CARIAN DALAM BLOG

Saturday, December 28, 2019

AWAS!! Jururawat/Doktor Sebarkan Hal Pesakit Boleh Kena Tindakan Tatatertib dan Tindakan Undang-Undang!






Makpak pilih taknak vaksin anak.

Boleh ke nurse atau doktor bawang hal kita ni dengan pesakit lain? Dengan sengaja cerita pada jiran dan orang kampung kita? Dengan majikan kita? Dengan ipar kita? Dengan rakan sekerja, rakan sekolah kita? Boleh ke?... SERIUS NAK TANYA NI...


Banyak sungguh dengarnya kes jururawat masyarakat dan doktor dari Klinik Kesihatan menyampai-nyampai hal orang tak vaksin anak pada orang lain. Menyampai ke ipar kita, sehingga sampai ke pengetahuan mertua kita. Mertua pula mula bersoal siasat, sampai hubungan jadi panas, tegang, renggang.


Mereka dari kat Klinik Kesihatan ni juga malukan dan sindir ahli keluarga kita yang datang klinik utk rawatan. Yang takda kena-mengena dengan keputusan yang kita buat. Yang sebelum ni mereka tak tahu menahu hal ni kerana kita pun nak jaga hubungan.


 







Selain tu dan tak kurang parah nya, ada juga kes-kes nurse/doktor bagitau pada majikan kita, majikan suami. Siap call tu. Gigih betul nak burukkan orang tolak vaksin. Sampaikan suami dipanggil majikan dan diugut tak boleh naik pangkat. Diugut dipindahkan. Ada yang kerja di kem askar, diugut pula dipindahkan ke kem lain. 


Apa motif nurse/doktor bawang ni sebenarnya? Nak timbulkan persepsi dan tekanan kepada kita, melalui org lain kah? Supaya kita akhirnya tunduk dan patuh pada desakan dan kehendak mereka? Supaya KPI mereka tercapai? Supaya KK mereka tiada rekod penolakan vaksin? Supaya senang kerja mereka tak perlu menjawab siasatan pihak atasan

Persoalannya, mereka ni ada HAK kah untuk sebarkan hal kesihatan/ perubatan kita?

Dengar sini ya wahai semua yang terlibat membuat kerja tak bermaruah ini.

Hakikatnya apa yang anda buat ni adalah SALAH 100%. 

Salah dari segi AGAMA!
Salah dari segi ETIKA PERAWAT!
Salah dari segi PERUNDANGAN!

1. SALAH dari segi AGAMA DAN MORAL kerana mengadu-domba tentang hal peribadi yang merupakan hak ibubapa tersebut. Ingat! MEMILIH untuk menolak vaksin adalah HAK pengguna. Tiada mana² perawat yang ada hak memaksa mana² ibubapa menerima vaksin untuk anak mereka.

Hak ini jelas termaktub dalam Garispanduan Keizinan daripada Pesakit oleh Malaysian Medical Council (MMC) sendiri.

"... tidak ada sebarang prosedur (baca dalam konteks ini: pemberian vaksin)... yang boleh dibuat ke atas seseorang pesakit tanpa keizinan pesakit... Mendapatkan keizinan pesakit adalah amalan perubatan yang baik dan undang-undang memperuntukkan untuk melaksanakannya... Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan perawat  menghadapi siasatan isu disiplin atas pelanggaran kod etika profesional dan dikenakan tindakan undang-undang..."


Perbuatan anda menyebarkan maklumat STATUS VAKSIN seseorang yang umum mengetahui adalah isu yang AMAT SENSITIF dalam masyarakat, telah menyebabkan tekanan dan kecederaan emosi dan psikologi kepada mereka. Dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan keretakan hubungan persaudaraan. Apa hukumnya?? Anda rasa puas dengan semua ni??

Menyebabkan pihak tersebut dipandang serong oleh ahli keluarga, jiran tetangga, dan majikan sendiri. Anda rasa puas? Anda harus ingat PEMBALASAN TUHAN nanti. Jangan ingat anda boleh terlepas di alam SANA nanti. Segala yang anda lakukan itu adalah satu bentuk kezaliman. 


2. SALAH DARI SEGI ETIKA PERAWAT 
Info tentang pesakit adalah HAK pesakit dan tak boleh sewenang-wenangnya pihak perawat hebahkan kepada orang yang tak berkenaan. Malah, dengan  ahli keluarga terdekat pesakit sekalipun. 


".. dokumen (baca: rekod perubatan) ini mengandungi maklumat persendirian dan peribadi seseorang individu maka ia dikategorikan sebagai dokumen rasmi terperingkat ....  dikelaskan sebagai “SULIT” dan pengendaliannya adalah mengikut tatacara pengurusan dokumen rasmi terperingkat seperti yang diperuntukkan dalam Arahan Keselamatan." 

"Kerahsiaan biasanya dikaitkan dengan isu etika dan menjadi elemen penting di bawah prinsip perundangan. .. maklumatnya perlu dijaga dan sentiasa dipastikan tidak diketahui oleh pihak yang tidak diberi kuasa, disalahguna atau dibuat sebarang pindaan." 

"Maklumat di dalam rekod perubatan pesakit adalah hak pesakit walaupun ianya adalah hakmilik hospital secara fizikal.... Maklumat pesakit tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa keizinan daripada pesakit atau waris sah mereka." 

"Kakitangan yang mengendalikan rekod-rekod perubatan bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan pesakit kekal rahsia walaupun kepada ahli keluarga terdekat mereka sendiri. Adalah menjadi satu kesalahan etika sekiranya maklumat tentang pesakit dikongsi walaupun dalam forum tertutup tanpa keizinan dari pesakit tersebut dan sekiranya ada keperluan, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan identiti pesakit tidak akan diketahui."

Sumber: 



3. SALAH DARI SEGI PERUNDANGAN

Dari segi perundangan pula, mereka boleh disabitkan kesalahan khusus dibawah beberapa Akta.  
"Selaras dengan Arahan Keselamatan pihak penyimpan dan pengguna rekod perubatan pesakit yang telah menandatangani borang akuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan dan mengakses rekod-rekod pesakit ini."
"Semua pihak yang terlibat dengan pengendalian dan penggunaan rekod perubatan pesakit adalah bertanggungjawab ke atas kerahsiaan dokumen berkenaan dan perlu mematuhi undang-undang, pekeliling dan arahan Kerajaan yang berkaitan."
          (http://www.myhealth.gov.my/kerahsiaan-maklumat-rekod-perubatan-tanggungjawab-siapa/ )




Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection Act), menyebarkan maklumat kesihatan seseorang boleh dianggap jenayah kerana maklumat tersebut dianggap data yang dilindungi dan tidak boleh disebarkan sesuka hati oleh individu atau organisasi yang menyimpan data tersebut. Jika seseorang merasakan bahawa maklumat kesihatan mereka telah melanggar peruntukan ini, boleh segera membuat ADUAN kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.






Mereka juga boleh dibawa ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act)  sekiranya sampai ke tahap membawa kebencian melampau dan keinginan untuk mengapa-apakan contohnya membunuh pihak yang menolak vaksin. 

Akta Fitnah 1957 (Defamatory Act) juga boleh digunakan sekiranya terdapat unsur fitnah dan seterusnya memberi kesan kepada reputasi orang tersebut di mata orang ramai.




KESIMPULANNYA;
Mana-mana petugas kesihatan yang menyebarkan info tentang mana-mana ibubapa yang MENOLAK VAKSIN, boleh dikenakan TINDAKAN TATATERTIB atas pelanggaran Etika dan boleh dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan TINDAKAN UNDANG-UNDANG sewajarnya


FAKTA SETERUSNYA

Vaksin adalah PILIHAN dan TIDAK WAJIB dari segi perundangan negara. Ini dinyatakan jelas oleh Timbalan Menteri Kesihatan pada Disember 2019. Maka, tiada siapa berhak memaksa atau mendesak samada secara langsung atau tidak langsung. 


Pandangan saya, sekali lagi, sebagai pelanggan/pengguna, kita ada HAK

Cara efektif menangani sikap tidak profesional dan jijik mereka ini adalah dengan membuat ADUAN melalui Biro Pengaduan Awam/Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) secara atas talian tentang pelanggaran etika dan perundangan oleh mereka sendiri. 
Sebaiknya dapatkan dahulu maklumat penting termasuk nama staf terlibat, jawatan, nombor staf, tarikh dan masa kejadian, lokasi. Sertakan dokumen sokongan jika ada. 

Di sini kami sertakan CONTOH ADUAN DAN RESPON yang pernah dibuat melalui BPA/SISPAA 

Disertakan satu lagi contoh maklumbalas daripada pihak BPA atas aduan dari orang awam tentang sikap tidak beretika seorang jururawat di sebuah Hospital Besar kerajaan yang memuatnaik surat tolak vaksin seorang bapa dan menyebabkan netizen memaki hamun golongan antivaksin secara berjemaah.

                     


Dan JANGAN LUPA, perkara paling utama dalam isu di atas adalah, anda buat LAPORAN POLIS atas pencerobohan hak asasi anda, pencerobohan ke atas privasi dan maklumat sulit diri anda atau anak anda oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!!  Dengan laporan polis, anda boleh bertindak lebih jauh selepas itu, contohnya mengarahkan pemberhentian perbuatan terkutuk mereka dan juga mengambil tindakan undang² selanjutnya.


CAKNA HAK ANDA
KITA ADA MARUAH
MEREKA MENYALAHI ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
GUNAKAN KUASA PELANGGAN


Sumber:

“Saya ingin memohon maaf berkenaan isu vaksinasi”- Staff hospital minta maaf setelah KKM ambil tindakan

AWAS!! Jururawat atau Doktor Membawang atau Sebar Hal Pesakit Boleh Kena Tindakan Undang2 dan Tatatertib!



Salah seorang staff hospital telah diambil tindakan oleh KKM kerana menyebarkan maklumat peribadi (surat) orang awam yg menolak vaksinasi. Surat tersebut sepatutnya disimpan dan segala maklumat tidak boleh didedahkan kepada masyarakat.

Staff tersebut diberi amaran dan tindakan tatatertib serta kaunseling, dan juga diarahkan membuat permohonan maaf kepada public. Aktiviti media social facebook juga dikawal selama 6 bulan.




Berdasarkan MMC Guideline, staff hospital WAJIB mendapatkan kebenaran daripada pesakit untuk segala jenis rawatan termasuk imunisasi. Segala bentuk assault (ancaman) akan dikenakan tindakan tatatertib dan undang2. Pesakit atau pemilik data peribadi boleh memfailkan saman terhadap staff berkenaan.







Friday, December 27, 2019

Kes Polio Sabah Sengaja Dirancang? 4000 dose OPV yg menyebabkan jangkitan VDPV ditempah semula!

KRONOLOGI KES POLIO DI SABAH, ADAKAH INI DISENGAJAKAN?



5 Disember 2019

Siasatan dilakukan dikawasan tempat tinggal kanak2 yg dijangkiti polio di Sabah. Tiada info sejak bila bayi tersebut dimasukkan ke hospital. Dari keterangan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, bayi disahkan dijangkiti VDPV, virus derived polio vaccine type 1 (virus daripada vaksin, jenis 1) pd 6 Disember 2019.

Maksudnya sebelum sah bayi tersebut menghidap dijangkiti VDPV siasatan sudah dilakukan utk kes polio sehari sebelum? Pelik tapi ini yg dinyatakan.












6 Disember

Sample yg dihantar disahkan oleh di makmal (WHO Polio Regional Labaratory) di Australia, bayi tersebut dijangkiti VDPV yang mempunyai perkaitan dengan kes lumpuh (Acute Flaccid Paralysis) disebabkan virus Polio yg berlaku di Filipina.

8 Disember

Berita mengenai kes ini tular diumumkan di media. Tiada info tentang bayi ini seperti nama termasuk dihospital mana bayi ini dirawat.











10 Disember

2 lot (4000 dose) vaksin OPV diluluskan oleh pegawai NPRA setelah 5 tahun di ban di Malaysia!
Lot ini ditempah dari luar negara Bandung,  Indonesia. 10 Disember diluluskan penggunaanya di Malaysia, bila pula tarikh ditempah? Bila tarikh diimport? Seminggu sebelum? Sebulan sebelum? 6 bulan sebelum? Jeng jeng jeng...
Kali terakhir Malaysia import vaksin OPV pada tahun 2014, dan surat pekeliling dikeluarkan untuk memberhentikan pembelian dan penggunaan vaksin OPV ini.

Vaksin OPV kini hanya digunakan dinegara2 miskin yang tidak mampu membeli vaksin IPV


















Sehingga 26 Disember semua pegawai perubatan terutamanya biro pelaksana imunisasi Malaysia mengumumkan OPV sudah diberhentikan penggunaannya atas sebab banyak kesan sampingan dan boleh berlaku vaccine shedding kerana OPV menggunakan live virus, yang boleh menyebabkan VDPV. OPV juga sekarang diberi kepada negara2 miskin sahaja yang tidak mampu membeli IPV yg lebih mahal daripada OPV. Mereka menjamin Malaysia tidak menggunakan OPV, dan bayi2 hanya perlu diberikan IPV sebanyak 4 dose.

27 Disember

Tergempar dan mengejutkan rakyat Malaysia apabila Unit Promosi Kesihatan JKN Sabah menerusi facebook memberitahu mereka mengadakan pemberian Oral Polio Vaccine (OPV) yg dijamin tidak digunakan lagi, yg hanya diberi kepada negara2 miskin tetapi diberi kepada rakyat2 Sabah!







***********

Kenapa perlu OPV? Kenapa tidak diberi IPV sepertimana yg dipraktis selama ini? Hanya kerana 1 kes polio yg tidak membawa kepada kematian, kenapa perlu beri OPV di Sabah?

Adalah ini adalah perancangan awal dan licik?

Apakah motif sebenar mereka tempah vaksin OPV? Adakah kes polio di Sabah itu hanya wayang dan alasan untuk pemberian vaksin OPV?

Kenapa perlu vaksin yg boleh menyebabkan virus (VDPV) ini tersebar lagi. Kenapa perlu cipta penyakit?


Pelbagai tohmahan mengatakan antivaksin punca kepada penyakit ini. Dr Musa juga mengatakan 1 kes ini diklasifikasikan sebagai wabak (outbreak). Yg menjadi persoalan kes tibi dimana kematian lebih 1000 org setahun tidak diklasifikasikan sebagai wabak, tetapi 1 kes yg tidak membawa kematian diklasifikasikan 
sebagai wabak. Adakah scare tactic ini digunakan untuk pemberian OPV pada 27 Disember 2019?


Well planned?






GEMPAR!! Malaysia Guna Semula Vaksin OPV Yang Boleh Akibatkan Virus Polio Tersebar dan Kelumpuhan


Kronologi Pemberhentian dan Kemudian Pemberian Semula OPV di Malaysia


1) 29 MEI 2015

Ketua Pengarah Kesihatan dalam Surat Pekeliling Bil. 8/2015 bertajuk 'Pemberhentian Pemberian Vaksin Oral Polio (OPV) di Malaysia' memaklumkan dalam usaha pembasmian  penyakit Polio, antara strateginya termasuk:


- pertukaran dari OPV ke IPV (inactivated poliovirus vaccine) 

- diikuti pemberhentian pemberian tOPV (berkuatkuasa sebaik sahaja bekalan OPV sedia      ada habis di fasiliti KKM)


Sumber Pekeliling: 


- ini kerana tOPV mengandungi virus polio VDPV (vaccine-derived poliovirus) type 2 yang menyebabkan LUMPUH atau VAPP (vaccine associated paralytic polio) yang dilaporkan banyak berlaku di beberapa buah negara semenjak 1999.  

manakala kes poliomyelitis akibat virus polio liar atau WPV (wild poliovirus) type 2 yang terakhir diisolasi di dunia adalah pada tahun 1999. 

Sumber Pekeliling: 
file:///C:/Users/user/Desktop/Surat%20Pekeliling%20KPK%20Pemberhentian%20OPV.pdf


Isu pemberhentian pemberian vaksin OPV dan perkaitan OPV dengan kelumpuhan VAPP ada disebut dalam laman CDC (Centers for Disease Control and Prevention), US juga:
CDC: https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/polio/hcp/vaccine-derived-poliovirus-faq.html

Pihak-pihak petugas/pengamal kesihatan juga masing-masing menyuarakan hakikat pemberhentian pemberian pemberian OPV secara total pada 2016, dan kesan bahaya OPV kepada masyarakat iaitu boleh menyebabkan penyebaran virus polio VDPV (virus shedding) dan kelumpuhan VAPP.




Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/12/vaccine-derived-polio-cases-are-rare?fbclid=IwAR3zlXfNQn2EPLUwbkQT5MFuZlmCWQoRl20PFDKvLV4vnXyMaBcGrH9rbKk


2) 27 DISEMBER 2019

Tiba-tiba pada 27 Disember 2019, Unit Promosi Kesihatan JKNSabah membuat hantaran di halaman Facebook mereka tentang pemberian vaksin OPV kepada kanak-kanak dan bayi bawah 5 tahun di Dewan Taman Telipok Ria.




Dan pada hari yang sama, tak semena-mena Ketua Pengarah Kesihatan yang sama (Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah), dalam kenyataan akhbar bertajuk 'Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) 2019/2020 Dewan Taman Telipok Ria, Taman Telipok Ria, Tuaran' menyatakan vaksin OPV adalah SELAMAT.



Sumber Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan:

Kata beliau lagi,
"Kempen Imunisasi Polio Sabah ini menyasarkan semua kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun yang warga negara dan juga bukan warga negara di semua daerah negeri Sabah. Mereka akan diberi imunisasi polio secara oral (oral polio vaccine – OPV).  Pemilihan OPV dalam membendung wabak polio ini adalah selaras dengan saranan dalam garispanduan antarabangsa iaitu Standard Operating Procedures: Responding to a Poliovirus Event or Outbreak."
"KIPS 2019/20 akan dimulakan di Daerah Tuaran dan akan dilanjutkan ke seluruh Sabah secara berfasa. Sasaran KIPS 2019/20 adalah anak-anak yang berumur bawah 5 tahun diberikan sebanyak dua dos imunisasi OPV menjelang bulan Jun 2020. Selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah empat (4) minggu."
"Lawatan rumah-ke-rumah untuk memberikan OPV kepada kanak-kanak yang layak akan dilaksanakan selepas ini secara berfasa, bagi memastikan tiada kanak-kanak yang cicir imunisasi polio."
"Hanya dengan imunisasi sahaja akan dapat melindungi anak-anak dari dijangkiti virus polio dan mencegah mereka dari kelumpuhan kekal. Langkah pencegahan polio ini juga penting bagi Malaysia mendapatkan semula pengiktirafan negara yang bebas polio dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


NAH!
JADI SEKARANG BAGAIMANA? 

ADAKAH BENAR OPV NI SUDAH SELAMAT? TIDAK LAGI BOLEH AKIBATKAN PENYEBARAN VIRUS POLIO (VIRUS SHEDDING), DAN JUGA KELUMPUHAN VAPP, SEBAGAIMANA YANG DISEBUT-SEBUT OLEH PIHAK BEROTORITI SEBELUM INI?



APALAGI, JOM SEMAK VAKSIN INSERT OPV SEKARANG JUGA!

Kita rujuk Insert Oral Polio Vaksin yang berdaftar di Malaysia, keluaran Syarikat Sanofi Pasteur, France

Dari insert tersebut, JELAS dinyatakan:

i) Selepas vaksin, poliovirus dikeluarkan melalui orang yang telah menerima vaksin melalui najis beliau dan boleh menjangkiti orang keliling yang berhubung dengannya, termasuk wanita hamil atau menyusu.

ii) Kesan-kesan yang tak diingini yang boleh terjadi kepada PENERIMA VAKSIN OPV: 





Infection and infestation

Lumpuh atau Vaccine Associated Paralytic Poliomyelitis (VAPP). Berlaku dalam tempoh 4-8 minggu selepas vaksin. Kebanyakan kes berlaku selepas dos pertama.



Musculoskeletal and connective tissue disorders

Myalgia sakit, nyeri dan reumatisme otot 

Arthralgia - sakit, nyeri sendi



General Disorders and administration site conditions

Fever - demam

Rigors - perasaan mendadak sejuk dengan menggigil disertai dengan peningkatan suhu, seiring dengan berpeluh berlebihan, terutama pada permulaan atau ketinggian demam

Asthenia penyakit psikopatologi yang meningkat secara berperingkat yang mengiringi banyak penyakit tubuh, antara gejalanya termasuk keletihan, prestasi mental dan fizikal yang menurun, gangguan tidur, peningkatan kerengsaan, kelesuan, ketidakstabilan emosi.



Jadi, masih nak kata selamat? 

Terpulang...