuk Polio (IPOL)
  • Vaksin DTaP untuk diphteria, tetanus, Pertussis (Kinrix)
  • Vaksin Varicella untuk cacar air (Varivax)






Petikan daripada Berita RTM 23 Januari 2020


SERDANG - Lima jenis antibiotik yang dikenal pasti sebagai agen tumbesaran haiwan diharamkan dalam ternakan penghasil makanan.

Langkah berkenaan bagi memastikan pemberian antibiotik kepada haiwan dan ternakan dikawal serta digunakan golongan penternak sahaja.

Lima antibiotik berkenaan ialah, Erythromycin, Tilcomycin, Tylosin, Neomycin dan Phosphomycin.

Inisiatif itu merupakan kerjasama Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Kita telah kuatkuasa pengharaman antibiotik Colistin ini. Pegawai (penguatkuasa) kita akan pantas dan tegas memastikan penggunaannya terhadap haiwan. Ini penting supaya haiwan yang menjadi makanan manusia, adalah selamat. Dan ini perlu penguatkuasaan dan kesedaran semua pihak. Dan rakyat peka semasa membeli ayam dan daging supaya menikmati kehidupan lebih baik dan dapat makanan lebih berkualiti," katanya kepada media.

Beliau sebelum itu berucap di majlis penutup Larian Amal Antibiotik di Serdang.
Tambah beliau, pengambilan antibiotik secara tidak betul atau dikenali sebagai ‘kerintangan antibiotik’ (AMR) boleh mengakibatkan antibiotik gagal memberi kesan terhadap bakteria ketika jangkitan selain meningkatkan risiko kematian.


Tahun lepas, kerajaan melarang penggunaan antibiotik Colistin selepas mengharamkan antibiotik Avoparcin pada tahun 2012.




Sunday, January 19, 2020

Takut dgn vaksin expired? Soalan yg perlu ditanya sebelum suntik vaksin influenza..


Takut dgn vaksin expired? Soalan yg perlu ditanya sebelum suntik vaksin influenza..

  1. Doktor, vaksin influenza yg nak suntik ni jenama apa? 
  • ada 3 jenama berdaftar FluQuadri, Vaxigrip, Fluarix
  • Pastikan guna vaksin berdaftar

  1. Doktor, expired date vaksin influenza ni bulan berapa?
  • boleh cek melalui lot no vaksin tersebut

  1. Doktor, strain virus apa yg digunakan untuk vaksin ni?
  • Boleh suruh doktor detailkan virus type A strain apa, virus type B strain apa

  1. Doktor, yg kena wabak baru2 ni strain apa pula? (SOALAN PALING PENTING SEKALI)
  • kalau strain tak sama maksudnya vaksin influenza tersebut takde fungsi 
  • Boleh tgk strain virus untuk vaksin yg khas digunakan tahun 2019/2020 disini


Tuesday, January 14, 2020

Vaksin Influenza Tidak Lalui Ujian Klinikal Ke Atas Ibu Mengandung dan Menyusu!!



SELAMATKAH VAKSIN INFLUENZA UNTUK DIAMBIL OLEH IBU MENGANDUNG DAN YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI?

Bila belek-belek Vaksin Inserts 3 jenama vaksin influenza yg berdaftar di Malaysia (iaitu Fluquadri, Vaxigrip-Tetra dan Fluarix-Tetra), semua ketiga-tiga jenama popular vaksin influenza ini secara amnya kata TIDAK ADA DATA atau TIADA KAJIAN dilakukan ke atas ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Contoh:
Vaksin Influenza jenama FLUQUADRI:
".. tidak diketahui samada Fluquadri boleh menyebabkan bahaya atau tidak kepada janin atau samada boleh memberi kesan kepada kemampuan reproduksi (pembiakan/kesuburan)..."
"Tidak diketahui samada Fluquadri dikeluarkan melalui susu ibu. Oleh kerana banyak ubat (drug) yang keluar melalui susu ibu, perlu berhati-hati jika mahu memberi vaksin Fluquadri kepada ibu yang menyusu."



Vaksin Influenza jenama VAXIGRIP-TETRA:
"Tidak ada data berkenaan penggunaan vaksin Vaxigrip-Tetra ke atas ibu mengandung".

Vaksin Influenza jenama FLUARIX TETRA:
"Keselamatan Fluarix-Tetra untuk disuntik kepada ibu mengandung tidak pernah dinilai... Keselamatan Fluarix-Tetra untuk disuntik kepada ibu yang menyusu tidak pernah dinilai. Tidak diketahui samada vaksin Fluarix-Tetra akan keluar melalui susu ibu."

JADI SEKARANG, siapa berani jamin vaksin Influenza selamat disuntik kepada ibu mengandung dan menyusu? 

Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada janin dalam kandungan ibu tersebut? 

Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya ianya mengganggu kesuburan, sistem reproduksi ibu tersebut?

Siapa yang ingin bertanggungjawab sekiranya kumuhan vaksin keluar melalui susu ibu tersebut dan membawa mudharat kepada bayinya??

Di sana-sini kita nampak saranan KKM serta staf-staf kesihatan agar ibu mengandung mengambil vaksin Influenza. Kami rasakan ianya satu tindakan sangat tidak bertanggungjawab kerana hal-hal di atas seperti yang dibincangkan tadi tidak dihebah atau dimaklumkan kepada orang awam, apatah lagi kesan-kesan sampingan vaksin Influenza yang jelas tertera di dalam vaksin inserts.

Selain itu, telah diakui melalui DOKUMEN RASMI di mahkamah oleh pihak FDA di US bahawa mereka TIADA REKOD bahawa ujian klinikal pernah dilakukan untuk vaksin Influenza terhadap wanita mengandung. Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh pihak US FDA, apabila sebuah NGO di bawah nama 'Informed Consent Action Network (ICAN)' menghantar saman kepada pihak otoriti di US menuntut sebarang pembuktian bahawa adanya ujian klinikal sebelum vaksin Influenza disarankan kepada ibu mengandung.


Antara perkara HARAM DALAM PERNIAGAAN adalah menipu dan menyembunyikan keburukan sesuatu barangan jualan.

Dua hadith yg mungkin berkaitan antaranya:

1) Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. 
Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? 
Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. 
Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka IA BUKAN DARI AGAMAKU (YANG SEMPURNA).
2) Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan MENGHILANGKAN BARAKAHNYA.

Maka, sebagai orang yang berpegang teguh kepada ajaran agama, hendaklah kita jauhi daripada sebarang bentuk penipuan mahupun penyembunyian maklumat berkenaan kekurangan produk atau servis yang ditawarkan, dalam keghairahan kita mempromosikan dan melariskannya. Wallahu-A'lam.


Monday, January 13, 2020

Dapat Jangkitan Ala² Influenza Antara Kesan Sampingan Vaksin Influenza!!


KESAN SAMPINGAN VAKSIN INFLUENZA JENAMA FLUQUADRI (KELUARAN SANOFI-PASTEUR, US)

⛔ pain (sakit)
⛔ tenderness (Rasa sakit pada bahagian tubuh apabila disentuh)
⛔ erythema (Keradangan kulit yang ditandai dengan nodul merah dan keadaan nyeri, pada kawasan tulang kering, muka dan tangan.)
⛔ swelling (bengkak)
⛔ irritability (keteriritasian/kerengsaan)
⛔ abnormal crying (menangis secara tidak normal)
⛔ malaise ( Rasa tidak sedap badan, lemah yang biasanya dialami sebelum penyakit yang lebih teruk)
⛔ drowsiness (mengantuk dan lesu)
⛔ appetite loss (hilang selera makan)
⛔ myalgia ( Nyeri pada otot atau reumatisme otot)
⛔ vomiting (muntah-muntah)
⛔ fever (demam)
⛔ headache (sakit kepala)
⛔ croup (Penyakit kanak-kanak yang dicirikan oleh batuk bak menyalak, pernafasan sukar, spasma larinks dan kadang kala pembentukan selaput yang disebabkan oleh alergi, jangkitan, atau benda asing)
⛔ febrile seizure (demam sawan)
⛔ death (kematian)(a drowning 43 days post-vaccination)

Tiada data dikumpulkan selepas pemasaran (post-marketing). Namun, kesan sampingan di bawah ini telah dilaporkan oleh pengguna untuk vaksin brand Fluzone dari Syarikat yang sama, dan ada kemungkinan untuk berlaku kepada penerima vaksin Fluquadri.

Blood and Lymphatic System Disorders: Thrombocytopenia,
lymphadenopathy

Immune System Disorders:
Anaphylaxis, other allergic/hypersensitivity reactions (including urticaria, angioedema)

Eye Disorders:
Ocular hyperemia

Nervous System Disorders:
Guillain-BarrΓ© syndrome (GBS),
convulsions,
febrile convulsions,
myelitis (including encephalomyelitis and transverse myelitis),
facial palsy (Bell’s palsy),
optic neuritis/neuropathy,
brachial neuritis,
syncope (shortly after vaccination),
dizziness,
paresthesia

Vascular Disorders:
Vasculitis,
vasodilation/flushing

Respiratory, Thoracic and Mediastinal Disorders:
Dyspnea,
pharyngitis,
rhinitis,
cough,
wheezing,
throat tightness

Skin and Subcutaneous Tissue Disorders: Stevens-Johnson syndrome

General Disorders and Administration Site Conditions:
Pruritus,
asthenia/fatigue,
pain in extremities,
chest pain

Gastrointestinal Disorders:
Vomiting

Sumber: Insert Vaksin FLUQUADRI


KESAN SAMPINGAN VAKSIN INFLUENZA JENAMA VAXIGRIP-TETRA (KELUARAN SANOFI-PASTEUR, FRANCE)

🚫Blood  and lymphatic system disorders ☑Lymphadenopathy ( Penyakit pada nodus limfa)
☑Thrombocytopaenia (Keadaan apabila platelet berkurangan di dalam darah)

🚫Immune system disorders
Hypersensitivity,  allergic reactions such as
☑erythema (Kemerahan kulit akibat pengembangan kapilari darah)
☑urticaria (Ruam gatal yang timbul akibat tindak balas alahan)
☑pruritus (Gatal yang teruk, mungkin disebabkan oleh alergi ataupun faktor-faktor emosi)
☑pruritus generalised,
☑dermatitis allergic (Penyakit yang dicirikan oleh keradangan kulit disebabkan alergi)
☑angioedema (Alergi teruk, bercirikan kebengkakan dan gatal pada kulit dan membran mukus)

🚫Nervous system disorders
☑Headache (Kesakitan yang dirasai pada bahagian kepala)
☑Dizziness ( Rasa tidak stabil kerana gangguan pergerakan yang dirasakan di dalam kepala)
☑Somnolence (Keadaan seseorang yang khayal dan hampir lena akibat kecederaan otak atau pengambilan ubat tertentu), paraesthesia

🚫Vascular disorders
☑Hot flush (Rasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus)

🚫Respiratory, thoracic and mediastinal disorders
☑Dyspnoea (Respirasi atau pernafasan yang sukar)

🚫Gastrointestinal disorders
☑Diarrhoea (cirit-birit)
☑nausea (Rasa mual atau loya yang boleh menyebabkan muntah)
☑vomiting (muntah)
☑abdominal pain upper (Sakit pada bahagian abdomen; sakit perut)

🚫Skin and subcutaneous system disorders
☑Hyperhidrosis (Perpeluhan yang berlebih-lebihan disebabkan oleh penyakit atau penggunaan ubat tertentu)

🚫Musculoskeletal and connective tissue disorders
☑Myalgia (Nyeri pada otot atau reumatisme otot)
☑Arthralgia (Rasa sakit pada sendi)

🚫General disorders and administration site conditions
☑Malaise (Rasa tidak sedap badan yang biasanya dialami sebelum penyakit yang lebih teruk)
☑Injection site pain
☑Shivering (Menggigil)
☑fever (demam)
☑Injection site erythema,
☑injection site swelling,
☑injection site induration (Pengerasan abnormal tisu atau organ yang abnormal)
☑Fatigue (lesu, Kehilangan daya untuk bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan)
☑Injection site ecchymosis (Bintik perdarahan yang kecil, tetapi lebih besar daripada petekia yang kelihatan pada kulit)
☑injection site pruritus (Gatal yang teruk)
☑injection site warmth
☑Asthenia (Keadaan hilangnya tenaga dan kekuatan yang tidak normal)
☑flu-like illness (Sakit seolah Influenza)
☑Injection site discomfort

🚫Psychiatric disorders
☑Moaning (teriakan yang perlahan, berterusan dan sedih, biasanya menunjukkan kesedihan atau kesakitan)
☑restlessness (keresahan)

TIADA DATA DIKUMPULKAN SELEPAS PEMASARAN (POST MARKETING). NAMUN KESAN SAMPINGAN DI BAWAH INI TELAH DILAPORKAN OLEH PENGGUNA VAKSIN VAXIGRIP KELUARAN SYARIKAT YANG SAMA, DAN ADA KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU KEPADA PENERIMA VAKSIN VAXIGRIP-TETRA.

 Immune system disorders
Severe allergic reactions: shock
Allergic reactions: rash, generalised erythema

 Nervous system disorders
Guillain-Barre Syndrome (GBS), neuritis, neuralgia, convulsions, encephalomyelitis

 Vascular disorders
Vasculitis, such as Henoch-Schonlein purpura, with transient renal involvement in certain cases.

Sumber: Insert Vaksin Vaxigrip-Tetra






Friday, January 10, 2020

Doktor terpaksa ambil cuti kuarantin anak sakit selepas vaksin influenza

VAKSIN TIDAK BERKESAN?

Info: Mengikut CDC, vaksin influenza akan develop antibody selepas 2 minggu disuntik.

Tetapi walaupun selepas 2 minggu, penerima vaksin tetap ada risiko terkena penyakit influenza. Menurut CDC juga, musim sebelum ini dianggarkan hanya 29% keberkesanan vaksin influenza. 





Doktor terpaksa ambil cuti kuarantin anak sakit selepas vaksin influenza. Rintihan seorang ibu juga seorang doktor yang terpaksa cuti pd awal tahun kerana anak ya menghidap penyakit influenza A.

Anaknya dipercayai telah disuntik vaksin influenza sebelum itu.





Semoga diberi kesembuhan kepada anak doktor tersebut.

Dibawah adalah peratus keberkesanan vaksin influenza. Adakah ianya berbaloi jika dibandingkan dengan kesan sampingan?








Elderberry merangsang imun sistem terhadap influenza - Kenapa hanya jual vaksin yg banyak kesan sampingan?






Vaksin Influenza VS Elderberry

Kandungan vaksin influenza antaranya adalah 4 strain virus (type A & B). Strain virus influenza ada hampir 200 jenis, bagaimana ia dikatakan benar-benar melindungi?

Antara kandungan vaksin influenza adalah formaldehyde. Formaldehyde diketahui sebagai punca kepada kanser.


Vaksin juga diketahui umum menyebabkan pelbagai AEFI (kesan sampingan). Vaksin influenza adalah antara punca pampasan tertinggi dalam mahkamah vaksin di US di bawah VAERS (Vaccine Adverse Events Reporting System) atas sebab AEFI.

Vaksin influenza tidak diuji untuk wanita mengandung, tidak diketahui risiko terhadap janin dalam kandungan. Kematian janin meningkat kesan daripada vaksin influenza.



----------------------------------

Elderberry pula adalah sejenis tumbuhan yg berbuah, yang mengandungi pelbagai nutrisi yg bagus untuk ibu mengandung.

Elderberry dikatakan sebagai antiviral utk melawan jangkitan influenza, boleh dimakan sebelum atau selepas terkena jangkitan.

Elderberry boleh dimakan buahnya ataupun yang sudah diekstrak dalam bentuk syrup.

Segala tumbuh-tumbuhan dalam dunia adalah nikmat yang dikurniakan Allah untuk manusia sebagai makanan dan juga sebagai bekalan ubatan didunia. YANG PASTINYA HALAL dan thoyyib tiada unsur meragukan (syubhah), InshaAllah.

Dibawah adalah antara artikel kajian berkaitan elderberry dalam merawat influenza;
****************
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15080016/

Elderberry telah digunakan dalam perawatan lama (purba) berabad lamanya dalam merawat influenza, demam dan sinusitis, dan dikatakan mempunyai antiviral yang melawan influenza dan herpes simplex.




Elderberry adalah antiioksidan (flavanoids di dalam extract), merangsang sistem imun. Kompaun lain didalam elderberry adalah anthocyanins yang bersifat anti-radang.

Ekstrak elderberry adalah rawatan yang berkesan dan selamat untuk simptom flu untuk orang yang sihat dan juga ada masalah dengan sistem imun (immunocompromised) seperti golongan tua.

Russel Greenfield, MD pengamal perubatan integratif dan pengarah kesihatan Carolinas Integrative Health menyarankan untuk merawat flu dengan menggunakan elderbery. Katanya"

“Ia boleh diberi kepada kanak-kanak dan dewasa dengan tiada kesan sampingan yg diketahui serta interaksi negatif”



Wednesday, January 8, 2020

Lebih 140 ribu dose ditempah 2019 bakal expire - Patutlah kempen vaksin Influenza?


FAKTA BERKENAAN VAKSIN INFLUENZA

(Brand FluQuadri (lebih 140000 dose)  bakal expired Feb 2020, brand Vaxigrip bakal expired Jul 2020)





Vaksin Influenza (biasa mat saleh panggil flu jab) tidak termasuk dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia. Yang berkenan dan yang terpengaruh dengan momokan boleh ambil di klinik atau hospital swasta.

Virus influenza mempunyai beratus jenis strain. Setiap vaksin influenza yg dihasilkan hanya ada beberapa jenis strain sahaja, contohnya brand FluQuadri ada 4 jenis strain (2 type: type A dan type B).

Vaksin influenza tidak seperti vaksin-vaksin lain. Formula vaksin influenza dihasilkan berlainan setiap tahun bergantung kepada 'flu season' pd tahun itu.

Contohnya, jika “flu season” pd tahun 2019 adalah type A dan type B, so vaksin influenza dihasilkan hanya untuk strain type A dan type B. Tahun depan 2020 formula vaksin akan berubah. Secara logiknya vaksin yg dicucuk sebelum ini tidak tentu lagi berguna dan berfungsi untuk tahun berikutnya, anda semua perlu cucuk vaksin setiap tahun!! Kalau hidup selama 40 tahun, 40 kali lah cucuk vaksin. Haa pergi sekarang ambil vaksin kalau takut sgt dan percaya sangat dengan vaksin influenza!

Jika benar vaksin melindungi badan daripada serangan virus-virus liar, bagaimana anda boleh katakan badan anda terlindung daripada virus-virus liar sedangkan hanya 4 strain sahaja yg dibekalkan oleh vaksin? Bagaimana pula dengan beratus jenis lagi strain virus yg boleh menyerang tubuh anda?

Anda takut tidak vaksin, takut terkena penyakit influenza kerana ada pihak yg menakut-nakutkan bahawa jika tidak vaksin boleh terkena penyakit dan membawa kepada kematian.

Tapi ramai kena influenza 'rileks' saja dirawat dengan rawatan-rawatan yg sedia adaπŸ’‍♀️...

Okay tanpa berlengah saya tunjukkan insert (sisipan) daripada pengeluar dan pengilang vaksin itu sendiri.

Salah satu vaksin influenza yg diimport oleh Malaysia adalah FluQuadri Influenza Vaccine dari syarikat Sanofi Pasteur, USA.






Sila lihat lot yg dibawa masuk (diimport) drp USA ini. Pada tahun 2019, Malaysia telah menempah;
  • 19320 dose, expire pd Jan 2020
  • 140350 dose, expire pd Feb 2020


Vaksin Influenza FluQuadri 140k dose ini diformulasi untuk tahun 2018 dan 2019 sahaja. Bukan untuk tahun 2020. Dan expiry vaksin hanya sehingga Feb 2020.

So, dah tahu kenapa tiba-tiba sahaja adanya kempen vaksin influenza dipromosi secara besar-besaran? Adakah ini punca utamanya?

Kempen tersebut menakut-nakutkan orang awam dengan menunjukkan bahayanya penyakit influenza terutama kepada ibu mengandung, boleh membawa kematian dan sebagainya. Ada juga yg mengatakan ubat Tamiflu hampir habis, maka masyarakat perlu vaksin dengan kadar segera😏... Adakah ini satu 'scare tactic'???

Adakah ini cara dan taktik kotor yg dilakukan kerana ingin menghabiskan stock vaksin yg hampir expired ini? Kempen tersebut juga yg diadakan secara besar-besaran turut melibatkan kawasan sekolah yang mempromosi ibubapa untuk membeli vaksin ini.

Didalam vaksin insert Vaksin Influenza sendiri mengatakan kajian tidak dilakukan terhadap wanita mengandung dan ibu menyusu. Dan pengeluar vaksin tidak pasti samada vaksin Influenza memberi kesan kepada janin didalam rahim atau samada ianya boleh memberi kesan kepada susu ibu. Sungguh kejam sekali mempromosi kepada ibu-ibu mengandung. Yang tidak tahu pasti akan ikut sahaja, dan kemudiannya apabila terjadi sesuatu kepada bayi dalam kandungan, jawapan 'mereka' senang saja, tidak langsung terdetik untuk menyalahkan vaksin, seolah-olah vaksin 'maksum' dan tidak pernah menjadi punca sebarang isu kesihatan, vaksin tidak bersalah, dan segalanya adalah kerana masalah atau penyakit keturunan πŸ˜

Vaksin juga tidak pernah diuji carcinogenic (potensi menyebabkan kanser) dan mutagenic (mutasi genetik) dan infertility (kesuburan). Ini bermaksud anda ada risiko utk mendapat kanser, berlaku mutasi pada gene anda, atau mandul setelah mendapat vaksin ini.

Ini semua adalah antara kesan sampingan (AEFI) vaksin influenza seperti yg tertulis di dalam insert yang dinyatakan oleh pengeluar vaksin sendiri:
  • Gullain Barre Syndrome (GBS)
  • Erythema (ruam atau rashes pada kulit)
  • Menangis tak henti yang bukan normal (bayi)
  • Pening kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Demam

Pengumpulan data AEFI selepas pemasaran (post-marketing data) tidak dibuat untuk vaksin brand ini, jadi peratusan kesan sampingan sebenar tidak diketahui!! Berikut adalah data post-marketing (kemungkinan AEFI) untuk brand Fluzone;

  • Thrombocytopenia
  • Lympadenopathy
  • Anaphylaxis
  • Eye disorder
  • Gullain Barre Syndrome (GBS)
  • Steven Johnson Syndrome
  • Chest pain
  • Vomiting




  






Vaccine injury (kesan sampingan selepas vaksin) yang dibayar pampasan di US menunjukkan vaksin Influenza penyumbang utama.




 


Fikirkan semula adakah berbaloi jika anda ingin mengambil vaksin ini jika dibandingkan dengan potensi kesan sampingan yg bakal anda dapat, terutama kepada wanita mengandung!